Perasaan bimbang didekati oleh orang asing memberi tindak balas dengan menangis apabila orang yang tidak dikenali menghampiri. Perkara ini normal dan biasa terjadi sekitar umur pada kira-kira 6 hingga 9 bulan dan akan berkurangan pada usia 2 tahun.

Kebimbangan apabila didekati orang asing dikaitkan dengan tugas perkembangan bayi untuk membezakan yang biasa daripada yang tidak dikenali. Kedua-dua tempoh kebimbangan sangat berbeza di kalangan kanak-kanak.

Menurut Baby Language, stranger anxiety atau takut orang ialah salah satu fasa perkembangan mental yang perlu terjadi buat semua anak. Itu menunjukkan bahawa anak sihat dan normal. Anak akan menangis, kelihatan takut, memalingkan muka atau mengeraskan badan apabila berhadapan dengan orang asing, disentuh, cuba diambil atau ditinggalkan bersama orang asing.

IKLAN
Kekal Relax, Jangan Sengaja Merenung Dan Terus Menyentuh Bayi! Tip Berguna Berhadapan Bayi Fasa Stranger Anxiety.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/cheerful-black-haired-mom-cuddling-cute-baby-daughter-grey-couch-side-view-parenthood-childhood-concept_11622169.htm#query=bayi%20takut%20orang&position=18&from_view=search&track=ais

“Stranger anxiety terjadi apabila anak sudah mula ada self-awareness. Anak sedar tentang kewujudan dirinya. Anak mula faham, dirinya dan ibu ayahnya ialah dua makhluk yang berasingan dan di usia ini mereka sedar kewujudan dirinya bersama- sama orang sekeliling.

Terdapat beberapa tips yang dikongsikan untuk bantu anak hadapi stranger anxiety, antaranya:

IKLAN

1. Jangan amalkan mengelak berjumpa orang atau mengurung diri dalam rumah hanya kerana memiliki anak yang sedang dalam fasa takut orang.
2. Beritahu rakan atau ahli keluarga bahawa anak anda sedang dalam fasa stranger anxiety. Minta mereka untuk tidak terlalu agresif ketika mendekati anak dan minta mereka jangan ambil hati jika anak anda tidak segera mesra terhadap mereka.
3. Memperkenalkan anak kepada orang asing di dalam suasana yang anak biasa misalnya rumah sendiri itu lebih mudah.
4. Kekalkan aras tenaga yang rileks dan bersahaja jika anak mula menangis bila didekati orang asing atau ketika cuba ambil kembali anak yang menangis dari pegangan orang asing. Usah buat wajah cemas, bengang atau marah dengan kelakuan anak. Anak perlu dapat mesej bahawa keseluruhan acara berjumpa orang/bersosial ini adalah sesuatu yang santai dan seronok.

IKLAN

Terdapat juga tips mendekati bayi yang sedang melalui fasa stranger anxiety, iaitu:

1. Berbual mera dengan ibu/ayah bayi di hadapan bayi terlebih dahulu. Jika mahu menyapa atau cuba berbual dengan bayi, mulakan secara verbal sahaja terlebih dahulu seperti ‘Hai’, atau ‘Siapa nama awak yang comel ni?
2. Luangkan masa membuat aktiviti bersama ibubapa bayi & bayi. Bermain, membantu dengan urusan kerja rumah atau bersiar-siar dengan ibubapa/ibu bayi & bayi bantu bayi rasa selesa dengan kehadiran anda.
3. Jika bahasa badan bayi kelihatan OK untuk anda ambil atau dukung tetapi wajahnya masih seperti sangsi atau takut-takut bila memandang anda, palingkan wajah bayi dari bertentangan langsung (direct facing) dengan wajah anda.

       
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI