Tahun baru 2025 bermakna lahirlah generasi baru iaitu generasi beta! Siapa sebenarnya Generasi Beta ni?
Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini 2025 hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Generasi ini dilihat sangat terdedah dengan teknologi moden dan membesar dalam dunia yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), inovasi digital, serta perubahan yang sangat cepat.
Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh ahli demografi dan futuris, Mark McCrindle, menulis dalam sebuah artikel bahawa generasi Beta “mewakili bab penting dalam dunia yang terus berubah.”
Generasi ini akan menghadapi pelbagai faktor global yang berubah dengan pantas, seperti perkembangan teknologi, cabaran sosial, kelestarian, dan perubahan iklim, menurut pakar.
Memandangkan generasi Beta kebanyakannya adalah anak kepada generasi milenial muda dan Gen Z yang lebih tua, ibu bapa mereka dijangka mengutamakan “kebolehsuaian, kesaksamaan, dan kesedaran ekologi dalam keibubapaan, ramal McCrindle.
“Ini akan menghasilkan generasi beta yang lebih berpandangan global, berorientasikan komuniti, dan kolaboratif berbanding sebelumnya.
Ads
“Cara mereka dibesarkan akan menekankan kepentingan inovasi, bukan sahaja untuk kemudahan, tetapi juga untuk menyelesaikan cabaran utama pada zaman mereka,” menurut artikel itu.
Kanak-kanak Berteknologi Tinggi
Generasi Beta juga akan membesar dalam persekitaran teknologi termasuklah kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang.
“Ketika AI semakin berkembang dan akses kepada teknologi semakin meluas, dunia digital dan fizikal generasi beta akan “berpadu dengan lancar.
“Generasi Beta akan hidup dalam era yang mana AI tertanam dalam kehidupan harian — dari pendidikan dan tempat kerja hingga penjagaan kesihatan dan hiburan,” tulis McCrindle.
Ads
Perbezaan Generasi:
Gen X: Lahir 1960-1980
Gen Y (Millennials): Lahir 1981-1996
Gen Z: Lahir 1997-2010
Gen Alpha: Lahir 2010-2025
Gen Beta: Lahir selepas 2025
KELAHIRAN BAYI GEN BETA
Memetik laporan Berita Harian beberapa bayi telah dilahirkan dibeberapa buah negeri setelah masuk tahun 2015.
Di NEGERI SEMBILAN, sebanyak 20 kelahiran bayi tahun baharu dilaporkan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban setakat 1.30 tengah hari tadi.
Menurut data yang dikeluarkan HTJ, daripada jumlah itu 14 adalah bayi perempuan termasuk dua pasangan kembar yang dilahirkan awal pagi tadi.
Ads
Di PAHANG, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan menyambut kelahiran 10 bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan pada tahun baharu setakat 11 pagi tadi, dengan kelahiran terawal seorang bayi lelaki yang direkodkan pada 12.12 tengah malam.
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memaklumkan selain HTAA, hospital daerah Temerloh, Bentong dan Lipis turut merekodkan masing-masing dua kelahiran manakala di Raub, Pekan dan Cameron Highlands masing-masing mencatatkan satu kelahiran.
Di PUTRAJAYA, tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan seberat antara 2.51 kilogram hingga 3.85 kilogram selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya.
Sementara itu di PERLIS, pengurusan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dalam kenyataan memaklumkan lima bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dilahirkan setakat 1 tengah hari tadi.
Di MELAKA, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata seorang bayi perempuan dan tiga bayi lelaki termasuk oleh seorang ibu warga asing dilahirkan di Hospital Melaka bermula tengah malam hingga 8 pagi tadi.
“Tahniah diucapkan kepada semua ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada tahun baharu 2025 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kehilangan ibu, Akiko Okumura yang meninggal dunia pada Jumaat lalu meninggalkan kesan yang begitu besar buat anaknya, Sky Taizo Okumura dan suami, Ridzuan.
Menerusi sepotong video yang dikongsi, Sky dan bapanya dilihat bersahur buat pertama kalinya tanpa hidangan hebat saban tahun buat mereka.
Pun begitu bagi membolehkan Sky yang sudah terbiasa dengan makanan ibunya, pelakon Zarina Zainuddin turut menyediakan sahur makanan Jepun buat Sky.
Zarina dilihat menyediakan beberapa jenis juadah sahur Sushi khas untuk Sky dan buah seperti tembikai serta mangga. Sky yang berbaju merah pula dilihat cuba menikmati sahur yang telah disediakan.
Zarina memberitahu dia telah membeli Sushi untuk Sky pada malam berikutnya dan meminta maaf kerana tidak mampu masak makanan Jepun seperti ibu Sky.
Menerusi sesi live dan perkongsian video suaminya, Akiko bukan sekadar seorang ibu yang penyayang, tetapi juga seorang cef berbakat yang menjadi idola ramai wanita. Hidangan sahurnya bukan sahaja kreatif bahkan disajikan dengan penuh kasih sayang setiap tahun. Tidak hairanlah ramai yang ternanti-nantikan kemunculan pasangan ini setiap kali Ramadan.
Zarina yang juga anak saudara kepada Ridzokumura, tampil menggalas tanggungjawab berat ini.
“Assalamualaikum selamat berpuasa semua. Pertama kali bersahur bersama Sky dan pakcik saya. Semoga Allah permudahkan perjalanan Ramadan buat mereka tanpa Akiko di sisi.
“Saya belikan Sushi untuk awak malam semalam tapi kedai sudah hampir tutup,” katanya yang turut mempelawa nasi buatnya.
Dalam suasana penuh kasih sayang, Sky dan bapanya difahamkan bermalam di kediaman Zarina, memberikan mereka ruang untuk merasai kehangatan keluarga di bulan penuh keberkatan ini.
Terdahulu Jumaat lalu, Ridzuan mengumumkan pemergian isterinya, namun punca kematian tidak didedahkan. Jenazah Akiko telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor, pada hari Sabtu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak perempuan9 tahun berdepan detik cemas, nyaris dilarikan ketika tunggu van sekolah. Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan ketika sedang menunggu van sekolah.
Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Berdepan Detik Cemas, Nyaris Dilarikan Ketika Tunggu Van Sekolah
Kejadian berlaku berhampiran perumahan di Bukit Beruntung pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat ibu mangsa kira-kira jam 8.56 malam.
Beliau berkata, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa berumur sembilan tahun berada di bawah blok sebuah flat di sini ketika sedang menunggu van sekolah.
“Siasatan mendapati suspek merupakan lelaki warga tempatan didapati cuba melarikan mangsa.
“Mangsa kemudiannya melarikan diri ke kedai berdekatan sebelum menjerit meminta pertolongan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, orang ramai yang berada sekitar lokasi kejadian kemudiannya berjaya menyelamatkan mangsa.
“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika cuba ditahan orang ramai ketika kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sejak kebelakangan ini tular mengenai beberapa jenis tanaman dalam rumah seperti lidah jin yang dikatakan mampu menyedut udara kotor selain memberi kesegaran kepada ruang rumah.
Disebabkan menjadi tular, tanaman ini antara yang menjadi terlaris setakat ni di jual sama ada di kedai-kedai bunga ataupun secara atas talian.
Namun, menerusi laporan Bernama baru-baru ini, pokok tersebut juga mempunyai kesan buruk terhadap manusia.
Risiko untuk individu yang lemah sistem imuniti
Menurut ahli Kimia, Dr Fatimah Salim, dia melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma.
“Ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya .
Tambah Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah.
“Antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri,” katanya.
Berwaspada bagi yang ada anak kecil
Dalam pada itu, menerusi satu posting Pusat Racun Negara, 7 Jun lalu, pihak berkenaan menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin.
Bahan ini dikatakan boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
“Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” kata pengendali akaun tersebut.
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi...