Bersempena dengan musim cuti persekolahan, Pusat BeliBelah Alamanda Putrajaya akan menganjurkan Karnival VIKids yang bakal berlangsung mulai 18 Februari sehingga 12 Mac. Karnival ini bakal membawakan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan permainan yang menyeronokkan selain dari aktiviti fizikal untuk kesemua ahli VIKids.
Ahli VIKids layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti yang mempunya tema yang berlainan di perkarangan ruang legar utama Alamanda. Ruang legar utama tersebut bakal menjalani transformasi yang menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan suasana yang selaras dengan tema sesi cuti persekolahan.
Banyak Aktiviti Menarik, Dapat Gula-Gula Kapas Percuma!
Melalui Pas Karnival VIKIDs, kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki karusel, “kiddie rides” selain dari peluang untuk bermain permainan arked dan taman tema seperti bola keranjang dan juga aktiviti cat muka dan tangan.
Selain daripada kepelbagaian aktiviti menarik, kanak-kanak juga akan mendapat gula-gula kapas yang akan diedarkan secara percuma.
Ahli VIKids Berpeluang Menang Hadiah Wheel of Prizes
Ads
Setiap ahli VIKids akan menerima satu Pas Karnival yang boleh ditebus untuk setiap hari, selagi stok masih ada. Tebusan pas juga adalah terhad untuk dua ahli VIKids untuk setiap keluarga sehari. Setiap Pas Karnival akan di label setelah ahli VIKids melengkapkan aktiviti-aktiviti di karnival dan Pas Karnival tersebut perlu diserahkan kepada kaunter servis untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah di “Wheel of Prizes”.
Terdapat banyak hadiah yang sedia untuk dibawa pulang. Pengunjung kanak-kanak juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang berbentuk set alat seni, mainan lembut dan Pas “Superkidz Day” juga gula-gula kapas.
Melalui pembelian minima yang bernilai RM300 ke atas yang boleh dibuat di mana-mana kedai terpilih, ibu bapa boleh membuat tebusan hadiah kejutan untuk anak-anak mereka. Tebusan adalah terhad untuk satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.
Pelbagai Persembahan Menarik Menanti
Ads
Karnival VIKids juga akan dimeriahkan dan disambut dengan keriangan berganda apabila persembahan yang menghiburkan akan dipertontonkan kepada para pengunjung pada hujung minggu. Para pengunjung kecil akan dihiburkan dengan persembahan akrobatik, pertunjukkan silap mata, selain dari aktiviti ukiran belon yang bakal dibentuk kepada pelbagai jenis objek dan haiwan.
Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Alamanda yang sinonim sebagai Pusat Beli-Belah keluarga akan sentiasa mendukung kesejahteraan dalam kelompok komuniti. Pertubuhan Kelab VIKids membawa objektif untuk memberi ruang kepada anak kecil untuk menjalankan aktiviti sihat sambil menimba ilmu.
“Ekoran sekatan yang disebabkan oleh Covid-19, pihak kami terpaksa menamatkan tempoh karnival VIKids yang terakhir dijalankan pada 2020 yang lalu selepas 5 hari. Karnival yang sememangnya ditunggu-tunggu ini akan diadakan dengan sambutan meriah yang berganda yang mana kesemua pengunjung kanak-kanak akan menjalankan aktiviti yang disediakan dalam suasana sebuah karnival.
Ads
Karnival kali ini dilihat sebagai hari yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga memandangkan kehadiran musim cuti persekolahan. Simbolik dengan suasana ini, saya yakin para pengunjung boleh menjadikan detik bersama keluarga di karnival ini akan menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan,” tambah Brien.
Terbuka Untuk Kanak-Kanak 5-12 Tahun
Keahlian VIKids percuma untuk setiap perbelanjaan serendah RM50! Kanak-kanak yang belum mempunyai keahlian VIKids boleh membuat pendaftaran melalui perbelanjaan yang dilakukan dengan nilai serendah RM50 melalui mana-mana dua resit di kedai-kedai terpilih di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya.
Selain daripada menjadi satu medium khusus untuk menggalakkan aktiviti fizikal yang sihat dikalangan kanak-kanak, Kelab VIKids juga komited untuk meningkatkan tahap pencapaian ilmu pengetahuan disamping menjadi ruang untuk kanak-kanak menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing. Keahlian VIKids terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 12 tahun.
Sebarang informasi terkini yang akan dijalankan di Pusat Beli-Belah Alamanda, hadiah alu-aluan serta hadiah promosi hari jadi selain dari promosi eksklusif pusat beli belah akan diwartakan kepada setiap ahli yang berdaftar.
Dengan ini pihak pengurusan Alamanda menjemput kesemua pengunjung untuk berkunjung ke pusat beli belah sewaktu tempoh Karnival VIKids! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kaunter pertanyaan di talian 03-8888 8882 atau layari laman sesawang www.alamanda.com.my.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disaat kita menyediakan segala keperluan dan kehendak anak-anak kita, ada anak-anak lain yang dahagakan perhatian dan kasih sayang tanpa kita ketahui nasib mereka.
Anak-anak yatim yang kini menghuni Rumah Asnaf dan juga di rumah anak yatim antara yang amat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita. Lebih-lebih lagi ketika pandemik melanda dunia ketika ini.
Menyedari akan kekurangan ini, pelakon Anzalna Nasir tampil berkongsi rezeki bersama anak-anak di penghuni Rumah Asnaf dan Anak Yatim Nur Qasih baru-baru ini.
Kata Anzalna, dia berasa cukup teruja apabila berpeluang untuk menyumbang barangan seperti pakaian baru dan juga permainan buat anak-anak yatim di pusat kebajikan tersebut.
Menerusi Instagramnya, Anzalna turut memuat naik video ketika menziarah anak-anak yatim di pusat itu.
” Berkongsi rezeki.
” Kami beli di atas permintaan mereka. Hopefully they are happy.
” Thanks @nadia for doing this with me,” kongsinya.
Seronok melihat anak-anak gembira menerima baju dan mainan yang diminta mereka. Tidak hanya membeli bahkan Anzalna sendiri turun padang untuk memberi bantuan ini tanda keprihatinannya pada anak-anak yang memerlukan ini.
Usaha murni ibu kepada Mohamad Eidrees ini sememangnya patut dipuji malah diteladani oleh individu berkemampuan lain.
Dalam pada itu, perkongsian video Anzalna itu menerima lebih 214 000 tanda suka daripada seluruh pengikutnya.
Rata-rata memuji tindakan Anzalna itu dan turut berkongsi kesedihan melihat wajah-wajah gembira ketika kanak-kanak ini menerima hadiah mereka.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 21 Februari 2016. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang dilahirkan pada 31 Mei 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @anzalnanasir88
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kalau sudah namanya penyanyi dengan vokal yang hebat, anak pasti akan turut serta mengikut langkah.
Itulah yang diperkatakan oleh wargamaya bila mana penyanyi Syamel memuat naik videonya bersama anaknya, Nur Khawla Soleha di Instagram.
Mana tidaknya, aksi Syamel yang mengajar Khawla bertepuk tangan dengan mengikut tempo buat ramai yang terhibur.
“Amaran! Jangan sesekali pressure anak kita buat benda yang kita suka?,” katanya berseloroh.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat Khawla yang begitu pandai mengikut tempo ayahnya biarpun sesekali terbabas dan lari dari tempo.
Malah Khawla yang kini berusia 1 tahun lima bulan itu semakin lincah bertepuk tangan dengan ayahnya sambil menggoyangkan badannya. Memang comel.
Meninjau diruangan komen, wargamaya meninggalkan pelbagai reaksi malah terhibur dengan Syamel yang berjaya membuat Khawla bertepuk tangan dengan tempo yang betul.
Terdahulu, Nur Khawla Soleha dilahirkan pada 22 Februari 2022. Khawla kini sudah pun berusia satu tahun lima bulan.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.