Pemberian kebenaran untuk suami menemani isteri di dalam dewan bersalin adalah bergantung pada dasar dan ruang terbabit di sesebuah hospital itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dalam mempertimbangkan perkara itu, pihak hospital perlu mengambil kira aspek berkenaan terlebih dahulu.
Ads
“Isu sama ada suami boleh mengiringi isteri di dalam dewan bersalin adalah bergantung pada dasar hospital terbabit dan mengambil kira ruang di tempat berkenaan.
“Ada hospital membenarkan suami mengiringi isteri di dalam dewan bersalin kerana ada ruang mencukupi dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ads
“Jika ruang mencukupi, hospital terbabit boleh mempertimbangkan perkara itu,”
Ads
Sebelum ini, hospital kerajaan tidak membenarkan suami menemani isteri di dalam dewan bersalin sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Seorang lelaki mengalami kecederaan parah apabila digigit oleh seekor jerung ketika melakukan aktiviti ‘snorkeling’ di Florida bersama keluarganya. Namun dia sempat diselamatkan apabila isterinya yang sedang hamil melompat ke dalam air dan menariknya naik ke atas.
Andrew Eddy, 30, sedang melakukan aktiviti ‘snorkeling’ dengan kapal persendirian di Sombrero Key Light pada hari Ahad ketika dia digigit di bahagian bahu oleh seekor jerung sejurus selepas dia memasuki permukaan air, kata Pejabat Sheriff Monroe County dalam satu kenyataan.
Wakil Christopher Aguanno menulis dalam laporan kejadian yang diterima oleh PEOPLE.COM bahawa isteri Eddy, Margot Dukes Eddy, melihat sirip belakang jerung, dan kemudian melihat airnya dipenuhi dengan darah.
“Dukes, tanpa ragu-ragu, terjun ke dalam air dan menarik Eddy ke bahagian keselamatan kapal,” tulis Aguanno.
Pasangan itu menaiki kapal bersama ibu bapa Dukes Eddy, kakaknya dan teman lelaki kakaknya, yang kebanyakannya sudah berada di dalam air ketika serangan itu berlaku, kata laporan tersebut.
Eddy, yang tinggal di Atlanta, dibawa dari perairan ke Pantai Sombrero sekitar jam 10:30 pagi, dan diterbangkan ke Ryder Trauma Center di Miami. Tambah pihak polis
Kecederaannya digambarkan sebagai “parah”.
Sombrero Key, Florida
Pejabat sheriff mengatakan bahawa saksi melaporkan melihat seekor jerung di kawasan itu, dan yang menyerang Eddy adalah sepanjang 8 hingga 10 kaki. Tidak ada orang lain yang cedera dalam serangan itu.
Sumber: PEOPLE.COM
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas kelahiran Lara Alana 6 tahun lalu, kini Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya bakal menimang ahli keluarga baru yang cukup dinanti-nantikan selama ini.
Berita gembira yang dikongsikan oleh Awal Ashaari itu telah dimuat naik di instagramnya, Scha dan Lara.
Menurut Awal, Scha kini hamil empat bulan dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Ini kerana perjalanan untuk mendapat anak kedua cukup mencabar buat pasangan ini kerana pada Januari lalu Scha telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim yang dikenali Endometriosis.
“Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.
“We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now.
“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.
“Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga. SchAwaLara,” kongsinya.
Awal juga menyatakan Scha minta maaf sebab dia dalam fasa benci handphone sekarang ni. Bukan itu saja, Awal juga berseloroh kadang-kadang Scha juga turut tak boleh lihat mukanya.
Sementara itu, menerusi instagram Lara Alana, dia tak kisah dapat adik lelaki atau perempuan kerana yang penting dia ada kawan untuk bermain. Lara turut mengharapkan perjalanan kehamilan mommy dan adik dalam kandungan mommynya sihat.
Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, sebenarnya Scha pernah menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.
Menurut Scha ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.
“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.
Menurut Scha, disebabkan ketumbuhan itu menyukarkan dirinya untuk hamil.
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi, katanya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada selebriti dan juga peminat.
Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 6.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidur adalah salah satu perkara penting untuk kesihatan manusia. Apatah lagi jika anda sedang hamil. Tidak cukup tidur semasa hamil bukan hanya boleh menjejaskan kesihatan ibu, bahkan juga memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Meskipun anda tidak pernah mengalami masalah tidur sebelum ini, namun jangan terkejut jika anda akan mengalaminya semasa kehamilan. Ini kerana perubahan tubuh dan hormon semasa hamil akan membuatkan anda tidak dapat tidur lena. Oleh itu, wanita hamil disarankan untuk menambah waktu tidur malam mereka pada siang hari. Meridap atau tidur siang penting untuk membantu ibu hamil cukup rehat dan cukup tidur.
Namun, bagaimana pula keadaannya jika ibu hamil terlebih tidur? Ketahui kesan jika ibu kurang tidur dan terlebih tidur semasa kehamilan.
Jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah tidur semasa hamil. Wanita hamil yang tidak mendapat tidur secukupnya adalah berisiko mengalami keadaan kesihatan serius, malahan juga boleh merumitkan proses kelahiran anda. Terdapat kajian yang menunjukkan wanita hamil yang tidur kurang daripada enam jam pada waktu malam mengalami masa bersalin yang panjang serta cenderung melahirkan secara pembedahan caesarean.
Berikut adalah antara impak yang akan terjadi jika ibu tidak cukup tidur semasa kehamilan.
Terdapat juga kajian lain menunjukkan bahawa tidur yang anda alami semasa trimester pertama boleh memberi kesan kepada kesihatan anda semasa trimester ketiga. Ibu hamil yang tidak mendapat cukup tidur (kurang daripada lima jam pada waktu malam) semasa trimester pertama adalah hampir 10 kali lebih cenderung untuk mendapat preeklampsia pada hujung kehamilan.
Bukan sahaja kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi, malahan, ibu yang terlebih tidur juga boleh memberi kesan kepada kehamilannya. Tidur berlebihan, iaitu tidur melebihi 10 jam pada waktu malam, semasa trimester pertama juga boleh meningkatkan risiko mendapat preeklampsia. Malahan, risikonya adalah dua kali ganda.
Oleh itu, wanita hamil disarankan untuk mendapat tidur yang cukup (tidak lebih dan tidak kurang) bagi memelihara kesihatan tubuhnya dan kandungan. Ibu juga disarankan untuk mendapatkan tidur siang antara 30 minit hingga 60 minit bagi menggantikan tidur yang tidak cukup pada malam hari. Pakar juga menyarankan supaya ibu hamil meluangkan masa sekurang-kurangnya 8 jam di atas katil pada setiap malam, supaya mereka boleh dapat paling kurang 7 jam waktu tidur malam.