Sistem pembelajaran anak-anak hari ini tambah menarik dengan pembelajaran pendidikan STEM yang membuatkan menarik minat anak untuk meneroka pelbagai pelbagai.

Atas dasar itulah ALFA and Friends tampil menganjurkan Karnival FunSTEM yang berlangsung 3 Mac lalu.

Karnival yang bermula dari 8:30 pagi hingga 2:30 petang di Pejabat Urusan ALFA and Friends di Bandar Bukit Puchong itu mampu menarik minat anak-anak malah karnival pendidikan STEM yang diberi nama FunSTEM Carnival itu banyak memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk mencungkil bakat dan minat anak.

Karnival FunSTEM Meriah, Tarik Minat Kanak-Kanak Dengan Pembelajaran Lebih Efektif!

Sebagai panduan ibubapa, pendidikan STEM ini berasal daripada singkatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. ALFA and Friends yang juga merupakan pelopor program pendidikan STEM di Malaysia menyokong dasar pendidikan negara untuk meningkatkan daya saing dalam bidang Sains dan Teknologi kepada pelajar.

IKLAN

Keprihatian ALFA and Friends dalam memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya ibubapa patut diteruskan bagi melahirkan lebih ramai generasi Celik STEM.

Karnival FunSTEM Meriah, Tarik Minat Kanak-Kanak Dengan Pembelajaran Lebih Efektif!

Karnival yang bermula awal pagi dan meriah itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Puchong, YB Yeo Bee Yin. Turut hadir sama pastinya Pengasas ALFA and Friends, Ho Teh Eng.

IKLAN

“Kami sangat gembira dapat menjadi tuan rumah Karnival FunSTEM bersama rakan strategik kami, dan berharap agar usaha kecil daripada ALFA and Friends ini mampu membantu meningkatkan lebih ramai tenaga kerja STEM bagi membangunkan negara di masa hadapan” katanya berkongsi.

Karnival FunSTEM Meriah, Tarik Minat Kanak-Kanak Dengan Pembelajaran Lebih Efektif! Karnival FunSTEM Meriah, Tarik Minat Kanak-Kanak Dengan Pembelajaran Lebih Efektif!

Karnival bertemakan pendidikan ini sesuai untuk segenap lapisan umur terutama untuk mereka yang mempunyai anak dari umur empat hingga dua belas tahun. Pelbagai pembelajaran interaktif dan menyeronokkan disediakan seperti demonstrasi, eksperimen, pertandingan, bengkel keibubapaan, dan booth yang pastinya telah memberi manfaat secara menyeluruh kepada seisi keluarga yang hadir.

IKLAN

Selain aktiviti dan pertandingan yang berteraskan STEM, turut diselitkan pertandingan pertunjukan fesyen daripada kanak-kanak cilik dengan tema “Karier STEM”. Tidak ketinggalan bengkel STEM, pameran kanak-kanak serta booth pendidikan.

Karnival FunSTEM Meriah, Tarik Minat Kanak-Kanak Dengan Pembelajaran Lebih Efektif!

Pengunjung juga tidak pulang dengan tangan kosong dimana cabutan bertuah turut diberikan kepada pemenang yang bertuah.

Karnival ini bukan sekadar satu keseronokan bermain sambil belajar, tetapi juga dapat menanam perasaan cintakan STEM dalam kalangan kanak-kanak seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan celik STEM di masa hadapan. Syabas ALFA and Friends!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI