Masuk hari kesembilan kita berpuasa, bermacam ragam dan kisahnya di puasa ini. Namun paling menjadi perbualan di kalangan kita pastinya rungutan di bazar Ramadan.

Antara rungutan yang seringkali dibangkitkan pastinya soal harga yang tidak masuk akal mahalnya dan kualiti makanan yang tidak setanding dengan harga. Ada sahaja rungutan tanpa henti.

Pun begitu rungutan dari wargamaya di media sosial ini yang mengkritik sikap segelintir pengunjung bazar yang tidak peka dan prihatin malah tidak bertimbang rasa.

Salah satu rungutan adalah bagi ibu bapa yang membawa bayi mereka dengan stroller sehingga mengganggu orang lain.

Kasihanlah Anak Kecil, Pengunjung Bazar Tegur Mak Ayah Bawa Stroller Peka Dengan Sekeliling!

“Ada banyak benda sebenarnya nak tegur pasal bazar Ramadan ni. Pertama sekali ditujukan kepada pasangan yang tengah dilamun cinta dan suka menggedik tu.

Ads

“Pilih makanan dekat gerai tu biar cepat sikit, kami beratur di belakang ni tak minat nak tengok drama.

“Seterusnya ibu bapa yang ada anak kecil khususnya bayi. Tak rasa kesian ke dekat anak kau tu bawa pergi tempat yang serabut macam bazar Ramadan ni.

“Ada siap bawa stroller waktu bazar tengah sardin, habis digilisnya kaki orang,” katanya.

Kasihanlah Anak Kecil, Pengunjung Bazar Tegur Mak Ayah Bawa Stroller Peka Dengan Sekeliling!

Ads

Prihatin dengan anak kecil

Pendapat ini disokong oleh wargamaya lain yang prihatin dengan keselesaan anak-anak kecil.

“Betul, aku sokong sangat nasihat untuk ibu bapa yang bawa stroller anak tu. Memang tak ada common sense langsung ke mereka ni?

Kasihanlah Anak Kecil, Pengunjung Bazar Tegur Mak Ayah Bawa Stroller Peka Dengan Sekeliling!

Ads

“Tengah-tengah panas, lautan manusia, risau tengok anak tu,” katanya lagi.

Sebelum ke bazar Ramadan, ada baiknya kita memikirkan soal keselesaan anak kecil kita.

Cuaca terlampau panas yang melanda negara kita kini ditambah pula dengan jumlah manusia yang ramai akan membuatkan anak tidak selesa, malah mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Fikirkan.

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI