Ke Masjid Berdua, Anak Selamat, Bapa Ditembak. Rahimi Kritikal Lepas Dibedah, Ibu Mohon Doa Semua

Share

Tiada apa yang diharapkan lagi kecuali melihat insan tersayang dalam pulih dan kembali sihat. Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan rambang di masjid di Christchurch, New Zealand kini dikatakan kritikal.

Semalam masyarakat dunia dikejutkan dengan kes tembakan rambang yang berlaku di Christchurch. Salah seorang mangsa tembakan, Rahimi Ahmad, 39 tahun, bapa kepada dua anak berusia 11 dan 9 tahun kini sedang berada dalam keadaan kritikal selepas pembedahan untuk mengeluarkan peluru dijalankan.

Sumber: NZ Herald

Satu lagi pembedahan akan dilakukan untuk mengeluarkan peluru daripada bahagian tulang belakang.

Bapa kepada dua anak ini bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang susu di New Zealand manakala isterinya pula sedang menuntut di University of Canterbury. Keluarga ini tinggal di New Zealand sejak lebih 4 tahun.

PERGI KE MASJID BERDUA DENGAN ANAK LELAKI

Sebelum kejadian, menurut isterinya, Norazila Wahid, Rahimi telah ke Masjid Al Noor di Deans Avenue bersama anak lelakinya yang berusia 11 tahun untuk solat Jumaat. Anaknya bermain di luar masjid bagaimana pun diselamatkan  jemaah lain dan dibawa ke sebuah rumah untuk berlindung sebaik mendengar tembakan dalam masjid. Ketika berita berkenaan dikeluarkan, keadaan Rahimi tidak dapat dikesan.

DOAKAN KESIHATAN RAHIMI

Hati ibu tentunya runsing memikirkan keadaan anak. Ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65, akan berlepas ke New Zealand untuk melihat keadaan anaknya. Isteri Rahimi, Norazila memaklumkan pembedahan untuk mengeluarkan peluru bahagian perut selamat dilakukan.

Satu lagi pembedahan akan dilakukan esok untuk mengeluarkan peluru pada bahagian tulang belakang.

Sumber: Harian Metro & Malay Mail

IKLAN