Selepas pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai orang ramai perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan rentas negeri, nampaknya orang ramai telah berpusu-pusu ke balai polis berhampiran.
Keadaan sesak yang luar biasa itu telah menyebabkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menarik balik arahan untuk mendapatkan kebenaran susulan dari keadaan tidak terkawal.
Boleh buat pergerakan tanpa isi borang
Ads
Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini. Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.
Menerusi Astro Awani, Ketua Polis Negara mengulas berkenaan situasi panik dalam kalangan rakyat yang tular di laman sosial. Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan pergerakan dan perjalanan ke negeri lain.
Ads
Orang ramai panik
Menerusi perkongsian foto di media sosial menimbulkan kebimbangan orang ramai. Walaupun dah dinasihatkan dan diberi amaran agar tidak menghadiri sebarang aktviti melibatkan orang ramai keadaan ini tidak terkawal.
Ads
Sudah ditegaskan sebelum ini, bahawa kebenaran pulang ke kampung adalah hanya untuk perkara penting. Jika boleh tangguhkan sebaiknya tangguh dahulu buat sementara waktu.
Ajal dan maut di tangan Allah. Siapalah kita untuk melawan ketentuannya. Dalam girangnya menyambut Syawal, keluarga ini berduka kehilangan isteri dan anak sekali gus.
Keterujaan sebuah keluarga membeli cat untuk memperindahkan kediaman sempena Aidilfitri minggu depan bertukar duka apabila mereka terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang di Jalan Sungai Berembang, Simpang Empat di sini hari ini.
Nahas kira-kira pukul 1 tengah hari itu menyebabkan seorang ibu dan anak perempuannya berusia tiga tahun maut, manakala suami mangsa dan dua lagi anak mereka berusia antara sembilan dan enam tahun yang turut berada di dalam kenderaan terbabit mengalami kecederaan.
MENINGGAL DI TEMPAT KEJADIAN
Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian menyayat hati itu ialah Roshila Ishak,38, dan puteri bongsu keluarga itu, Nur Zahara Fauzi.
Difahamkan kereta Perodua Kelisa yang dipandu suami mangsa, Fauzi Fazin terbabas seterusnya merempuh sebatang pokok di kawasan itu.
DALAM PERJALANAN PULANG MEMBELI CAT
Menurut kakak ipar mangsa, Rohaiza Halim,34, keluarga tersebut difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pulau di sini selepas membeli cat di Kangar.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa adik iparnya bersama keluarga ialah pada Ahad lalu ketika mereka berbuka puasa bersama di rumah.
Ujarnya, ketika berbual, Roshila ada memaklumkan kepadanya bahawa ini mungkin kali terakhir mereka sekeluarga berpuka puasa bersama-sama di rumah tersebut.
“Mereka juga ingin mengecat rumah agar kelihatan lebih indah dalam menyambut hari raya. Hari ini, mereka pergi beli cat, tetapi tidak sempat pulang ke rumah apabila Allah SWT lebih sayangkan adik ipar dan anaknya itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini.
Tambahnya, dia dan keluarga reda dengan pemergian Roshila dan anaknya di penghujung bulan Ramadan penuh keberkatan ini.
Katanya, dua beranak tersebut dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau, Simpang Empat di sini selepas selesai proses bedah siasat.
Rezeki bulan Oktober! Selepas kelahiran bayi lelaki yang dinanti-nantikan selama ini, pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein meraikan pula hari kelahiran suaminya, Cikgu Azlan sehari selepas bersalin anak kedua.
Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu menganggap, bulan Oktober adalah bulan yang bermakna kerana dua insan tersayang berkongsi bulan kelahiran sama dan hanya tarikhnya sahaja beza sehari.
Sebelum ini, Kak Lina telah berkongsi berita gembira yang dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen pada 23 Oktober jam 12.23 pagi. Tak sangka cepat sangat Haider nak jumpa papa mama.
Sehari selepas kelahiran bayi lelakinya, Kak Lina juga turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat suami, Cikgu Azlan dan apa yang menyebabkan dirinya terharu adalah encik suami beritahu, cukuplah hadiah hari lahir dengan kehadiran Haider dan Sefhia. Itu dah sangat bermakna dalam hidupnya. Sweet sangat!
Lagi satu yang membuatkan Elly bersyukur sangat-sangat apabila anak sulungnya yang dipanggil Kakak Manja paling excited apabila baby Haider dah pulang ke rumah.
“Kakak Manja paling excited. Selama ini kakak Manja hanya kenal 2 Hero dalam hidupnya.. siapa lagi, Atuk & Papa Awan Nano la ..
“Dan Alhamdulillah kali ni hadir seorang lagi hero dalam hidup dia, Haider.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur syukur Ya Allah
“Semoga keluarga kecil kami kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan & diRahmati Allah S.W.T Amin,” kongsinya.
Sementara itu, Elly turut mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan dari semua ahli keluarga, rakan-rakan dan peminatnya sehingga semuanya berjalan lancar.
Tak lupa juga, Kak Lina begitu berterima kasih kepada suami yang begitu menghargainya sebagai seorang isteri hingga buat dirinya sebak.
Tq sayang sebab sentiasa buat mama rasa mama lah isteri yang paling terbahagia di Dunia. Moga Allah permudahkan segala urusan Papa .. love u Somi mama..
Elly dan Azlan berkahwin pada Januari 2020 selepas setahun berkenalan. Elly memiliki seorang cahaya mata, Putri Sara Sehfia Azmi menerusi perkahwinan pertamanya sebelum ini.
Kredit: IG Elly Mazlein
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak-anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, perkara itu dibimbangi akan menyebabkan anak itu mengalami tekanan atau depresi sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.
Baginda bertitah, anak-anak hanya melalui zaman kanak-kanak sekali dan ada masanya perlu diberikan masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru.
“Biar mereka bermain supaya bila sudah dewasa, dia (anak) mempunyai kenangan pernah berbuat begini, begitu… tidaklah dia teringat asyik kena belajar atau menghafal sahaja.
“Begitu juga kalau saya asyik bawa pulang homework (kerja sekolah), Bah (ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Iskandar) akan bertanya bila saya hendak meluangkan masa berborak dengan Bah kerana asyik belajar sahaja,” titah Seri Paduka.
Raja Permaisuri Agong bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Azizah di Indera Mahkota yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.
Tunku Azizah sambil tersenyum ke arah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah yang berada di hadapan baginda bertitah semasa kecil, anakanda bongsu itu sesekali, ada bertanya jika dibenarkan untuk tidak ke sekolah pada hari tertentu.
Ibu bapa juga walaupun sibuk, tambah Seri Paduka perlu sentiasa memantau pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya mereka tidak berasa tersisih dan membawa haluan sendiri tanpa bimbingan, selain perlu mengawasi penggunaan media sosial anak.
“Walaupun anak saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan saya beritahu untuk block (sekat) orang tersebut.
“Anak-anak kena faham supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam internet. Itu juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur bahaya dalam laman sosial seperti ini,” titah Seri Paduka. – Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...