Tular video seorang kanak-kanak di tendang oleh kanak-kanak lain sehingga jatuh dari papan gelongsor ketika bermain di indoor playground Restoran KFC di negara China.
Rakaman CCTV tersebut mengundang kemarahan ramai kerana ibu bapa kanak-kanak yang menendang tersebut tidak mengawasi tingkah laku nakal anaknya itu.
Ads
Cara tendangan kanak-kanak tersebut dilihat seolah sengaja ingin menolak mangsa supaya terjatuh kebawah.
Namun rata-rata warganet meletakkan kesalahan tersebut pada ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana tidak mengawasi tingkah laku anaknya. Tambahan, kanak-kanak yang masih kecil memang tidak memikirkan risiko yang boleh berlaku disebabkan oleh satu perbuatan. Yang bertanggungjawab sudah tentu orang dewasa.
Pernah jugak anak main macam ni, lepastu ada budak dah start tolak-tolak.
Parent kena selalu pantau, nak salahkan budak tak boleh
Awas bahaya menanti anak tanpa awasi oleh ibubapa. Hati-hati ketika bawa anak bermain dekat playground, pastikan anda awasi anak untuk elakkan perkara ini berlaku.
Isteri nampak je kuat, tapi andai pasangannya ditimpa dengan ujian yang tak disangka-sangka tetap gugur juga air mata itu. Lagi-lagi bila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini kini terlantar sakit. Bertambah sedih apabila anak-anak masih kecil dan memerlukan kasih ayah.
Menerusi perkongsian seorang isteri di Facebook Nurasmieyra Ismail, ibu kepada dua cahaya mata berusia 3 tahun dan setahun serta sekarang sedang sarat mengandung anak ketiganya yang bakal lahir September depan, apa yang berlaku pada suami tak dijangka sama sekali.
Bermula dengan demam on off, sakit kepala
Bermula dengan demam on off je, lepas tu kerap sakit kepala yang teramat sangat sehinggalah satu hari tu terus tak ingat apa-apa. Semua berlaku secara mengejut. Suami mula tak sedarkan diri sejak 2 Mei 2021.
Dari hari jadi anak yang baru masuk 1 tahun (8 Mei 2021) sampai la Hari Anniversary kami (14 Mei 2021) yang ke-5, buatkan saya sedih tengok suami hanya terlantar. Doktor diagnos Meningitis (jangkitan kuman di selaput otak).
Masa berada di hospital sebelum ini, kalau dia sedar pun, kejap je. Suami buka mata tapi dia tak kenal siapa-siapa. Dia tak kenal saya, tak kenal anak-anak dia. Tak ingat pun dengan keadaan saya tengah sarat mengandung anak dia.
Bila jadi macam ni, sekelip mata saya jadi ralat. Automatik saya perlu kuat untuk galas semua tanggungjawab yang suami lakukan sebelum ni. Makan minum, pakai anak-anak, check up baby, ulang alik hospital, alhamdulillah Allah permudahkan urusan tu. Tapi sesekali buat saya sedikit rasa down.
Sebagai suri rumah sepenuh masa, kadang-kadang terfikir juga nak cari kerja memandangkan suami sakit terlantar macam ni tapi anak-anak pun kecil lagi. Mungkin selepas bersalin saya perlu fikirkan alternatif lain sebab tak mahu semua anak-anak dan suami tak terabai.
Hanya terlantar dan perlu bantuan untuk bangun
Syukur juga suami dah keluar hospital bulan Jun lalu dan buat masa sekarang ada di rumah mak. Sebab kalau duduk rumh sendiri nanti tak ada yang nak tolong angkat suami ke bilik air dan ke klinik.
Suami tak mampu nak gagahkan kaki lagi, nak jalan, nak berdiri tu tak boleh lagi. Buat masa sekarang guna wheelchair dan tongkat. Sepatutnya belum boleh discharge ward sebab suami kena continue ubat dia ada lagi 2 bulan.
Tapi kami minta balik juga sebab dah lama sangat duduk dalam wad dan tambah lagi dengan keadaan saya sendiri penat mengandung.
Jadi lepas discharged wad bermulalah episod kami ulang alik ke KK Kuala Abang setiap hari selama 2 bulan untuk continue ubat dan rawatan suami disana.
Walaupun ramai yang whatsapp nak datang melawat suami, saya minta maaf kerana keadaan dia sekarang memang tak mengizinkan. Dia bukan sembuh sepenuhnya lagi. Masih belum stabil dan sesekali ada muntah-muntah, sakit kepala, lemah, tak nak makan minum. Badannya pun semakin kurus.
Sekarang ni kalau nak suruh dia bangun kena angkat dulu, baru dia boleh bangun. Itu pun kejap je sebab dia akan kata pening. Anak-anak pun dia tak larat nak pegang dan nak main.
Suami dah tak boleh kerja
Doktor juga tak beri jaminan suami akan pulih sepenuhnya dan pihak mereka telah buat surat menyatakan suami tak boleh kerja dah. Moga ade rezeki lain buat kami sekeluarga.
Mohon doa dari kalian, doakan kesembuhan buat suami saya Ahmad Shahdan Mustafa agar diberi syifa’ dan sembuh sihat seperti biasa..Doa anda semua sungguh mahal buat kami. Ujian buat kami anak beranak, insyaAllah masih kuat. Doakan ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malam tadi, adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya sudah berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam facebooknya.
Menerusi perkongsiannya, Ahmad Safiuddin memohon doa orang ramai mendoakan segala urusan di sana nanti di permudahkan dan selamat pergi dan balik semula ke tanah air untuk berjumpa dengan semua orang.
Semestinya khabar gembira dan positif diharapkan oleh orang ramai yang sayangkan Ainul serta ingin melihat kembali senyuman si kecil ini semula.
Allah lorongkan jalan mudah
Sebelum ini, kisah adik Ainul yang mempunyai ketumbuhan di mulut begitu membuatkan rakyat Malaysia bersatu hati untuk membantu si kecil ini sehinggakan mereka sanggup mengumpul sumbangan bagi meringankan beban ibu bapa Ainul menanggung kos rawatan.
Kegigihan rakyat Malaysia yang ingin membantu bayi tersebut telah sampai ke pengetahuan Dr. Amalina Che Bakri yang juga seorang doktor di UK sehingga urusan membawa Ainul ke sana dipercepatkan.
Hasil perbincangan Dr Amalina dengan pakar di sana, Allah lorongkan jalan dan pakar bersetuju untuk merawat dan melihat semula masalah Ainul secara terperinci.
Terima Kasih Doakan Ainul
Beberapa hari lalu, Ahmad Safiuddin menerusi Facebooknya memberitahu walaupun banyak urusan di kaunter dan datang secara walk ini sebelum berangkat ke London, semuanya dipercepatkan.
Namun, menurutnya ramai orang yang tidak dikenali bertemu dengannya sambil mendoakan agar mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan untuk merawat penyakit Ainul.
Hanya Allah SWT sahaja mampu membalas usaha dan niat baik tuan/puan. Saya sangat menghargainya!
Semoga Allah menggantikan tuan/puan dengan sesuatu lebih baik dan bermakna dalam hidup tuan puan!
Terima kasih semua kerana mendoakan perjalanan kami, menyokong penuh usaha kami dan mendoakan kesejahteraan ainul.
Kami cuba sedaya upaya kami buat yang terbaik buat Ainul Mardhiah yang saya kira ketika ini, Ainul Mardhiah adalah buah hati seluruh rakyat Malaysia!
Selamat pergi dan balik sayang
Muat naik status panjang lebar di Facbeook supaya mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah ini telah mendapat respon dari semua latar belakang masyarakat. Masing-masing mendoakan agar bayi perempuan ini selamat menjalani rawatan di sana.
Siapa Sofizah Hj Mousin, Johan Qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa berusia 33 tahun ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan sekarang bekerja sebagai seorang Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya.
Walaupun beliau mengajar dalam subjek Geografi dan bukannya pendidikan Islam, tetapi kecintaan pada Al Quran ini menebal sejak di usia remaja lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, semasa sekolah menengah beliau mula mempelajari taranum Quran dalam kelas kemahiran Al Quran. Keluarganya juga memberi support yang kuat kepada Sofizah untuk terus belajar.
“Biasanya saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari, ” bagitahu Sofizah Mousin.
Walaupun kesibukan sebagai seorang guru dan ibu, beliau manfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Bayangkanlah setiap kali dalam kenderaan, wanita ini akan alunkan bacaan Al Quran. Anak-anak layan je.
Selain latihan insentif kendiri di dalam kenderaan, Sofizah juga berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali dan Ustaz Yahya Haji Daud.
Johan dengan markah 89.66 meninggalkan Singapura di tangga kedua dan Indonesia di tangga ketiga.
Bila ditanya apa tips dalam taranum ni, Sofizah beritahu, “Cintai Al Quran, sentiasa jadikan Al Quran itu sebagai kitab panduan utama. Percaya bahawa setiap huruf yang kita baca itu, Allah kurniakan pahala. Allah juga akan kurniakan ketenangan dalam kehidupan…“
Café-au-lait spot pada kulit anak biasanya tidak berbahaya, namun dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi petunjuk kepada Neurofibromatosis Type 1 (NF1). Ketahui bila ibu ayah perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.