Sedap betul nampak Kek Sarang Semut! Memang elok bersarang. Yang mana suka makan Kek Sarang Semut boleh cuba resipi mudah ni.

KEK SARANG SEMUT (VERSI TAK PERLU PERAP/PERAM ADUNAN)

Kek Sarang Semut Tak Perlu Perap Adunan! Bersarang Elok, Berongga, Lembut & Kenyal

Dia punya sarang…mak oiii memang tak boleh nak bawak berbincang yerr😆😆😆…bersarang elok, berongga, lembut, kenyal & berenjut!

Yang penting resepi kali ni TAK PERLU PERAP/PERAM ADUNAN lagi…buat-buat terus jer bakar!

Abam sharekan di sini tips-tips penting untuk dapatkan kek sarang semut yang berongga cantik.

Resepinya

Bahan-bahan untuk kek:

4 biji telur (gred b)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanila
1 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
*satukan semua bhn-bhn di atas & ayak bersama

IKLAN

Bahan-bahan untuk gula hangus:

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1/2 cawan butter/marjerin (abam pkai butter brand anchor)

Kek Sarang Semut Tak Perlu Perap Adunan! Bersarang Elok, Berongga, Lembut & Kenyal

Cara-caranya:

*buat adunan kek terlebih dahulu, kemudian baru sediakan gula hangus yer
1. Dlm bekas, pecahkan 4 biji telur
2. Masukkan susu pekat manis. Kacau-kacau manja shj☺️. Tak perlu pakai mixer, boleh pkai spatula/whisk tgn jerr
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau-kacau manja lg☺️ sehingga semuanya sebati. Masa ni, uolls dh boleh nampak, adunan membentuk byk buih-buih kecil, itu tandanya soda bikarbonat tgh ‘bekerja’ dan akan dpt kek yg berongga nanti🥰
5. Ketepikan adunan
6. Dlm periuk yg lain, masukkan gula pasir. Masak sehingga keperangan (jgn smpai hangit yer)
7. Masukkan air panas
8. Masukkan butter/marjerin. Tunggu sehingga butter/marjerin cair sepenuhnya
9. Tuang gula hangus yg masih panas TERUS ke dlm adunan kek tadi. Kacau hingga sebati
10. Tuang ke dlm loyang yg telah digriskan
11. Bakar pd suhu 180 degree celcius, api atas bwh selama 50 minit/sehingga kek masak
12. Siap!

IKLAN

Tips penting:

1. Guna soda bikarbonat yg masih aktif/OK krn soda bikarbonat laa yg akan membuatkan kek uolls cantik berongga. Semasa membancuh tepung, soda bikarbonat yg aktif/OK akan membentuk byk buih-buih yg kecil di dlm adunan (rujuk pd gambar)☺️

2. Gula hangus yg masih panas akan mengaktifkan soda bikarbonat utk ‘bekerja’. Sebab tu adunan kek tidak perlu diperap/diperam lagi. Yeay!😆

Kek Sarang Semut Tak Perlu Perap Adunan! Bersarang Elok, Berongga, Lembut & Kenyal

3. Baking powder ditambah bagi melembutkan tekstur kek. So uolls akan dpt kek yg lembut + kenyal🥰

IKLAN

4. Pkai loyang yg kecil & tinggi utk adunan di atas. Sekiranya loyang besar dan lebar, boleh gandakan sukatan.

5. Pre-heat oven selama 15-20 minit sblm membakar kek

6. Potong kek secara melintang supaya dpt potongan kek yg berongga

Kek Sarang Semut Tak Perlu Perap Adunan! Bersarang Elok, Berongga, Lembut & Kenyal

Sekian tips pjg lebar drp abam utk kek sarang semut yg cantik berongga!
Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Kredit:Khairul Hasrol

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI