Tragedi pilu. Sekali lagi kita dikejutkan dengan kejadian menyayat hati apabila seorang murid Darjah 4 ditemui tidak bernyawa di sebuah sekolah di Senawang, tengah hari semalam.
Peristiwa ini bukan sekadar meruntun hati setiap ibu bapa. Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan pihaknya menerima laporan sekitar jam 1.19 tengah hari, sebelum pasukan polis bergegas ke lokasi.
Menurut siasatan awal, murid terbabit dikatakan keluar dari kelas sekitar jam 12.10 tengah hari, sebelum ditemui tidak sedarkan diri di kawasan sekolah. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.
Datuk Alzafny turut memaklumkan bahawa pihak polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung punca dan kronologi kejadian dalam masa terdekat.
Ads
Ibu Bapa Makin Bimbang
Tragedi sebegini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada ibu bapa seluruh negara. Sebagai ibu bapa, perasaan bimbang itu nyata tidak dapat dielakkan. Setiap pagi anak dihantar dengan penuh doa agar mereka selamat, namun apabila tragedi pastinya membimbangkan ibu ayah.
Foto: Sumber Harian Metro
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan sepenuh ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Pada masa sama, KPM komited memastikan kebajikan guru serta murid di sekolah terbabit terjaga.
Ads
“Mulai esok, pasukan kaunselor negeri bersama Kementerian Kesihatan akan turun padang untuk memberikan intervensi psikososial dan sokongan emosi,” jelasnya ketika ditemui di Seremban.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar tidak panik atau bimbang untuk menghantar anak ke sekolah, kerana sesi persekolahan tetap diteruskan seperti biasa.
Hormati Privasi Keluarga Mangsa & Punca Kematian Dalam Siasatan
Ads
Dalam masa yang sama, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian, sebaliknya menghormati privasi keluarga mangsa yang sedang berduka.
“Kementerian merakamkan ucapan takziah dan memberikan sepenuh sokongan kepada keluarga mangsa, khususnya dari segi emosi dan psikososial,” tambah Fadhlina.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjelang musim perayaan, isu kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya sering menjadi perhatian kerana ia berkait rapat dengan keselamatan pengguna jalan raya. Apabila Aidilfitri makin dekat, jalan raya mula sesak dengan kenderaan yang pulang ke kampung. Bagi ibu bapa yang membawa anak kecil, perjalanan jauh memang memerlukan lebih kesabaran dan perancangan rapi.
Bila Aidilfitri makin dekat, jalan raya pun mula sesak dengan kenderaan yang pulang ke kampung. Bagi ibu bapa yang membawa anak kecil, perjalanan jauh memang memerlukan lebih kesabaran dan perancangan. Sebab itulah setiap langkah yang dibuat untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya sangat penting.
Menerusi laporan media, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan larangan pemanduan ke atas kenderaan berat selama empat hari sempena musim perayaan. Langkah kenderaan berat dilarang ini bertujuan mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan ketika trafik meningkat dengan mendadak.
Larangan ini berkuat kuasa pada 19 dan 20 Mac sebelum Aidilfitri, serta 28 dan 29 Mac selepas raya. Dalam tempoh ini, kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya bagi memberi ruang kepada kenderaan persendirian bergerak dengan lebih lancar.
“Menjelang Aidilfitri, kita sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan.
“Justeru, MOT akan melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat pada 19 hingga 20 Mac dan 28 hingga 29 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri ini.”
Beliau berkata JPJ akan memantau sektor pengangkutan darat dengan lebih kerap bagi memastikan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap tinggi. Pelaksanaan kenderaan berat dilarang ini juga membolehkan penguatkuasaan dilakukan dengan lebih berkesan sepanjang tempoh perjalanan balik kampung.
Langkah ini dibuat kerana setiap tahun menjelang raya, trafik meningkat dengan ketara apabila ramai rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman. Dalam keadaan jalan yang padat, risiko kemalangan juga boleh meningkat jika pemandu tidak merancang perjalanan dengan baik atau memandu secara cuai.
Apabila kenderaan berat dilarang berada di jalan raya buat sementara waktu, aliran trafik menjadi lebih teratur. Ia juga mengurangkan risiko kemalangan yang melibatkan lori besar, treler atau kenderaan komersial yang biasanya mengambil ruang lebih besar di jalan raya.
Bagi ibu bapa, perjalanan pulang ke kampung bukan sekadar sampai ke destinasi, tetapi memastikan seluruh keluarga selamat sepanjang perjalanan. Dengan pelaksanaan dasar kenderaan berat dilarang, perjalanan diharap menjadi lebih selamat terutama bagi keluarga yang membawa anak kecil.
Pastikan anak-anak duduk dengan selamat di tempat duduk masing-masing, gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak jika perlu, dan elakkan anak bergerak bebas dalam kenderaan ketika perjalanan sedang berlangsung.
Selain itu, ibu bapa juga digalakkan berhenti rehat secara berkala jika perjalanan mengambil masa yang lama. Rehat seketika di kawasan rehat dan rawat (R&R) boleh membantu pemandu kekal fokus serta mengelakkan keletihan ketika memandu.
Bagi memastikan perjalanan lebih lancar ketika tempoh kenderaan berat dilarang ini, beberapa perkara boleh diambil kira sebelum memulakan perjalanan:
Pihak kerajaan juga menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam jika perlu. Langkah ini boleh membantu mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus menjadikan perjalanan lebih selamat untuk semua.
Bagi yang memandu sendiri, patuhi peraturan jalan raya dan utamakan keselamatan. Walaupun tempoh kenderaan berat dilarang memberi sedikit kelegaan kepada aliran trafik, sikap pemandu masih memainkan peranan paling penting dalam memastikan perjalanan selamat.
Raya sepatutnya jadi waktu paling menggembirakan untuk berkumpul dengan keluarga. Jadi sebelum memulakan perjalanan, rancanglah perjalanan dengan baik supaya kita semua dapat sampai ke kampung dengan selamat dan meraikan Aidilfitri bersama orang tersayang.
Berita baik buat ibu bapa dan penjaga anak autisme apabila permohonan Subsidi Pembelajaran Anak Autisme 2026 kini dibuka secara rasmi bermula hari ini, 15 Mei 2026.
Inisiatif yang diperkenalkan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini dilihat mampu membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos terapi dan pendidikan khas yang semakin meningkat setiap tahun.
Menerusi perkongsian rasmi JKM di Facebook, permohonan bantuan tersebut akan dibuka sehingga 15 Julai 2026.
Bantuan berbentuk one-off sebanyak RM1,000 itu diberikan kepada kanak-kanak autisme yang layak bagi membantu menampung kos pembelajaran, terapi serta program intervensi awal yang berkualiti.
Menurut JKM, bantuan ini diwujudkan sebagai sokongan kepada ibu bapa atau penjaga yang menanggung kos pembelajaran anak-anak autisme, khususnya mereka yang memerlukan rawatan dan pendidikan khas secara berterusan.
Sehingga April 2026, seramai 99,459 individu autisme telah berdaftar dengan JKM di seluruh negara.
Bagi ibu bapa yang ingin memohon Subsidi Pembelajaran Anak Autisme 2026, beberapa syarat utama perlu dipenuhi, antaranya:
Antara pusat yang layak termasuk Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) yang menawarkan perkhidmatan terapi dan Program Intervensi Awal (EIP) untuk kanak-kanak autisme.
Untuk pengiraan pendapatan per kapita, ibu bapa hanya perlu membahagikan jumlah keseluruhan pendapatan isi rumah dengan bilangan ahli keluarga yang tinggal serumah.
Bagi memudahkan proses permohonan, ibu bapa atau penjaga boleh mengikuti langkah berikut:
Borang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi JKM atau diperoleh di Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap termasuk dokumen sokongan yang diminta.
Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) tempat anak mengikuti terapi atau pembelajaran.
Pihak pusat pembelajaran akan membuat semakan sebelum menghantar permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah berkaitan.
Permohonan akan melalui proses penilaian dan semakan sebelum keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak JKM.
JKM turut menggalakkan ibu bapa yang mempunyai anak autisme supaya tidak melepaskan peluang memohon bantuan ini bagi membantu perkembangan dan pembelajaran anak-anak istimewa mereka.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi atau hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran. Borang permohonan dan senarai semak dokumen juga boleh diperoleh melalui imbasan kod QR yang disediakan oleh pihak JKM.
Kos terapi dan pendidikan khas bagi anak autisme terus meningkat setiap tahun, terutamanya bagi keluarga yang memerlukan sesi intervensi awal secara berkala. Oleh itu, Subsidi Pembelajaran Anak Autisme 2026 dilihat sebagai satu bantuan penting untuk memastikan anak-anak istimewa mendapat akses kepada pendidikan dan terapi berkualiti.
Ramai ibu bapa sebelum ini terpaksa menanggung kos tinggi untuk terapi pertuturan, terapi tingkah laku serta program perkembangan sosial. Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan tekanan kewangan keluarga.
Selain itu, program seperti ini juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan sokongan kepada komuniti autisme di Malaysia agar mereka mendapat peluang pembelajaran yang lebih baik.
Bukan calang-calang wanita yang dapat memasak setiap hari walaupun bekerjaya. Ia rutin yang mencabar. Perlu perancangan masa dan susun atur bahan-bahan masa supaya tidak lama di dapur. Maklumlah seharian bekerja, balik rumah pula terus fokus urus anak-anak sekali gus memasak.
Bukan suami tak tolong namun kebanyakan wanita lebih gemar lakukan semua ini penuh dengan kasih sayang dan tidak pernah berkira untuk suami dan anak-anak. Bak kata orangm air tangan ibu atau isteri itu pengikat kasih sebuah keluarga.
Inilah yang dikongsi oleh seorang wanita menerusi perkongsiannya di laman facebook, dari Faridah Mohd Ali yang menyentuh tentang pentingnya air tangan ibu dalam membentuk keluarga yang bahagia.
Dalam perkongsiannya, beliau berkongsi pengalaman peribadi memasak untuk keluarga walaupun penat bekerja seharian. Katanya, masakan ibu bukan sekadar makanan – ia adalah pengikat kasih sayang, pembawa keberkatan, dan pencetus memori indah yang terpahat di hati anak-anak.
1. Hari ni jam 4.35 petang baru sampai rumah dari office. Pergi office untuk menyambung kerja mengemas, packing dan memilih dokumen dan bahan penting untuk dibawa pulang. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, saya dalam proses untuk menjual office setelah lapan tahun menyewanya. Sebaik sampai di rumah petang tadi, saya terus ke dapur untuk mengeluarkan ayam, ikan, sayuran dan bahan-bahan lain dari peti ais. Biarkan ia sejuk. Kemudian terus solat asar sebaik azan Asar berkumandang jam 4.50 petang.
2. Selesai solat Asar di surau di rumah, saya terus menyinsing lengan di dapur. Memasak adalah tugas rutin yang tidak pernah saya tinggalkan walau sesibuk apapun. Jangan sesekali malas untuk memasak jika kita mahu membentuk keluarga yang lebih baik. Itu antara rahsia utama dalam keluarga yang bahagia.
Masak simplepun tak apa.
3. Masak simplepun tak apa. Petang ni saya masak ayam masak merah, sayur kangkung, ikan goreng rebus cara Kelantan, ikan masin, sambal dan salad. Jam 6.30 petang, kami dah selesai makan. Begitulah selalunya, kami tak makan malam. Tengah hari pun tak makan. Sarapan dan makan petang sahaja. Selalunya jam 6 petang atau 6.30 petang dah siap makan. Anak-anak pun dah sampai rumah dari tempat kerja kecuali Irah yang sampai selepas Maghrib. Kami makan bersama-sama. Kata Aisyah… “Sedapnya ayam masak merah mama masak ni. Ikan goreng pun sedap. Aisyah suka sangat. Sebab tu Aisyah selalu rindu nak balik, sebab teringat-ingat semua yang mama masak.”
4. Ibu-ibu, masaklah sendiri untuk hidangan keluarga kita sendiri. Air tangan ibu mempunyai rahsia tersendiri dalam membentuk keluarga yang bahagia, hubungan yang terjalin kukuh antara suami isteri, anak-anak yang terdidik, pengikat kasih sayang keluarga, hubungan yang lebih akrab, diberkati dan sangat disukai Allah. Allah menurunkan rahmatnya kepada ibu, ayah dan anak-anak yang bersama-sama menjamah hidangan dari air tangan ibu.
5. Apabila suami menjamah masakan yang kita masak, ikatan dan kasih sayang isteri akan dipereratkan, diangkat oleh Allah. Begitu juga anak-anak yang makan hidangan dari masakan air tangan ibu, kasih sayangnya lebih dalam, rapat dan sangat akrab sesama adik-beradik. Anak lebih rapat dengan ibu ayah mereka.
6. Penat tak masak ni? Ya memang penat terutama bagi isteri yang bekerja. Terkocoh kacah masuk ke dapur, kadang-kadang tak sempat nak tukar pakaianpun, tetapi mereka dah ready bersilat, pegang pisau dan lesung untuk menyediakan rezeki terbaik untuk suami dan anak-anaknya. Dengan tugas dan keletihan yang tidak pernah habis, wanita itu begitu ikhlas dengan tugas dalam rumahtangganya, ikhlas menyayangi dan menyediakan keperluan suami dan anak-anaknya, keikhlasan menyediakan bahan masakan dengan penuh cinta demi mengenyangkan suami dan anak-anaknya, maka di sanalah mengalirnya keberkatan kepada perkahwinan dan anak-anak kita. Anak-anak patuh dan mendengar cakap. Taat dan menghormati ibu ayah.
7. Dalam hati ibu, niatnya biar suami dan anak-anak kita kenyang, biar sihat, biar pandai anak-anak kita dalam pendidikan, biar panjang usia anak-anak kita apabila makan yang disediakan. Kasih sayang ibu anak tak akan putus. Kasih sayangnya dalam. Dimasak pula dengan penuh cinta. Diiringi doa kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SWT, maka makanan yang dihidangkan sangatlah berkat. Allah ada di mana-mana. Berkatnya satu keluarga, apabila seluruh ahli keluarga makan hidangan dari air tangan isteri. Apabila kita menyediakan hidangan, hubungan menjadi sangat rapat. Anak-anak lebih rapat dan hormat kepada ibu bapa.
8. Isteri-isteri budiman, peruntukkan masa untuk memasak sendiri kepada ahli keluarga kita. Itu kewajiban. Sentiasa memasak. Itu antara agenda yang wajib ditegakkan iaitu menyediakan hidangan daripada air tangan isteri. Walau bagaimana cantik dan sedapnya makanan yang disediakan di restoran dan cafe, air tangan ibu tetap yang paling baik untuk tiba ke dalam perut suami dan anak-anaknya. Kadang-kadang masak tu sekadar telur dadar je, tetapi ia sangat sedap dan menyelerakan. Campak-campak je tetapi lazatnya terkenang sampai akhir hayat. 9. Jangan biarkan anak-anak kita makan air tangan McD, air tangan KFC, air tangan di Kenny Hills, air tangan mamak, air tangan orang Indonesia di restoran yang kita singgah, air tangan wanita Thailand restoran tomyam yang mereka singgah. Hingga hilangnya anak-anak yang rindu masakan ibu. Malahan anak-anak asyik nak makan di luar. Terikat hati dan fikiran mereka dengan segala macam jenama restoran di luar sana. 9. Ketika aruah bonda saya masih ada, salah satu tarikan utama untuk anak-anak balik ke kampung adalah kerana kerinduan kepada air tangan aruah ma. Rindu dengan hidangan nasi dagangnya, nasi kerabunya, ayam masak kuzinya, sup tulangnya, singgang ikan, lompat tikam, jala emas, akok, jemput-jemput, pulut lepa dan sebagainya. Semuanya sedap. Semuanya enak. Sehingga kini masih teringat-ingat lazatnya semua masakan aruah ma, walaupun sekadar hidangan kuih cara berlauk atau lempeng pisang. 10. Masih terbayang lagi, penuh meja dikelilingi adik-beradik saya sebelas orang. Aruah ayah bacakan doa dan kita makan bersama-sama. Kemudian aruah ma sendukkan nasi dan letakkan lauk dalam setiap pinggan anak-anaknya. Sambil makan, ayah bercerita dan berkongsi pengalaman. Anak-anak menyampuk sekali. Meja makan menjadi tempat bertaut cinta dan kasih sayang dalam keluarga besar itu. Semua memori itu masih terpahat kukuh dalam jiwa dan hati saya. Kukuh dan tidak pernah padam. 11. Begitulah peri pentingnya isteri menyediakan hidangan untuk keluarga. Begitulah specialnya hidangan yang dimasak oleh ibu kepada anak-anaknya. Setiap penat lelah ibu menyediakan yang terbaik kepada pasangan dan anak-anak kita, semuanya menjadi pahala yang mengalir tanpa henti kepada setiap wanita.