Lumrah anak kecil yang sentiasa bermain, anak kesayangan pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin juga tidak kurang menghiburkan wargamanya.
Mana tidaknya, terlebih kreatif, Fatima yang petah berkata-kata ini mengenakan gincu bibir ke mukanya seperti foundation atau bedak asas.
Aksi comel itu dikongsikan Fazura menerusi akaun rasmi Instagram keluarga itu, @fattzuralovelife.
Paling menarik pastinya telatah Fatima yang begitu pantas walaupun ditinggal sekejap oleh Fattah.
Ads
“Ni lah kejadian bila tinggal anak dengan bapak bapak kan?
“Kejap je daddy dia mandi, lepas tu lihat lah apa terjadi ya.
“Habis sebatang lipstick dia jadikan foundation,” kongsinya.
Ads
Aksi comel Fatima sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah memuji anak kecil itu yang pandai meniru aksi solekan atau bersiaran secara langsung atau ‘live’ seperti yang selalu dilakukan ibunya. Memang comel.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Mulai 31 Ogos 2025, kerajaan Malaysia memperkenalkan satu lagi inisiatif mesra rakyat iaitu Sumbangan SARA Untuk Semua, di mana setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off yang dikreditkan terus ke dalam MyKad.
Bagi ibu bapa muda, ini adalah satu berita gembira. Walaupun jumlahnya tidak besar, RM100 ini cukup bermakna boleh bantu beli susu anak, pampers, makanan bayi atau barang dapur. Yang penting, kita tahu di mana dan bagaimana nak guna, serta pastikan duit itu memang dah masuk dalam kad kita.
Ramai yang masih belum tahu, MyKad sebenarnya ada fungsi Touch ‘n Go (TnG) — selagi ada logo TnG di belakang kad. Jika ada, maka kad itu boleh digunakan untuk pelbagai transaksi yang menyokong sistem TnG, seperti:
Bayaran di kedai runcit & pasar raya
Tol dan pengangkutan awam
Mesin tambah nilai dan kiosk TnG
Untuk bantuan RM100 ini, wang akan dikreditkan ke akaun TnG yang ada dalam MyKad. Tapi sebelum berbelanja, ibu ayah perlu semak dulu baki TnG dalam kad.
Berikut langkah mudah yang boleh ibu ayah ikuti:
Langkah ini paling cepat dan mudah jika anda ada telefon pintar:
Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet dari App Store atau Google Play.
Daftar dan log masuk ke akaun.
Pilih menu “TNG Card”.
Klik “Add New Card”.
Masukkan nombor siri MyKad (MFG Number) dan nama penuh.
Tekan Submit dan baki TnG dalam MyKad akan dipaparkan.
💡 Nota: Kalau tak pasti nombor MFG, boleh semak melalui laman web rasmi TnG (www.touchngo.com.my) di bahagian Card Portal.
Mesin ini boleh dijumpai di lokasi-lokasi berikut:
Stesen LRT/MRT
Pusat membeli-belah
Terminal pengangkutan
Langkahnya:
Letakkan MyKad di pengimbas.
Baki akan terpapar secara automatik.
Terdapat di beberapa stesen minyak dan kedai serbaneka:
Siapa sangka, tidak lama selepas berbuka puasa terjadi kebakaran di rumah keluarga ini sehingga mengorbankan empat orang kanak-kanak. Sedihnya kerana kesemua mereka masih kecil, tambahan pula kejadian berlaku dalam bulan Ramadan dan tak lama lagi kita akan menyambut ketibaan Syawal.
Memetik laporan berita Harian Metro, empat adik-beradik maut selepas kediaman mereka di Lorong Haji Muhammad, Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, terbakar malam ini.
Dalam kejadian jam 7.49 malam itu, mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara tiga hingga lapan tahun ditemui sudah meninggal dunia.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, kebakaran membabitkan rumah jenis separuh kekal.
“Kebakaran memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah itu.
“Sebaik api padam sepenuhnya pihak bomba membuat pencarian mangsa.
“Empat mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemukan dalam bilik air rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Menurutnya, seramai 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan semua mangsa sudah meninggal dunia.
“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operasi tamat pada 9.52 malam.
Perkembangan terbaharu dari Harian Metro, ibu kepada empat mangsa itu keluar sebentar untuk mencari barang kelengkapan berbuka puasa. Baru saja 10 minit meninggalkan anak-anaknya, dia kemudiannya dihubungi jiran dan dimaklumkan tentang kejadian kebakaran itu.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian 7.49 malam itu, mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air di bahagian dapur kediaman mereka.
Menurut Raiz Mukhliz, ketika kejadian, ibu mangsa berusia 31 tahun terpaksa keluar sebentar untuk ke kedai berhampiran, manakala bapanya yang berusia 30 tahun bekerja di sebuah restoran di sekitar bandar, di sini.
“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai. Mereka (di situ) bagi tujuan menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, ibu mangsa yang baru keluar selama 10 minit mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi jiran.
“Kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. Mangsa sudah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Terdahulu, 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.
Raiz Mukhliz, bomba mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran yang sudah merebak sehingga 70 peratus.
“Pemadaman berjaya dilakukan beberapa minit kemudian dengan kemusnahan sebanyak 80 peratus.
“Setelah api padam sepenuhnya, bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan mayat dua kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya.
Sememangnya ujian ini sangat berat dan bukan mudah keluarga mereka mahu pulih dari trauma dan kesedihan yang dirasai. Sama-sama kita doakan mereka reda dan tabah dengan kehilangan besar ini. Al-fatihah.
Setiap ibu sangat mementingkan keluarganya. Jika perlu keluar bekerja, pasti setiap keperluan suami dan anak-anak akan disediakan terlebih dahulu. Biar sepenat mana pun, tetap akan dibuat.
Melalui perkongsian di laman Instagram Ozlynn, dia berkongsi rasa kagumnya terhadap
semua ibu baik yang bekerjaya mahupun suri rumah. Setiap ibu mempunyai kehebatannya tersendiri dalam mengendalikan rumah tangga. Bahkan kata selebriti ini lagi, lebih baik jika suami juga turut membantu meringankan tugasan isteri.
Kesayangan.. forever baby busyuk masham mama.. baik dari yg tua smp lah yg kecik.. mama keje arini.. so jaga diri memasing bila balik sekolah nanti.. mama masak labu masak lemak pucuk manis, sambal sardin dgn bawal goreng garing.. kalau kata mama x sayang korg x tau la nak kata apa.. walaupon tdo lambat ttp pukul 5am mata celik standby masak breakfast chicken sandwich dengan mee goreng daging… ok siap 5 menu besar.. standby mata rabak kat set pulak🤣.. buat ibu2 kat luar sana x kisah la korang masak ke x masak ke.. korang keje ke atau surirumahtangga ke.. tetap aku respect.. kita bukan saja penat badan malah penat otak setiap hari memikirkan jadual harian.. harap suami2 di luar sana menghargai isteri korg.. kadang korg tlg basuh pinggan pun boleh buat isteri happy.. apatah lagi kemas katil, basuh baju, lipat baju, sapu umah, mop umah, masak breakfast, lunch, mandi anak, gosok baju, kemas umah, ptg bawang.. ah tlg sume la lg bagus bila korg cuti👅👻😛🙈.. buat suami aku… Papa.. nak main game siapkan sume keje umah dulu ok.. love you😘👻❤️
Sebenarnya seorang isteri dan ibu tidak pernah berkira untuk menyediakan segala makan dan pakai untuk keluarganya. Tetapi benarlah jika mendapat bantuan dari insan tersayang pasti lebih membahagiakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!