Bukan ujian yang biasa-biasa buat kedua ibu dan ayah. Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 4.28 petang dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.
Beliau berkata, siasatan awal ke atas ibu dan bapa mangsa yang kedua-duanya berumur lingkungan 30-an mendapati ketika kejadian seisi keluarga itu sedang tidur.
“Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Ads
Mohd Hafiz berkata, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.
Ads
“Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.
Anak perempuan ni memang manja sungguh dengan ayahnya. Memang tak boleh nak ‘kongsi’ dengan sesiapa. Macam ayah tu, dia seorang yang punya. Hubungan antara ayah dan anak perempuan sememangnya teristimewa. Ayahlah yang menjadi hero dan cinta pertama buat anak perempuan.
Sepanjang nak membesar ni, macam-macam kerenah anak. Bila dikenangkan memang lucu dan menjadi memori terindah buat kita. Jangan sia-siakan masa kecil mereka, selagi boleh rakamlah kenangan bersama anak untuk dilihat semula di kemudian hari.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akuan TikTok @haziqhashim_, menunjukkan anak perempuannya yang sedang merajuk. Langsung tidak mahu menoleh biarpun dipanggil beberapa kali untuk minta maaf, anaknya hanya memandang ke luar tingkap.
“Sorrylah.. Ish.. Sorrylah, jangan merajuk. Daddy tengah bawa kereta tadi. Perempuan kalau merajuk memang suka pandang tingkap eh?”.
Jom tonton video ni;
Apabila si ayah cuba untuk memegang tangannya, terus ditarik. Puas jugalah nak dipujuk, anaknya hanya berdiam saja sehinggalah selepas beberapa ketika barulah dia kembali okay.
“Ini je punca dia. Tak dapat tangan tadi..”
Rupa-rupanya yang menjadi punca anaknya itu merajuk kerana ayahnya tak beri pegang tangan. Melalui penjelasan si ayah, dia tak benarkan anaknya untuk memegang tangan kerana sedang memandu.
Berikut antara komen yang ditinggalkan warganet;
Bukan main manja ya awak dengan ayah, punyalah merajuk tak dapat pegang tangan. Semoga hubungan anak-beranak ini kekal baik dan sentiasa dilimpahi kasih sayang selama-lamanya. Dah besar nanti, mesti adik ni akan tersenyum sendiri melihat dirinya yang merajuk dengan ayah.
Apabila seorang wanita bergelar isteri, tanggungjawab dan kehidupan berubah 360 darjah. Lebih-lebih lagi apabila menguruskan rumah tangga dengan anak yang ramai, kerja seharian bukanlah sesuatu yang mudah.
Ada kala suami tidak nampak segala penat lelah yang dilakukan di rumah, sehingga ada yang melabel isteri sebagai pemalas hanya kerana kerja itu nampak ‘simple’. Hakikatnya, tugas seorang isteri dan ibu penuh dengan cabaran yang sering dipandang ringan.
Menerusi Facebook Farrah Hanani Amir Hamzah, satu perkongsian seorang wanita di fb Mak Wan Tenang Sihat yang kini sudah bergelar nenek kepada 20 cucu menarik perhatian ramai.
Dalam perkongsiannya, wanita ini menceritakan pengalaman berhadapan dengan suami yang beranggapan tugas suri rumah sepenuh masa adalah kerja yang mudah.
Menurutnya, dia pernah memberontak secara ‘legal’ hanya untuk mendapatkan rehat daripada menguruskan enam orang anaknya.
Katanya lagi, akibat tekanan atau ‘stress’ melampau yang dialami sekitar tahun 2001 ketika anak-anak sedang membesar, dia berpakat dengan doktor untuk dimasukkan ke wad hospital. Dari situ, dia akhirnya mendapat peluang berehat buat seketika dalam tempoh yang lama.
Nyata cara ‘sweet’ wanita ni bukan untuk kepentingan diri tetapi inginkan rumah tangga bahagia kekal sehingga ke hujung nyawa. Malah suaminya telah berubah malah rumah tangganya makin bahagia.
Sementara itu, Farrah Hannani turut bersetuju bahawa wanita juga ada cara tersendiri untuk ‘sekolahkan’ suami agar lebih menghargai isteri. Ia bukanlah bermaksud melepaskan tanggungjawab, sebaliknya untuk menanamkan rasa empati dalam diri setiap pasangan.
Nampak macam simple tapi susah nak cakap. Ada seorang perempuan ni dia sedih, dia dah uruskan semua hal rumahtangga dia, lepas tu bila balik, suami dia kata dia pemalas.
Banyak sangat respond dalam tu cerita pengalaman masing-masing juga. Orang lelaki ni kalau benda tu dia tak nampak, dia macam tak tahu tau sebenarnya benda dah settle. Bila dia sampai, memang lah nampak isteri tu relaks.
Ada satu komen, dia meniaga. Jadi dari jam 2 pagi, dia masak lepas tu 7 pagi camtu suami dia pergi buka gerai. Sepanjang suami dia ke gerai tu dia kemas semua dapur dan peralatan memasak. Tapi suami dia tetap rasa dia relaks sebab tak perlu keluar meniaga.
Satu hari, lepas habis masak, dia sakit perut jadi kena pergi hospital. Tak sempat nak kemas lagi. Selama 3 hari dia kat hospital tu, barulah suami dia sedar yang selama ni punya lah banyak kerja dia buat sebab tu suami dia balik, rumah dah kemas.
Saya bercakap tentang kes orang sahaja. Setiap rumahtangga ni dinamik. Tak sama lah pengalaman masing-masing. Paling terhibur bila baca komen Mak Wan Tenang ni. Siap pakat dengan doktor.
“Bila baca perkongsian seterusnya, sekarang dah ada 20 cucu dah pun Mak Wan ni. Alhamdulillah baik-baik sahaja semuanya.”
Orang perempuan yang dalam situasi begini, kena pandai tarik hand brake. Dan ubatnya selalunya ialah, kau biar je suami kau sorang-sorang uruskan hal rumah dan anak-anak. Kau pergi lah mana-mana sekejap. Kursus urutan dan aromatherapy ke, contoh.
Kat sinilah ujian untuk dia. Kalau dia lelaki yang baik, masa tu dia sedar lah yang selama ini dia dah salah cakap isteri dia pemalas. Nescaya dia akan lebih meringankan tulang selepas ini buat urusan rumahtangga sama-sama.
Kalau dia makin baran, terus nak cari bini lain yang konon nya lebih baik daripada kau. Hah elok lah angkat kaki sahaja daripada lelaki jalang macam tu. Dah lah pemalas mulut pun jahat.
Saya tambah sedikit ya, dia begini, isteri tak minta pun princess treatment. Kalau balik tu mulut berat nak puji, sekurang-kurangnya diam je lah kalau nampak ada benda tak kena. Kata-kata yang kasar, itu makan dalam. Bertahun-tahun sampai lah seorang isteri tawar hati.
Ada ke perempuan pemalas yang suami dia pulak rasa teraniaya. Ada je, tapi tu tajuk lain. Hari ni kita fokus tajuk suami kata isteri pemalas padahal dia yang pemalas. Sekian
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam menguruskan tekanan rumah tangga dan cara mereka menghadapinya.
Antara komen adalah :
“Surirumah paling banyak kerja. Nampak mcm tak ada kerja tapi kus semangat.. sampai tengah malam”
“Pengalaman saya bab pasar. Suami ni betul lah klu dia tak experience sendiri dia tak tahu & isteri lah selalu nya salah manjang. 8 tahun lepas dah mula harga barang naik mcm roket. Sebelum tu suami beri rm50 boleh lah belanja barang dapur. Selepas tu harga barang pasar naik. Minta lebih suami kata selalu 50 je napa nak lebih. Saya kata brg dah naik. Mula dari situ every weekend bawa suami ke pasar, saya tak minta duit pasar biar dia bayar. Terkejut beruk dia dengar harga barang belian. Dlm kereta dia terduduk. Lepas tu je isteri dia apa lagi bebel lah panjang sampai telinga overload. Tu je cara nak bagi suami paham kan. Klu berdebat pun tak guna.”
“Sebelum ni suami 100% provider. Sy fully housewife, anak sorang (time tu), anxiety and ocd fighter. Dan suami tak pernah sentuh 1 pun kerja rumah waima jaga anak sekali pun. Alhamdulillah suami bukan jenis cerewet. Tak nak masak? Ok beli atau makan kat luar. Malas kemas rumah? Ok je. Tak sempat iron semua baju? Ok je. Until satu hari kami diuji dgn masalah kewangan — sy kena keluar bekerja. Sy risau ya. Risau sy penat fizikal mental nak handle rumahtangga lagi kerja lagi. Suami mmg tak pernah buat kerja rumah. Anak dah masuk 2 orang time ni. Bila dah jadi macam ni, sy baru nampak sisi lain suami. Yang selama ni tak pernah tukar lampin anak, tak pernah masak, tak pernah jemur baju. Now, bab jaga anak dia lagi perfect dari sy. Masak lagi sedap dia dari sy. Jemur kain lagi teratur dari sy. Bab kemas rumah je la kena ketuk sikit.”
Kisah ini secara tidak langsung membuka mata bahawa kerja seorang isteri bukanlah semudah yang disangka. Di sebalik senyuman dan ketenangan yang ditunjukkan, ada pengorbanan besar serta tekanan yang mereka tanggung.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran untuk kita lebih menghargai pasangan, terutama para isteri yang tanpa henti berjuang demi keluarga.
Penyanyi dan pelakon, Janna Nick yang masih dalam fasa berbulan madu selepas mendirikan rumahtangga pada 10 Jun lalu berkongsi mengenai perancangannya dan suami untuk memiliki zuriat sendiri.
Pun begitu, Janna yang padat dengan jadual seninya mengakui bukan masa yang sesuai namun sudah pun merancang waktu tertentu untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Dini Schatzmann.
Menurut perkongsian Harian Metro, Janna dan suami merancang mengenai zuriat sekiranya mereka dikurniakan rezeki. Malah rupanya wanita cantik manis ini juga mengimpikan seorang cahaya mata berbintang zodiak, Libra iaitu sekitar September dan Oktober.
Namun kata Janna, semua impian itu pastinya dengan doa dan rezeki yang disusun cantik Allah SWT buat dirinya kelak.
“Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki alhamdulillah.
“Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam dah tidak sempat.
“Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan.
“Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja,” katanya berkongsi.
Janna yang baru sebulan mendirikan rumahtangga mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami.
“Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu.
“Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga,” ujarnya berkongsi.
Terdahulu, Janna dan Dini Schatzmann memilih tarikh 10 Jun untuk mengikat tali janji mereka sebagai pasangan suami isteri.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...