Sewaktu hamil, pemakanan ibu sangatlah penting. Waktu inilah ibu harus menjaga untuk ambil makanan yang sihat, dan lebih berkhasiat. Terutamanya keperluan nutrisi seperti protein, kalsium, zat besi dan folate akan bertambah dari sebelum hamil.
Berat badan ibu yang hamil diharapkan untuk bertambah secara sikit sikit, tapi konsisten, sepanjang kehamilan. Jumlah peningkatan berat badan yang diharapkan ibu hamil adalah dalam 5 – 18kg tergantung berat sebelum hamil.
Saya selalu nasihatkan pesakit saya untuk pastikan pemakanan seharian adalah cukup dan sihat, walaupun ibu tidak selera makan atau dalam fasa alahan (morning sickness). Trimester pertama kehamilan adalah sangat penting, kerana pada fasa itulah pembentukan organ bayi sedang berlangsung.
Pada ibu yang mengalami alahan (morning sickness) yang teruk pada trimester pertama kehamilan, makanan yang seimbang dan sihat nampak sangat susah. Namun itulah perjuangan si ibu, bermula dari si anak masih sebesar biji kacang. Semoga segala pengorbanan dan perjuangan ibu sekalian diberkati.
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang ini bukanlah untuk si bayi sahaja, tapi untuk ibu juga. Apabila ibu mengambil nutrisi yang mencukupi untuk keduanya, badan akan dapat memberi nutrisi kepada bayi tanpa menjejaskan keperluan si ibu.
Hujung-hujungnya, proses kelahiran bayi akan menjadi lebih mudah insya-Allah, dan mengelakkan ibu mendapat masalah di kemudian hari disebabkan kekurangan nutrisi semasa hamil, contohnya osteoporosis (disebabkan kekurangan kalsium).
Makanan apa yang penting untuk ibu hamil:
Protein
Protein memberi efek pada tumbesaran bayi secara langsung, termasuklah otak. Ia juga memainkan peranan untuk membentuk tisu pada payudara dan rahim, di mana bayi akan terus membesar. Selain itu protein juga penting dalam meningkatkan jumlah darah.
Kalsium akan membantu badan mengawal cairan dalam badan, juga membantu dalam pembentukan tulang dan gigi bayi.
Contoh makanan sumber kalsium
moringa, makanan tenusu (susu, yogurt, keju), tofu, telur, almonds, kubis, salmon, kale, broccoli, bok choy
Zat besi (iron)
Diambil bersamaan dengan sumber garam mineral lain seperti sodium, potassium, dan air, zat besi akan membantu meningkatkan jumlah darah dan mengelakkan anemia.
Folate memainkan peranan penting untuk perkembangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Folate yang mencukupi akan mengurangkan masalah kongenital yang major seperti masalah pembentukan neural tube, termasuk spina bifida. Digalakkan mengambil makanan bersumber folate / supplement folic acid walaupun sebelum hamil.
Contoh makanan sumber folate
bayam, lettuce, kubis, yeast flakes, buah buahan citrus, kekacang, celery, carrot, bunga kubis
Vitamin C
Ads
Buah dan sayur yang tinggi vitamin C akan membantu dalam penyembuhan luka, pembentukan tulang dan gigi, juga proses metabolik.
Contoh makanan sumber vitamin C
baobab, pelbagai buah buahan, roselle, sayuran hijau, tomato
Lemak / Essential Fatty Acids
Lemak sebenarnya penting untuk ibu mengandung. Bayi akan membentuk lemak, susu ibu sendiri mempunyai 55% lemak. Lemak yang dimaksudkan di sini adalah lemak sihat seperti dalam minyak kelapa dara, minyak zaitun, buah avocado. Ibu hamil juga harus mendapatkan vitamin larut lemak (A,D,E,K), DHA, dan EPA yang secukupnya. Semua ini adalah penting untuk perkembangan bayi.
Cadangan makanan
chia seeds (omega-3, omega-6), cod liver oil, fish oil
Probiotic / prebiotic
Makanan untuk kesihatan usus ni sangat penting untuk ibu hamil, juga untuk bayi di dalam kandungan. Saya tak pernah lupa untuk ingatkan pesakit saya untuk ambil yang ini.
Sumber: Dr. Aimi Jaafar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah akan bertambah lagi ahli keluarga baru. Itu kegembiraan yang digambarkan oleh Datuk Fizz Fairuz sempena Hari Bapa apabila menerima hadiah paling bermakna dari isterinya, Datin Almy Nadia yang kini hamil anak keempat.
Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Fizz turut memuat naik foto alat ujian kehamilan serta ucapan tahniah daripada anak-anaknya.
“Isteri saya tidak hamil anak kembar, tapi dia buat ujian kehamilan sebanyak dua kali menggunakan alat berbeza. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga lagi.
“Sekarang, usia kandungan Almy sudah 15 minggu. Malah, ada yang cakap ini rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan macam-macamlah,” katanya.
Kata Fizz lagi, dia berharap proses kehamilan dan bersalin isterinya dipermudahkan serta jika ada rezeki dia menginginkan cahaya mata lelaki.
“Namun, walau apapun semua itu ketentuan-Nya. Kalau boleh, memanglah kami teringin nak timang anak lelaki sebab sekarang semuanya ‘heroin’. Tapi soal jantina, kami sentiasa terima dengan hati terbuka,” katanya.
Terdahulu, Almy mengalami keguguran sebanyak dua kali. Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada April 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan serta seorang anak angkat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda dan percaya Allah sebaik-baik perancang untuknya dan suami dalam menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Aida berkongsi kisahnya yang sangat menyentuh hati itu menerusi video temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay…
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.Foto: Instagram @aidayusof786 & @adiputra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik, pejam celik pelakon Elfira Loy akui walaupun tinggal hampir dua bulan untuk bersalin namun dia masih belum melakukan apa-apa persediaan.
Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Elfira memberitahu dia perlu buat perancangan rapi terlebih dahulu agar tidak terlupa perkara yang penting.
“Tinggal lagi dua bulan dan saya masih belum membuat apa-apa persediaan lagi tapi saya rasa sungguh teruja.
“Teruja untuk menyiapkan bilik nurseri, membeli barangan keperluan bayi. Diri sendiri dan juga membuat sesuatu perkara dengan teratur tetapi saya juga perlu melakukan perancangan supaya tidak terlepas apa-apa yang penting kalau tidak nanti El stress, ini tak okay itu tak muat.
“Rancangan saya adalah untuk memulakan bilik tersebut dengan melabelkan bahagian-bahagian tertentu, meletakkan barangan ditempat yang sepatutnya dan membaca segala informasi mengenai selepas kehamilan, penyusuan dan juga bayi.
“Tetapi apa pula pengalaman anda? Apa benda yang rasa dah lengkap tetapi selepas dah beranak baru macam “ohh I forget about this, I forget about that.”
“Mungkin anda boleh kongsikan bersama saya supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama, hehe, terima kasih,” ujarnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen juga, ramai peminatnya dan rakan selebritinya turut membantu Elfira dengan menceritakan pengalaman mereka.
Barang sempat lagi beli, persediaan mental penting
Belajar Ilmu Penyusuan
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018.
Sumber: ig elfira loy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.