
Tiada siapa sangka, lawatan rutin ke klinik pergigian berubah menjadi mimpi ngeri bagi seorang keluarga di Kazakhstan.
Biarpun kejadian ini bukan berlaku di Malaysia, namun tragedi ini dijadikan pengajaran.
Kejadian tragis ini menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun meninggal dunia selepas prosedur rawatan gigi yang sepatutnya terhad, bertukar menjadi 18 gigi dirawat sekaligus semuanya dilakukan tanpa persetujuan ibu bapanya.
Menurut bapa kanak-kanak itu, rancangan asal hanyalah merawat sebahagian kecil gigi yang rosak. Namun, semasa prosedur bermula, pasukan perubatan secara sepihak menambah bilangan gigi yang dirawat.
Kanak-kanak itu tidak sedarkan diri akibat dos bius yang tinggi. Usaha menyelamat segera dilakukan, tetapi nyawanya tidak dapat diselamatkan dan kematiannya disahkan beberapa jam kemudian di hospital. Kedukaan ibu bapa begitu mendalam, hiba menyelubungi mereka atas kehilangan anak tersayang.
Tragedi ini mengejutkan masyarakat Kazakhstan dan mencetuskan kemarahan ramai. Ramai mempertikaikan etika serta keselamatan merawat bilangan gigi yang terlalu banyak dalam satu sesi pada kanak-kanak kecil, terutamanya di bawah bius umum yang berisiko tinggi, termasuk kesukaran bernafas dan kegagalan jantung.
Pihak berkuasa kini menyiasat klinik berkenaan atas dakwaan kecuaian perubatan dan pelanggaran kebenaran ibu bapa.
Kes ini turut mencetuskan perbincangan semula mengenai garis panduan rawatan pergigian pediatrik, membuka mata ramai tentang kepentingan keselamatan anak-anak semasa mendapatkan rawatan perubatan.
Sumber: X LordBebo