Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu akhirnya ditemui selamat.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi, mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan baik dan selamat.
Semalam Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.
Ads
Ads
Albertine Leo Jia Hui disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu ketika mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Ads
Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri dihujani hadiah mewah hampir 12 Juta selepas bersalin. Seorang wanita di Dubai mencuri perhatian ramai apabila mempamerkan hadiah-hadiah mewah yang diterimanya daripada suami sebagai tanda penghargaan selepas melahirkan anak kedua mereka.
Malaikah Raja, yang dikenali kerana sering berkongsi gaya hidup serba mewah di Instagram, memuat naik sebuah video yang menunjukkan pelbagai hadiah bernilai tinggi yang diterimanya selepas kelahiran bayi perempuan mereka.
Malaikah Raja membeli-belah bersama suaminya selepas dihadiahkan barangan kemas dan kereta mewah di Dubai. Agensi
Antara hadiah yang diberikan termasuk sebuah Mercedes Benz G Wagon berwarna merah jambu yang ditempah khas, sebuah rumah mewah bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta), beberapa beg tangan jenama pereka terkenal, serta barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit.
“Bayi perempuan yang mahal. Macam mana bayi sekecil ini boleh mula mengosongkan akaun bank bapanya?” tulisnya berseloroh dalam kapsyen video tersebut.
Video itu bermula dengan Malaikah berdiri di sebelah suaminya sebelum dia menunjukkan satu persatu hadiah yang diterimanya sebagai ‘push present’ – iaitu hadiah yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya sebagai penghargaan atas pengorbanan melahirkan anak.
Hadiah pertama yang diperlihatkan ialah kereta mewah G Wagon diikuti dengan sebuah rumah baru bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta). Tidak cukup dengan itu, Malaikah turut menerima lapan beg tangan Dior bernilai AS$100,000 (RM475,000), gelang emas bernilai AS$80,000 (RM380,000) serta pakej urutan selepas bersalin untuk dirinya dan bayi bernilai AS$10,000 (RM47,500).
“Suami saya membelanjakan AS$10,000 untuk urutan harian selepas bersalin untuk saya dan bayi kerana saya perlu pulih daripada proses bersalin,” katanya dalam video tersebut.
Lebih mengejutkan, Malaikah juga diberikan bajet bulanan sebanyak AS$50,000 (RM237,500) untuk membeli pakaian bayi, gelang tenis bernilai AS$200,000 (RM950,000) serta barang kemas emas bernilai AS$70,000 (RM332,500) khusus untuk anak perempuannya.
Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, video tersebut telah meraih lebih 15 juta tontonan dan hampir 500,000 tanda suka di Instagram.
Di ruangan komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi – ada yang terkejut, ada yang terhibur, malah ada juga yang menyokong tindakan suaminya yang menghargai isteri dengan cara luar biasa.
“Saya perlu pulih selepas menonton video ini. Tolong kirimkan saya AS$1 juta (RM4.40),” seloroh seorang pengguna media sosial.
“Wow, masa saya balik rumah selepas bersalin, suami saya cuma kata dia dah siap kupas kentang untuk saya,” tulis seorang lagi.
Namun, ada juga yang menyokong idea ‘push present’ yang diberikan oleh suaminya.
“Tidak kira sama ada video ini dibuat sebagai gurauan atau tidak, saya menyokongnya. Lelaki mahu anak, jadi mereka perlu memberi penghargaan kepada isterinya,” kata seorang netizen.
Sehingga kini, video tersebut masih menjadi topik hangat di media sosial, dengan ramai yang membincangkan sama ada budaya ‘push present’ mewah seperti ini patut dijadikan kebiasaan atau sekadar trend sementara.
Kisah pemergian adik Zara Qairina masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Tragedi yang menggemparkan negara ini bukan sahaja mengundang rasa sebak, malah menjadi pengajaran besar tentang bahaya kes buli yang semakin membimbangkan.
Walaupun sudah berbulan peristiwa ini berlalu, namun kes Zara masih lagi belum selesai dan sentiasa menjadi perhatian masyarakat yang menantikan keadilan buat arwah si kecil.
Dalam kesedihan yang masih dirasai, ada sedikit kelegaan apabila pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah memastikan pusara arwah sentiasa terjaga.
“Alhamdulillah… Rakaman CCTV pada waktu malam di sekitar pusara Arwah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tg Ubi Mesapol Sipitang kini kelihatan terang dengan cahaya lampu solar.”
Bagi memastikan kawasan pusara sentiasa terjaga dan terpelihara, pemasangan CCTV dilakukan sebagai langkah pemantauan.
Video itu telah meraih perhatian ramai. Antara komen dikongsi adalah
“Sebb ada arwah Zara , semua waris kubur dpt manafaat…. Masha Allah… Alhamdulillah.”
Langkah ini penting untuk mengelakkan sebarang perbuatan khurafat atau amalan yang bertentangan dengan syariat Islam, selain memastikan pusara arwah dihormati oleh semua yang datang menziarah.
Pusara ini bukan sekadar tanah perkuburan, tetapi tempat persemadian seorang bidadari kecil yang amat disayangi ramai. Ia menjadi saksi kasih sayang orang tua, sanak saudara, sahabat serta seluruh masyarakat yang turut berduka atas pemergiannya. Justeru, tanggungjawab kita adalah memastikan ia terus dijaga dan dipelihara dengan penuh kasih sayang.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati roh arwah Zara Qairina, mengangkat darjatnya di sisi-Nya, dan melindungi pusaranya daripada sebarang perkara yang tidak baik. Moga kisah Zara menjadi ingatan dan peringatan buat kita semua, bahawa setiap nyawa anak kecil adalah amanah yang mesti dijaga, dibela dan dipertahankan dari segala bentuk penderaan atau kezaliman.
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Menurut laporan, Khairul, atau nama penuhnya Khairul Amin Kamaruzaman, telah menerima rawatan di sebuah klinik swasta sebelum ini. Namun, disebabkan simptom yang tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, beliau terpaksa dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber terdekat, Khairul mula mengalami simptom tersebut sejurus kembali dari misi kemanusiaan di mana beliau terlibat secara aktif membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan terjejas.
“Menurut sumber, beliau kelihatan sangat letih selepas selesai misi tersebut, tetapi tetap mengutamakan bantuan kepada orang lain meskipun keadaannya semakin terjejas. Kini, doktor sedang memantau keadaan beliau dan melakukan ujian lanjut,” kata sumber itu.
Khairul Aming, yang terkenal dengan video masakan kreatif dan produk Sambal Nyet yang kini popular, menerima sokongan dan doa yang melimpah daripada peminat di media sosial selepas berita mengenai kesihatannya tersebar.
“Semoga Khairul Aming cepat sembuh dan dapat kembali aktif seperti biasa. Kami tahu beliau seorang yang sangat berdedikasi dalam membantu masyarakat,” tulis seorang pengguna di ruangan komen Instagramnya.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Khairul atau pasukannya, namun para peminat terus mendoakan agar beliau segera sembuh dan pulih sepenuhnya.