Bermain memang lumrah bagi kanak-kanak. Dengan bermain mereka dapat meneroka perkara baru dan secara tak langsung beberapa ilmu baru akan mereka pelajari. Bermain juga merupakan aktiviti semulajadi kanak-kanak.
Semasa bermain kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas. Fikiran mereka jadi lebih tenang dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik. Bermain penting untuk perkembangan kanak-kanak yang menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial & kesihatan emosi mereka.
Meningkatkan Kemahiran Berfikir
Meningkatkan Kepekaan Deria
Meningkatkan Kekuatan & Koordinasi Motor
Menyihatkan Badan
Belajar Kemahiran Sosial
Membentuk & Mengawal Emosi
Belajar Gunakan Bahasa & Komunikasi
Sumber: Aishah Kassim
Pakar Pertuturan Bahasa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Tahun Pertama Usia Emas Anak, Ibu Ayah Mesti Bersabar. Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu. Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang, maka mereka mudahlah untuk dibentuk.
Menurut juruterapi pediatrik, Idzmir Shahril berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak-kanak. Apa yang berlaku pada usia 6 tahun ke bawah akan memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Ibu bapa tidak patut mensia-siakan fasa ini. Buang sempadan kesempurnaan kerana anak hanya akan mengingati masa indah yang dihabiskan dengan mereka. Explore, play & bonding, itulah yang sebaik-baiknya.
Tak boleh dipukul walau pun mereka melakukan kesalahan. Ibu ayah jangan gunakan alasan memukul untuk mendidik!
Didik dengan kasih sayang, anak akan rasa dekat dengan kita dan merasakan ibu bapa sebagai pelindung dan tempat rujukan.
Ada ibu bapa kecewa anak memilih untuk dengar perintah datuk dan nenek, bermuhasabahlah!
Peluk dan ciumlah anak dan ucapkan perkataan sayang. Pandang anak dengan kasih sayang. Tahan marah dan genggam tangan mereka.
Ibu ayah ucapkan yang baik-baik dan nasihatkan yang baik. Sabarlah kalau perlu ulang nasihat yang sama 1001 kali.
6 tahun pertama ibu ayah mesti letakkan objektif bukan sahaja mendidik tetapi berkasih sayang sambil mendidik.
Sumber: Idzmir Shahril
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Rangsang Perkembangan Otak Anak, Ibu Kena Perkenalkan Makanan Kaya DHA!
DHA ialah sejenis asid lemak omega-3 yang berantai panjang. Ia boleh didapati di dalam setiap sel dalam badan manusia. Namun begitu, tubuh tidak dapat menghasilkan lemak omega-3. Oleh sebab itulah anda perlu memberi anak makan makanan yang kaya dengan kandungan omega-3 seperti DHA.
Sememangnya anda perlu menitikberatkan pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan DHA. Hal ini kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu merangsang perkembangan otak anak agar dapat membesar sebagai kanak-kanak yang bijak.
Oleh yang demikian, teliti senarai makanan kaya dengan DHA yang dinyatakan ini dan berusahalah untuk memberikannya kepada si manja dalam kadar yang seimbang setiap hari.
Telur
Telur ayam adalah bahan makanan yang sering menjadi kegemaran si kecil. Jika anak anda turut menggemarinya, bererti dia sudah memenuhi keperluan zat daripada asid lemak omega-3 untuk tubuhnya. Daripada sebiji telur, anak anda bakal memperoleh kira-kira 40 – 250 miligram DHA dan EPA.
Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang membantu menguruskan daya ingatan.
Salmon
Ikan salmon sememangnya diketahui ramai tinggi dengan kandungan EPA dan DHA. Ia dapat memberikan sejumlah 1.6 miligram asid lemak omega-3 yang baik bagi pertumbuhan otaknya.
Selain daripada salmon, anda juga boleh memberi anak makan jenis-jenis ikan berlemak yang lain. Ini termasuklah ikan bilis, sardin, tenggiri dan tuna.
Namun begitu, ikan tenggiri dan tuna dikatakan berisiko terdedah kepada pencemaran merkuri, plumbum dan toksin. Bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada raksa ini, Food and Drugs Association (FDA) mengesyorkan pengambilan ikan bersaiz besar daripada laut dalam adalah tidak lebih daripada 340 gram setiap minggu. Antara lain, anda perlu memilih pelbagai jenis ikan berbanding hanya satu jenis ikan.
Minyak ikan
Minyak ikan sering kali menjadi salah satu bahan utama suplemen, baik dalam bentuk kapsul, pil, mahupun cecair. Ia diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi DHA dan EPA (asid eicosapentaenoic). Penggunaan minyak ikan sebagai suplemen diketahui telah digunakan sejak abad ke-18 lagi.
Minyak ikan istimewa kerana ia mengandungi omega-3, asid lemak penting yang diperlukan untuk kesihatan mental dan fizikal tetapi tidak dapat dihsailkan secara semula jadi oleh tubuh.
Kekacang
Kekacang mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi sebagai sumber tenaga untuk otak. Kekacang juga kaya dengan protein, sumber serat, mineral dan vitamin.
Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Badam adalah satu jenis kekacang yang sangat dipercayai dapat menjadikan individu cerdas dan pintar.
Amalkan suplemen
Dengan mengamalkan suplemen yang mengandungi DHA, ia sudah pasti dapat memenuhi keperluan asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh anak anda. Jadi, amalkan Nature’s Way Kids A+ Milk Calcium Buttons yang terdapat dalam dua varian iaitu DHA dan Manuka Honey. Suplemen ini bagus untuk membantu merangsang anak menjadi kanak-kanak yang bijak.
Sama juga halnya jika anak anda mengamalkan Nature’s Way Kids A+ Omega-3 Fish Oil. Ia mengandungi kandungan DHA yang tinggi, baik untuk perkembangan otak, daya tumpuan, minat belajar dan sikap peribadi si kecil.
Suplemen-suplemen ini bukan sahaja snek yang sihat, malahan menyihatkan badan dan minda jika diambil konsisten. Dapatkan produk-produk ini melalui pembelian online di Lazada. Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenapa Buat Macam Tu” Betulkan Pertanyaan Kita Dulu Pada Anak
Bila anak-anak atau sesiapa pun melakukan kesalahan, kita sering bertanya begini, “Kenapa buat macam tu, mama nak tahu, cuba beritahu mama”.
Walaupun kita bercakap penuh kasih-sayang perkataan KENAPA ATAU MENGAPA itu menyebabkan orang salah itu berkelakuan ‘defensive’ cuba mempertahankan diri.
Maka nampak dia seperti melawan atau degil.
Soalan mengapa itu, bagi pesalah merasakan dia dituduh dan dia tidak diberi ruang mempertahankan diri.
Oleh itu bertanyalah begini, ” Semasa Angah buat perkara itu, apa yang Angah hendak capai?” atau ” Semasa Angah berkelakuan seperti itu, apa yang Angah maksudkan?”, contohnya.
Soalan begini memberi dia ruang untuk menerangkan kepada kita.
Pernah berlaku kepada suami Ibu semasa bermain dengan cucu sulung kami. Sedang bermain, tiba-tiba dia memukul muka suami Ibu (Grandfathernya). Suami Ibu terkejut lalu terus bertanya, “Why you did that?” (Kenapa buat macam tu?) Nampak terkejut dan hairan muka cucu kami kenapa itu perbuatan itu salah.
Cepat-cepat mamanya bertanya kepada Az-zahraa cucu sulung kami,
Az-Zahraa when you did that, what do you mean by that?” (Az-zahraa, bila sayang buat tu apa yang Az-Zahraa maksudkan).
“It is a happy hit” , “Main pukul-pukul” , kata Az-Zahraa.
Jawapan Az-zahraa menyedarkan kami dia hanya hendak bermain. Cuma belum bijak untuk mengetahui batasan.
Selepas itu mama dia pun menjelaskan batasannya dimana muka janganlah dipukul. Cepat-cepat Az-zahraa meminta maaf kepada Grandfathernya dan Grandfather pun meminta maaf kepada Az-Zahraa kerana tersilap cara bertanya.
Banyak salah laku anak-anak kecil ini adalah kerana mereka belum bijak mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu kita mesti bijak berkomunikasi dengan mereka untuk dapat membimbing mereka.
Sumber:Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI