
Menjadi seorang ibu bukan sekadar memastikan anak membesar dengan sihat, tetapi juga tentang membuat pilihan terbaik dalam setiap fasa tumbesaran mereka. Daripada soal pemakanan, kesihatan hinggalah perkembangan si manja, setiap keputusan pastinya hadir bersama seribu satu persoalan.
Menyedari betapa pentingnya keyakinan ibu bapa dalam menentukan nutrisi terbaik buat anak-anak, Karihome telah menganjurkan sebuah acara istimewa pada 3 November 2026 bertempat di Park Hyatt Kuala Lumpur, Menara Merdeka Maybank (Merdeka 118).

Elfira Loy, Syifa Melvin dan Jennifer Foh serta barisan momfluencer berkongsi pengalaman perjalanan keibuan dalam acara eksklusif yang turut mengetengahkan kajian saintifik berkaitan susu kambing.

Acara ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian pengalaman keibuan, malah turut meraikan satu pencapaian bersejarah buat jenama susu kambing berkenaan.

Karihome Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records!
Momen paling bermakna dalam acara tersebut pastinya apabila Karihome diraikan atas kejayaannya menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori ‘The Most Scientific Studies Published On Goat’s Milk Formula’.

Pengiktirafan berprestij ini menjadi satu lagi pencapaian penting buat Karihome dalam memperkukuh komitmennya terhadap penyelidikan saintifik berkaitan susu formula berasaskan susu kambing. Lebih daripada sekadar pengiktirafan, kejayaan ini turut memberi nilai tambah kepada ibu bapa yang sentiasa mencari maklumat dan bukti penyelidikan sebelum membuat keputusan berkaitan pemakanan anak.

Menurut Jessie Ng, Pengurus Kanan Produk Karihome, pengiktirafan tersebut diharap dapat membantu meningkatkan keyakinan ibu bapa dalam memilih produk nutrisi yang bersesuaian dengan keperluan si manja.

Beliau turut menjelaskan bahawa kajian GiraFFE yang telah dijalankan memberikan maklumat saintifik yang penting untuk memahami susu formula berasaskan susu kambing dan kesannya terhadap kesihatan kanak-kanak.
“Dengan hasil kajian ini, kami sebenarnya mahu memberi pendedahan kepada ibu ayah di luar sana tentang kebaikan susu kambing serta membina keyakinan mereka terhadap produk keluaran Karihome. Ibu ayah juga akan lebih yakin terutamanya mereka yang mempunyai anak dengan masalah kulit.”
Kajian GiraFFE Kupas Hubungan Susu Formula Dengan Masalah Kulit Kanak-Kanak
Menariknya, acara ini turut memberi peluang kepada para tetamu untuk mendalami dunia penyelidikan nutrisi kanak-kanak menerusi pembentangan khas oleh Jane Straka dari Dairy Goat Co-operative (DGC), New Zealand, yang berkongsi mengenai kajian klinikal GiraFFE.

Kajian berkenaan meneliti dan membandingkan penggunaan susu formula berasaskan susu kambing penuh krim dengan susu formula berasaskan susu lembu, khususnya berkaitan hasil pemerhatian terhadap dermatitis atopik atau ekzema dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat dalam kajian tersebut.
Menerusi pembentangannya, Jane menghuraikan latar belakang kajian, pendekatan penyelidikan serta dapatan yang diperoleh. Beliau turut menekankan kepentingan memahami bukti saintifik mengikut konteks kajian yang dijalankan, agar maklumat tersebut tidak disalah tafsir atau dianggap sesuai untuk semua kanak-kanak.
Perkongsian ini membuka ruang kepada ibu bapa untuk memahami bahawa pemilihan susu formula bukan sekadar mengikut trend atau pengalaman orang lain, sebaliknya perlu mengambil kira bukti penyelidikan dan kesesuaian individu.
Jangan Pandang Ringan Masalah Ekzema dan Alahan Anak!
Dalam pada itu, Prof. Dr. Salina Husain, Pakar Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Otorinolaringologi – Pembedahan Kepala dan Leher (ORL-HNS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), turut berkongsi pandangan mengenai masalah ekzema dan alahan dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut beliau, ibu bapa tidak seharusnya membuat andaian sendiri apabila anak mengalami masalah kulit seperti kemerahan, kegatalan atau ruam yang berulang. Sebaliknya, langkah paling penting adalah mendapatkan konsultasi daripada doktor bagi mengenal pasti punca sebenar masalah kulit yang dialami anak sebelum menentukan rawatan atau pendekatan pengurusan yang bersesuaian.
Ini kerana masalah kulit dalam kalangan kanak-kanak boleh berpunca daripada pelbagai faktor dan tidak semestinya berkait dengan alahan susu atau pemakanan semata-mata.
Perkongsian beliau menjadi peringatan penting buat ibu ayah agar tidak terburu-buru menukar susu formula tanpa mendapatkan pandangan profesional, lebih-lebih lagi jika anak mempunyai sejarah alahan atau masalah kesihatan tertentu.
Elfira Loy: Setiap Pilihan Ibu, Semuanya Demi Anak
Turut mencuri perhatian ialah kehadiran pelakon dan ibu selebriti, Elfira Loy, yang berkongsi pengalamannya mengenali Karihome menerusi cadangan seorang sahabat. Sebagai ibu, Elfira percaya bahawa proses membesarkan anak memerlukan kesediaan untuk sentiasa belajar dan mendapatkan ilmu baharu, khususnya apabila melibatkan soal pemakanan serta perkembangan mereka.

“Hari ini kita berkumpul untuk sama-sama belajar ilmu baharu bagi memastikan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik untuk anak-anak. Saya mengenali Karihome dari seorang sahabat dan sejak itu saya terus berikan pada anak kerana saya nampak tumbesaran dan perkembangannya yang sangat memberangsangkan.”
Bagi Elfira, pengalaman positif yang dilihat sendiri sepanjang membesarkan anak memberi keyakinan untuk meneruskan pilihan yang dirasakan sesuai dengan keperluan keluarganya. Perkongsiannya cukup dekat dengan hati ramai ibu yang sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak, biarpun setiap keputusan kecil adakalanya memerlukan pertimbangan yang besar.
Syifa Melvin Pernah Salahkan Diri Sendiri Kerana Masalah Ekzema Anak
Jika Elfira berkongsi tentang keyakinan dalam memilih nutrisi anak, lain pula kisah Syifa Melvin yang menyentuh hati apabila membuka cerita mengenai cabarannya berdepan masalah ekzema yang dialami anak sulung.
Melihat anak berdepan masalah kulit bukanlah pengalaman yang mudah, apatah lagi apabila seorang ibu sudah mencuba pelbagai cara untuk mencari penyelesaian terbaik. Malah, Syifa mengakui pernah melalui fasa menyalahkan diri sendiri kerana terlalu risau dengan keadaan anaknya.

“Anak sulung saya mengalami ekzema dan saya tercari-cari solusi yang terbaik sehinggalah saya berjumpa dengan Karihome. Kalau dulu saya risau dan selalu menyalahkan diri sendiri melihat keadaan anak saya tetapi apabila dia semakin okay dan selera makan pun bertambah, saya lebih yakin Karihome adalah yang terbaik apatah lagi selepas melihat manfaat susu kambing kepada kanak-kanak.”
Pengalaman Syifa menggambarkan betapa besarnya tekanan emosi yang boleh dirasai seorang ibu apabila anak berdepan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, kisahnya turut mengingatkan bahawa perjalanan setiap anak adalah berbeza. Apa yang sesuai untuk seorang kanak-kanak belum tentu memberikan kesan sama kepada kanak-kanak lain.
Seperti yang ditekankan dalam perkongsian pakar pada acara tersebut, mendapatkan nasihat doktor tetap menjadi langkah terbaik dalam mengenal pasti dan mengurus masalah ekzema atau alahan anak.
Jennifer Foh: Ibu Bahagia, Anak Pun Membesar Dalam Suasana Positif
Sementara itu, Jennifer Foh, yang merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata, membawa perspektif berbeza apabila menekankan kepentingan menjaga kesejahteraan emosi ibu sepanjang membesarkan anak-anak.
Baginya, perjalanan motherhood tidak seharusnya dipenuhi rasa bimbang semata-mata. Sebaliknya, seorang ibu juga perlu berasa gembira, yakin dan menikmati setiap detik bersama keluarga.

“Saya percaya, mental ibu sangat penting untuk membesarkan anak-anak dalam persekitaran positif. Salah satunya apabila kita yakin telah memilih susu formula yang sesuai dengan anak dan melihat sendiri keserasian mereka dengan produk itu. Sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata, bagi saya sangat penting untuk kita menjalani motherhood dengan gembira biarpun ada banyak cabaran.”
Hakikatnya, seorang ibu yang tenang bukanlah ibu yang tidak pernah berdepan cabaran, tetapi ibu yang belajar untuk mengurus kebimbangan dan percaya pada keputusan yang dibuat dengan ilmu serta pertimbangan sewajarnya.
Perkongsian ketiga-tiga ibu ini memberikan satu mesej yang cukup bermakna. Tiada satu perjalanan keibuan yang benar-benar sama, namun semuanya berkongsi satu matlamat, iaitu melihat anak-anak membesar dengan sihat, ceria dan bahagia.
Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Karihome Lebih Meriah Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM10,000!
Dalam perkembangan lain, Karihome turut memeriahkan sambutan ulang tahunnya yang ke-35 menerusi ‘Karihome 35th Anniversary Giveaway Contest’, dengan menawarkan hadiah bernilai keseluruhan sehingga RM10,000!

Berita baik buat ibu ayah yang ingin mencuba nasib, peraduan ini berlangsung dari 15 Oktober hingga 30 November 2026.
Cara penyertaan juga cukup mudah:
- Beli produk Karihome bernilai RM150 atau lebih dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan.
- Hantar bukti pembelian (resit) dan lengkapkan maklumat penyertaan yang diperlukan menerusi kaedah penghantaran rasmi yang ditetapkan oleh Karihome Malaysia.
- Penyertaan berganda dibenarkan! Ibu ayah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, asalkan setiap penyertaan disertakan dengan resit pembelian sah yang berbeza.
Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah sehingga RM10,000. Walau bagaimanapun, semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tertakluk kepada ketersediaan hadiah.
Jadi, buat ibu ayah yang sememangnya memilih produk Karihome untuk si manja, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan istimewa ini sebelum tarikh tutup!
35 Tahun Membina Keyakinan, Demi Senyuman Generasi Akan Datang
Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bukan sekadar satu pencapaian untuk diraikan, malah menjadi simbol usaha berterusan Karihome dalam mengetengahkan penyelidikan saintifik serta kepentingan pemakanan kanak-kanak.

Apa yang menjadikan Karihome istimewa ialah penggunaan susu kambing penuh krim dari New Zealand yang secara semula jadi mengandungi protein beta-kasein jenis A2, selain nutrien seperti asid lemak rantaian sederhana (MCT) dan sn-2 palmitik yang menyokong proses penghadaman.
Menerusi teknologi khas NutriKept™, Karihome turut mengekalkan sebanyak mungkin khasiat semula jadi susu kambing melalui proses penghasilan yang lebih minimum. Susu kambing juga mengandungi oligosakarida semula jadi yang berperanan menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus, sekali gus membantu menjaga kesihatan sistem penghadaman si manja.
Dengan gabungan khasiat semula jadi dan penyelidikan saintifik, Karihome terus komited menawarkan pilihan nutrisi untuk membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat usia mereka.

sekarang!
