Ads

Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta, Tragedi Menyayat Hati Yang Mengejutkan Ramai

Malam itu sepatutnya biasa hanya langkah kecil seorang anak menuju ke seberang jalan. Niatnya sederhana — mahu membantu, mahu merasa dihargai, mahu dekat dengan keluarga. Tapi siapa sangka, langkah kecil itu menjadi langkah terakhirnya di dunia ini.

Hati mana yang tidak luluh bila seorang anak yang masih kecil, yang belum sempat membesar, pergi dalam sekelip mata meninggalkan seribu satu kenangan yang takkan pernah padam. Tragedi kanak-kanak maut dirempuh kereta ini benar-benar meruntun jiwa ramai.

Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Ketika Melintas Jalan

Menurut laporan media, seorang kanak-kanak lelaki yang maut dirempuh kereta ketika melintas di Jalan Kota Kuala Muda, di sini malam tadi dikatakan mahu ke gerai makan ibu saudaranya yang terletak di seberang jalan.

Kakak mangsa, Nurul Anis Amira Zamri, 25, berkata, adik bongsunya, Allahyarham Muhammad Ammar, 7, sering ke premis itu untuk membantu ibu saudara mereka membersihkan gerai sebelum ditutup.

“Selain dapat makan, dia (Muhammad Ammar) juga diberikan duit belanja,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Pesanan Terakhir Yang Menyentuh Hati

Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta, Tragedi Menyayat Hati Yang Mengejutkan Ramai
NURUL ANIS (kanan) ditemani bapanya, Zamri Muhammad, 58, menunjukkan gambar Muhammad Ammar yang maut dirempuh kereta ketika melintas jalan di Jalan Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani

Katanya, arwah adiknya tidak banyak bercakap dan pernah memaklumkan dia mahu mati di dalam bilik, bukannya di tempat lain sebelum kemalangan tersebut.

Kata-kata itu kini menjadi kenangan paling menyentuh hati buat keluarga yang ditinggalkan. Dalam sekelip mata, kehidupan mereka berubah apabila tragedi kanak-kanak maut dirempuh kereta ini berlaku tanpa diduga.

Ads

“Kami sekeluarga reda, namun berharap pihak polis dapat melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” ujarnya.

Kronologi Kejadian Kemalangan

Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta, Tragedi Menyayat Hati Yang Mengejutkan Ramai

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata pada jam 9.45 malam tadi, anggotanya di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Muda menerima maklumat terdapat kemalangan membabitkan kereta dipercayai terlanggar pejalan kaki di lokasi di Kota Kuala Muda.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9.23 malam.

Ads

“Pemandu kereta terbabit dipercayai dari arah Kota Kuala Muda hendak menuju ke Pulau Sayak, namun ketika dalam perjalanan dan kenderaan sedang bergerak lurus, secara tiba-tiba kanak-kanak terbabit melintas secara mengejut dari arah kiri jalan ke hadapan laluan kereta berkenaan.

“Akibat jarak terlalu dekat, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar kanak-kanak terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik berkenaan.”

Ads

Siasatan Masih Dijalankan

Hanyan berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas di Jalan Kota Kuala Muda kira-kira pukul 9.23 malam tadi.

Pengajaran Dari Tragedi Menyayat Hati Ini

Kejadian kanak-kanak maut dirempuh kereta ini menjadi peringatan penting kepada semua pihak, terutamanya ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak, lebih-lebih lagi ketika berada berhampiran jalan raya.

Selain itu, pemandu juga perlu lebih peka dan berhati-hati, terutama di kawasan kampung atau kawasan yang mempunyai pergerakan pejalan kaki.

Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Satu detik kelalaian mampu mengubah kehidupan ramai pihak buat selamanya.

Sumber: Kosmos & Berita Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Hamil Kena Bersalin Induce Jangan ‘Down’, Perlu Bersedia Lebih Awal!

Ada ibu direzekikan untuk bersalin mudah namun ada juga yang terpaksa melalui proses induce bagi mempercepatkan kelahiran bayi.