Tahniah diucapkan kepada pelakon dan ahli perniagaan, Hairi Safwan yang menyambut kelahiran puteri sulung, pada jam 2.52 13 Ogos yang lalu.
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
menurut laporan Berita Harian, Hairi bersyukur bayi yang dinantikan seisi keluarga, selamat dilahirkan isteri, Fara Afiza Azman.
“Alhamdulillah, anak perempuan ini dinantikan keluarga saya sejak sekian lama. Ini kerana dalam keluarga saya, lebih ramai lelaki berbanding wanita.
“Jadi kehadiran bayi ini cukup dinantikan. Alhamdulillah, anak ketiga saya cukup sifat dan sihat. Ibunya stabil dan menjalani proses berpantang…. Semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Ads
Sebelum ini, Hairi mempunyai dua anak lelaki iaitu Arif Haikal dan Azad Hakim.
“Jadi, lengkaplah keluarga kami. Namun, jika ada rezeki pada masa depan, saya tidak menolak. Apa-apapun tanya isteri saya dahulu. Kalau dia okay, saya lagilah okay,” katanya.
Ads
Hairi dilihat turut memuat naik posting di Instagram miliknya dengan kapsyen yang pendek tetapi amat bermakna.
Selepas selamat menjalani pembedahan rawatan sumbing bibir, penyanyi Lan Solo menyatakan kesihatan bayinya iaitu Nur Amna Quxandra kini semakin pulih, namun terpaksa membataskan sentuhan fizikal.
Menurut Lan kepada Mstar, tindakannya itu untuk mengelakkan Xandra terdedah dengan bakteria bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
“Insya-Allah, saudara-mara faham. Sekarang ini pun kita asingkan Xandra daripada orang luar sebab tak mahu dia lambat sembuh kerana jangkitan bakteria.
“Tak apa, nanti selepas dua bulan, apabila parut serta luka dah benar-benar sembuh bolehlah gomol dan cium semula,” katanya.
Anak Lan selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 31 Mei lalu.
Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan bayi keempat mereka pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.
Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009. Selain Quxandra mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman bersalin setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan pengalaman bersalinkan setiap anak, tentu juga berbeza. Ada yang mengalami sakit bersalin dan ada juga yang bernasib baik melahirkan anak tanpa masalah.
Salah satu sebab ibu tidak mengalami kesukaran semasa bersalin adalah kerana terdapat teknik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Persediaan awal adalah penting bagi membantu ibu mengatasi rasa sakit hendak bersalin.
Sakit bersalin adalah normal untuk setiap ibu hamil. Ini kerana otot badan ketika proses kelahiran, akan bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim. Kontraksi pada otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda mengalami ketegangan pada bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.
Selain itu, bakal ibu juga akan rasa sakit hendak bersalin kerana berlakunya tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.
1 Suntik persekitaran kelahiran yang menenangkan. Semasa hampir tempoh kelahiran, pasangkan alunan zikir dan lagu yang menenangkan anda. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut. Jika anda bercadang untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku kecil. Walau bagaimanapun, pastikan polisi hospital bersalin anda membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.
2 Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum tempoh kelahiran anda. Anda boleh dapatkannya melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau bertanya kepada doktor. Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.
3 Atasi ketakutan anda dengan cara meluahkannya kepada orang terdekat anda seperti suami ataupun ibu anda. Doktor juga adalah orang yang terbaik untuk menasihati anda tentang cara-cara mengatasi rasa takut semasa bersalin.
4 Latihan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda. Bagi mempelajarinya, hadirilah kelas pranatal yang akan membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin. Caranya adalah dengan melepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit. Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.
5 Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.
6 Hangatkan tubuh dengan mandi air panas. Ini bagi melegakan kesakitan kontraksi, merehatkan minda anda malah ada kalanya ia juga membantu anda untuk mempercepatkan proses kelahiran. Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang tubuh anda.
7 Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin. Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!
8 Sentuhan atau urutan daripada suami juga dapat membantu melegakan sakit bersalin anda. Anda boleh minta suami menggenggam tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran.
Tempoh selepas bersalin atau dipanggil tempoh berpantang bagi masyarakat Asia dianggap sebagai masa untuk mengembalikan kesihatan diri ibu. Seronok melihat Ummi Nazeera berpantang mengikut cara negeri Terengganu di mana ikan sering menjadi sajiannya.
Baru melahirkan puteri sulung, Ayra Aneesah, aktres berbakat Ummi Nazeera sering kali berkongsi tentang apa yang di makannya ketika dalam tempoh berpantang. Terbaru, dia berkongsi menu sup sayur bak choy dengan bebola ikan selar. Ummi walau pun kurang gemar ikan selar tetap memakannya atas nasihat ahli keluarga.
Tambah manis bila suami Ummi, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani turut mengambil sajian yang seakan-akan sama iaitu sup bebola ayam. Ummi telah memuat naik foto hidangan makan malam mereka di Instagram dengan kapsyen ini;
Para netizen pun berkongsi tentang sajian pantang masing-masing ketika bersalin. Ada yang turut berpantang gaya ala pantai timur dan ada yang turut tertarik dengan menu sup bebola ikan tersebut.
PANTANG CARA TERENGGANU & SELANGOR
SELAR SELANG SELI DENGAN SALMON
TERLIUR TENGOK MENU PANTANG UMMI
SELAR BAKAR & SELAR GORENG DENGAN SEDIKIT MINYAK
LUKA CEPAT BAIK
MENU PANTANG UMMI NAZIRA
Jom tengok apa lagi sajiannya pantang Ummi Nazira. Kebanyakannya ialah sayur sebagai sumber serat dan ikan sebagai sumber protein yang baik.