Seorang kanak-kanak dan dua dewasa cedera selepas terjatuh dari permainan taman tema di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.50 malam.
Menurutnya, tiga mangsa itu membabitkan dua wanita dan seorang kanak-kanak.
Ads
“Ketiga-tiga mangsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.
“Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ads
Ramli berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
Katanya, sebanyak tiga ambulans dan sebuah jentera bomba dkejarkan ke tempat kejadian.
Ads
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen,” katanya.
Anak kecil umpama kain putih, dunia pun belum mereka kenali. Sebab itulah ibu bapa menjadi pelindung utama. Dalam dunia yang serba terbuka dan penuh media sosial ini, kadang-kadang batas privasi anak boleh ‘terlepas pandang’. Begitulah juga yang dirasai oleh pelakon kesayangan ramai, Puteri Aishah.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, pelakon drama dan filem ini berkongsi perasaan kurang selesanya apabila ada pihak luar yang cuba merakam gambar anak sulungnya, Muhammad Faliq, tanpa meminta izin terlebih dahulu.
“Saya tak berapa minat orang nak ambil gambar anak saya tanpa kebenaran saya. Maksud saya, strangers lah. Lagi-lagi kalau jenis pakai flash, terkejut mata anak saya, haha…”
Sebagai seorang ibu baru, Puteri mengakui dirinya masih dalam fasa belajar dan memahami dunia keibubapaan, namun dalam hal yang melibatkan privasi dan keselamatan anak, dia tidak boleh berkompromi.
Apa yang lebih menyentuh hati, Puteri secara jujur menyatakan bahawa walaupun dirinya seorang selebriti, itu tidak bermakna semua orang berhak mengambil gambar anaknya sesuka hati.
“Takyah lah… ambil gambar dengan saya ja lah, dengan Faliq buat apa. Dia bukan artis pun. Dia budak yang tak kenal dunia lagi.”
Luahan ini mendapat perhatian ramai, terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang turut berkongsi kebimbangan tentang isu keselamatan dan penyebaran wajah anak kecil di media sosial tanpa kawalan.
Puteri Aishah turut menceritakan pengalaman sewaktu dirinya baru bergelar ibu. Katanya, waktu itu dia masih belum biasa dan agak ‘blur’ apabila seseorang ingin mengambil gambar anaknya.
“Ada sekali tu orang nak ambil gambar anak saya saja (bukan dengan saya), tapi masa tu saya blur tau. Iyalah, baru pertama kali jadi ibu kan. Macam tak tahu nak buat apa… jadi saya pun macam okay. Tapi bila fikir-fikir balik, macam tak okay.”
Situasi itu meninggalkan kesan dalam dirinya sebagai ibu muda. Ia membuka matanya tentang pentingnya melindungi hak dan privasi si kecil, walaupun mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang.
Dalam perkongsian yang sama, Puteri menegaskan bahawa dia sebenarnya tiada masalah jika orang ramai ingin mengambil gambar bersama anaknya, asalkan minta izin terlebih dahulu.
“Saya okay je kalau orang minta izin dulu. Bukan nak marah, cuma saya nak tahu dan pastikan anak saya selesa.”
Sebagai ibu, sudah tentu Puteri mahu menjaga keselesaan anaknya. Apatah lagi, Muhammad Faliq masih kecil dan sensitif terhadap persekitaran sekeliling, termasuklah bunyi kamera dan kilatan flash yang mengejutkan.
Sebagai masyarakat prihatin, kita perlu lebih peka terhadap batasan yang ditetapkan oleh ibu bapa. Tak salah kalau teruja dengan kecomelan anak kecil, tapi hormatilah perasaan dan hak penjaga mereka.
📌 Fakta Pa&Ma: Puteri Aishah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, pada November 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki comel bernama Muhammad Faliq.
Lumrah rumah yang ada anak kecil bersepah dengan mainan. Ada ibu bapa yang ‘sakit mata’ melihat rumah bersepah dengan barang mainan anak. Kadang tu bila berjalan terpijak mainan atas lantai, sakitnya sampai boleh keluar air mata.
Bila kemas letak dalam bekas besar, sekejap je boleh bertahan. Selepas tu, disepahkan semula atas lantai. Disebabkan situasi ni lah ada ibu yang biarkan je dulu anak main puas-puas sebelum kemas semula.
Bagi ibu yang tak mahu rumah bersepah dengan mainan penuh di lantai, ibu boleh lah DIY rak mainan seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ain Anises.
Kos untuk buat rak mainan ini cuma RM 29.90 sahaja. Kalau beli di shopping online paling murah pun RM99.
Baskets tu semua Ain beli dikedai eco je. Kayu tu pula beli di kedai hardware. Kayu tu nak cat boleh nak spray pun boleh. Bagi dia nampak cantik dan lagi kemas.
9 baskets RM 18.90 3 batang kayu RM 11
Hanya perlukan tenaga dan kreativiti sahaja…Inas pun suka.. lepas ni dah boleh ajar Inas lepas main mesti dan wajib letak di tempat asal. Mainan anak pun tak lah berselerak lagi. Betul tak?
Sumber: Nurul Ain Anises
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Guru tahun satu ini kongsi cerita sebenar dan tips yang mak ayah kena tahu perihal perbelanjaan anak-anak di kantin sekolah. Perkongsian bermakna dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini mungkin boleh membuka mata ibu bapa.
Gambar Hiasan
Sudah beberapa kali aku terbaca kisah pekerja kantin ambil duit murid tahun ini. Aku guru tahun satu. Selalu memantau murid-murid membeli awal-awal sesi persekolahan mereka.
Ini cerita sebenar dan tips yang kau kena tahu jika ada anak di sekolah rendah.
1. Sebenarnya, bukan semua kisah yang terjadi sama seperti apa yang dicerita oleh anak kita. Kadangkala ada cerita yang ditokok tambah, kadangkala ada pula fakta yang tidak diberitahu.
2. Aku dah pesan banyak kali, setiap tahun aku berpesan; ajar anak kenali wang, ajar anak terima baki. Kenapa aku selalu berpesan begini? Kerana saban tahun di depan mata kepala aku murid membeli, hulur wang dan berlalu pergi walau baki masih ada.
3. Waktu rehat ratusan murid yang ada dikantin. Sesak. Anak kau bawa duit RM5, beli keropok harga RM1. Hulur duit dan berlalu pergi.
Terpekik-pekik pekerja kantin panggil anak kau. Tapi mana anak tu nak perasan dan dalam riuh rendah suasana di kantin. Nak dikejar, takkan dia nak tinggalkan kaunter.
Hal ini selalu sangat aku perhati diawal-awal sesi persekolahan. Kecuaian anak kita.
4. Murid membeli, duit tidak terus disimpan dalam poket atau dompet. Diletak dulu atas kaunter lepas tu nak minum air, berborak dengan kawan dan sebagainya.
Kalau kau penjual, duit ada di atas kaunter saat pelanggan tengan ramai bersesak-sesak, pasti kau ingat itu duit kau kan?
Lagi pun memang biasa murid yang dah tahu harga dan kenal nilai wang hanya ambil barang, letak duit atas meja kaunter dan berlalu pergi. Situasi jual beli di kantin ni bukan seperti kau bayar makan di KFC woih.
5. Memang benar ada pekerja kantin tidak amanah. Ini benar dan ada berlaku. Namun jika pencegahan awal kau dah ajar pada anak, mereka yang tidak jujur ini tidak dapat ambil kesempatan.
6. Ajar anak kenal wang, terima baki dan minta baki. Selain kenal wang, ajar anak minta baki mereka.
“Pak cik. Duit saya lima ringgit. Saya beli seringgit sahaja. Mana baki saya empat ringgit?”
Ajar anak berkata begitu. Ajar anak tuntut hak mereka. Bila pekerja tidak jujur perasan anak kau kenal nilai wang dan tahu ada baki belum dipulangkan, dia tidak berani hendak ‘curi’ duit anak kau.
Pekerja yang tidak amanah ini berani mencuri kerana anggap semua murid tahun satu tidak kenal nilai wang.
7. Pesan pada anak, jika hal seperti ini berlalu terus suruh anak ‘report’ pada guru bertugas. Guru yang akan pergi berurusan dengan pekerja kantin dan bertanya hal sebenar.
Jika ada pekerja yang tidak jujur, pasti saban hari ada laporan murid. Jika setiap hari guru yang kena pergi minta baki murid, pemilik kantin pasti tukarkan pekerja yang tidak amanah itu. Kes selesai.
8. Sediakan not RM1 untuk anak-anak. Mudah kerja anak, mudah kerja orang kantin tak perlu beri baki.
Gambar Hiasan
Selalu aku tekankan, didikan pertama bermula dari rumah. Kalau kita ajar anak kita hal-hal ini sejak dari rumah, maka banyak kes kecuaian dapat kita elakkan.
Lebih penting, orang tidak dapat mengambil kesempatan pada sikap tulus seorang kanak-kanak.
Kitalah pena pertama yang mencorak anak kita. Begitulah.