Memandikan bayi buat kali pertama sememangnya pengalaman yang cukup mendebarkan bagi semua ibu. Rasa kekok. Mana tidaknya bayi yang terlalu kecil menyukarkan untuk dipegang. Namun bila rutin ini dilakukan setiap hari pastinya ibu sudah mula terbiasa.
Sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian ketika memandikan bayi. Sama seperti kita, bayi inginkan keselesaan dan mandi adalah langkah terbaik buat mereka memanjakan diri. Jadi ibu haruslah melalukannya dengan cara yang tepat, penuh yakin.
PERSEDIAAN SEBELUM MANDI
1. Keperluan Mandian
Pastikan anda mempunyai kelengkapan mandian yang sesuai seperti bekas mandian atau besen kecil untuk bayi. Begitu juga sabun, syampu serta tuala yang lembut.
2. Persalinan Bayi
Lengkapkan dahulu persalinan bayi seperti baju, lampin pakai buang, barut, krim dan sebagainya supaya lebih senang dipakaikan sahaja selepas mandi.
3. Suhu Air Sesuai
Suhu air yang sesuai untuk memandikan bayi adalah dengan menyukat menggunakan jari. Sesuai untuk kita, tidak terlalu panas atau sejuk, maka sesuai juga untuk kulit bayi. Suhu yang sesuai ialah sekitar 37o.
PROSES MEMANDIKAN
1. Mulakan langkah memandikan bayi dengan membasuh kepala bayi terlebih dahulu. Letakkan bayi di sisi kiri atau kanan tubuh kemudian basuhkan kepadanya daripada belakang.
Ads
2. Mulakan dengan belakang kepada dan seterusnya ubun-ubun.
3. Ratakan sapuan air ke mukanya dan bersihkan pada sekitar Kawasan muka bayi.
4. Ambil putik kapas dan bersihkan kawasan telinga bayi juga di kawasan belakang telinga bayi. Elakkan menggunakan putik kapas di dalam telinga, sebaliknya hanya cuci luaran cuping sahaja.
Ads
5. Setelah selesai bahagian kepala, angkat bayi di sebelah, kemudian tanggalkan lampin pakai buangnya.
6. Letakkan bayi di atas lengan sementara jari diletakkan pada bahagian ketiak bayi. Pegang bayi dengan kuat.
7. Mulakan dengan membasuh bahagian kaki seterusnya celahan paha dan kemaluan bayi. Gosok lembut kulit anak.
8. Seterusnya barulah mulakan di kawasan badan bayi. Cuci pada bahagian lipatan leher serta ketiaknya. Jika perlukan sabun, gunakan sabun tidak terlalu berbuih atau memiliki bau yang terlalu kuat.
Ads
9. Cuci bersih bayi dengan air bersih bagi menanggalkan semua sabun.
10. Kemudian bawa bayi ke tangan sebelah satu lagi dan letakkan bayi secara terlangkup. Letakkan di atas lengan sementara jari memegang lengan dan ketiak bayi.
11. Cuci bahagian belakang bayi hingga bersih terutama di bahagian punggung dan belakang kepadanya.
12. Cuci dan bilas bayi dengan air yang bersih.
13. Lapkan hingga kering dengan tuala yang bersih dan lembut.
14. Keringkan dan sedia dipakaikan pakaian yang telah tersedia lebih awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hilang kata-kata dan boleh bayangkan kesakitan bayi itu yang diperlakukan tanpa perikemanusiaan sehingga meninggal dunia. Boleh bayangkan kesedihan ibu bapa bayi itu saat dapat tahu kejadian sebenar ini.
Menurut laporan Sinar Harian, bayi yang maut di rumah pengasuhnya di Kelana Jaya pada 27 April lalu dipercayai telah diliwat suami kepada pengasuh.
Bayi berada dalam bilik tidur bersama suami pengasuh
Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemeriksaan dijalankan oleh seorang seorang pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh ketika mangsa dibawa ke sana mendapati mangsa telah meninggal dunia dan terdapat kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur.
“Ketika itu, mangsa dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pengasuh.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan cedera pada dubur bayi berkenaan yang dipercayai telah diliwat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selasa.
Kesan lebam di mulut dan koyakan bahagian dubur
Menurutnya, hasil bedah siasat turut mendapati terdapat kesan koyakan di bahagian dubur mangsa.
“Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan.
“Selain itu, terdapat juga beberapa kesan koyakan di bahagian dubur mangsa dipercayai akibat benda tumpul,” katanya.
Sebelum ini, seorang bayi lelaki maut dipercayai dibunuh oleh pengasuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kelana Jaya pada 27 April lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparent)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim anak influeza ini ada baiknya kita merujuk kepada doktor dalam apa pun jenis tindakan dan jenis ubat-ubatan yang kita makan. Bukan sahaja bahayakan nyawa sendiri bahkan nyawa anak-anak yang masih kecil.
Memilih ubat bontot untuk mengawal demam anak memang disarankan jika mempunyai suhu yang tinggi, namun elakkan jenis NSAIDS jika anak dikesan demam Influenza. Mengapa? Ini yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari di Instagramnya.
BAHAYA UBAT PUNGGUNG UNTUK DEMAM ANAK
Kita tahu kes Influenza di kalangan kanak-kanak dah meningkat sekarang. Dan kes demam dan batuk pun meningkat. Kadang-kadang yang demam batuk tu bukan influenza pun tetapi penyakit lain.
Dan ibu bapa di rumah kadang-kadang membuat langkah awal untuk merawat anak yang demam seperti memberi ubat punggung (suppository) terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Ubat punggung tu pun boleh je beli kat mana-mana farmasi.
Tetapi, kita tak boleh memberi ubat punggung sebarangan kepada anak. Ini kerana jika kanak-kanak itu sebenarnya menghidapi influenza dan ibu bapa memberi ubat punggung NSAIDS, ia sebenarnya akan meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti RADANG OTAK atau juga dikenali sebagai Acute Necrotizing Encalopathy (ANEC). Ini lagi merbahaya.
Oleh itu untuk anak-anak demam, terutamanya bawah 5 tahun :
✅️ Berilah anak yang demam ubat Paracetamol SAHAJA (minum/punggung) mengikut dos yang ditetapkan .
❌️ JANGAN beri ubat punggung NSAIDS. Kalau dah check dengan Dr. n dah tau bukan kena influenza takpela.
✅️ Pastikan anak minum dan makan secukupnya supaya kekal terhidrat.
✅️ Bawalah anak berjumpa doktor sekiranya gejala sakit tak berkurangan untuk penilaian lanjut.
Tidak dikurniakan cahaya mata sejak 6 tahun berkahwin, namun pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk menjaga anak angkat. Namun yang membuatkan ramai kagum apabila pasangan ini sanggup menjaga anak angkat yang istimewa.
Walaupun keluarga anak istimewa ini sendiri seolah tak dapat terima dan meninggalkannya, tetapi atas belas ihsan pasangan suami isteri ini sanggup mengambil tanggungjawab menjaga anak syurga.
Dalam perkongsian sukarelawan Puan Natipah Abu, beliau kongsikan usaha yang dilakukan untuk membantu pasangan suami isteri ini mendapat kediaman lebih selesa melalui sumbangan orang ramai.
Sumbangan orang ramai beri keselesaan
7 Ogos lalu .. kita ada buka Sedekah Jumaat yang diniatkan untuk menyiapkan rumah Abang, seorang anak Cerebral Palsy.
16 Ogos…Kita turun ke Langkawi untuk penyerahan dan akad sumbangan. Alhamdulillah hari ini kita menerima kiriman gambar bagi membuktikan bahawa sumbangan kita telah disempurnakan sebagaimana yang kita hajatkan.
Alhamdulillah … cantik. Selepas berkali-kali belek gambar ni baru perasan .. tu katil Abang .. ayah buat seniri dan Abang sedang tidur di atasnya
Abang di ambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang tidak mempunyai zuriat setelah 6 tahun berkahwin. Biarpun sedia maklum Abang seorang anak syurga namun niat murni tetap diteruskan kerana belas dan kasih dengan nasib Abang yang telah ditinggalkan waris setelah mengetahui keadaannya yang tidak sempurna.
Walaupun dinding tak cukup duit utk diplaster tapi tetap dicat cantik
Ayah angkat Abang seorang tukang kebun hotel yang juga pandai bertukang terpaksa menyiapkan rumah mereka dengan kadar segera kerana tuan rumah yang lama meminta mereka mengosongkan rumah dalam kadar segera.
Ada lagi seorang anak angkat
Untuk membayar sewa rumah baru mereka memang tidak mampu jadi kita mengambil keputusan membantu mereka menyiapkan rumah mereka yang sedang dalam pembinaan itu seadanya agar boleh didiami segera.
Kemas, sedap mata memandang
Tahun lepas pasangan ini sekali lagi mengambil seorang anak angkat juga atas dasar simpati kepada kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun itu setelah dia ditinggalkan ibu kandung angkara penceraian.
Alhamdulillah hasil sumbangan kita telah membolehkan pendawaian untuk bekalan elektrik dan juga penyediaan bekalan air. Rumah ini akhirnya dapat juga disiapkan dengan seadanya.
Tak cukup duit utk pintu kabinet bukan alasan utk tidak kelihatan cantik.
Semoga keluarga ini akan dilimpahi dengan cahaya kebahagiaan yang berkekalan hendaknya. Terima kasih kepada semua penyumbang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sebut je nama Famili Durian Kimchi, memang ramai yang terus terbayang keluarga mix Korea-Malaysia yang penuh dengan aura positif, humble dan cukup unik.