Kehamilan dan kelahiran adalah antara satu fasa paling penting bagi setiap ibu dan ayah. Oleh itu, Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) berbesar hati berkongsi ilmu dengan bakal ibu bapa melalui penganjuran Kelas Mega Antenatal dengan tagline ‘Indahnya Menyambut Kelahiran’. Alhamdulillah, seramai 120 suami dan isteri yang majoritinya bakal menyambut kelahiran cahayamata pertama telah hadir ke program ini.

Kelas Mega Antenatal HIAZ Meriah! Sambil Belajar Ilmu Parenting, Peserta Dapat Banyak Hadiah
Antara bakal ibu bapa yang menyertai Kelas Mega Antenatal HIAZ

Banyak Ilmu Dikongsikan Barisan Pakar Berkredibiliti
Pelbagai ilmu telah dikongsikan oleh Doktor Pakar Hospital Islam Az-Zahrah antaranya memahami proses kehamilan & kelahiran oleh Dr Mashita Mohamed Kassim (Pakar Perbidanan & Sakit Puan), Manfaat epidural semasa bersalin oleh Dr. Sri Banun Mohamad (Pakar Bius) dan penyakit yang biasa dialami bayi baru lahir oleh Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim (Pakar Kanak-Kanak).

Kelas Mega Antenatal HIAZ Meriah! Sambil Belajar Ilmu Parenting, Peserta Dapat Banyak Hadiah
Para peserta khusyuk mendengar perkongsian dari pakar terlibat

Manfaat khatan ketika bayi turut dikongsikan oleh Mr Mohamad Salleh Abdul Aziz (Pakar Bedah Am). Bakal ibu dan ayah turut didedahkan dengan kepentingnya susu ibu dan kaedah penjagaan bayi serta senaman & kaedah pernafasan untuk ibu bersalin. Penceramah selebriti, Ustaz Hj Mohd Fauzi Mustaffa juga hadir bagi berkongsi ilmu Debaran Saat Kelahiran.

Kelas Mega Antenatal HIAZ Meriah! Sambil Belajar Ilmu Parenting, Peserta Dapat Banyak Hadiah
Ustaz Hj Mohd Fauzi Mustaffa merupakan salah seorang panel yang berkongsi ilmu

Meriah Slot Games bersama Team Pa&Ma
Suasana tambah gamat apabila team Pa&Ma mengadakan slot games bersama para peserta. Bakal bapa diminta untuk melipat pakaian bayi untuk melihat sejauh mana ketangkasan serta ketelitian mereka.

IKLAN
Kelas Mega Antenatal HIAZ Meriah! Sambil Belajar Ilmu Parenting, Peserta Dapat Banyak Hadiah
Kesemua peserta terhibur dengan games yang dianjurkan team Pa&Ma

Selain itu, turut diadakan game Siapa Cepat, Dia Dapat apabila para peserta berebut-rebut menyediakan barang yang diminta oleh team Pa&Ma. Lebih menyeronokkan apabila tiga pasangan bakal ibu bapa mengambil bahagian dalam game Kenal Pasangan Tak? Mereka ditanyakan soalan berkaitan pasangan masing-masing dan pemenang dipilih berdasarkan jawapan betul terbanyak.

Kelas Mega Antenatal HIAZ Meriah! Sambil Belajar Ilmu Parenting, Peserta Dapat Banyak Hadiah
Peserta bertuah yang memenangi breast pump

Akhir sekali, sesi cabutan bertuah turut diadakan bagi menghargai dan meraikan pasangan yang mendaftar untuk komuniti Mom-To-Be, antara hadiah menarik yang diberikan adalah breast pump serta pregnancy pillow.

IKLAN

Banyak Booth, Bakal Ibu Bapa Teruja
Selain itu, program turut dimeriahkan dengan aktiviti saringan kesihatan, cabutan bertuah, goodies & booth oleh Friso, Pa&Ma, Az-Zahrah Wellness Centre, MommyDaddy&i, Tateh, Shapee, Razowa & Pigeon.

IKLAN
Kelas Mega Antenatal HIAZ Meriah! Sambil Belajar Ilmu Parenting, Peserta Dapat Banyak Hadiah
Antara booth yang ada ketika Kelas Mega Antenatal HIAZ

Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah, Tuan Haji Abdul Rahman Dali mengucapkan tahniah kepada semua bakal ibu ayah yang hadir dan berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada ibu ayah dalam menyambut kelahiran anak-anak yang soleh dan solehah. Hospital Islam Az-Zahrah adalah hospital pertama ditubuhkan di kawasan Bangi dan Kajang telah meraikan ulangtahun yang ke-25 baru-baru ini.

Kelas Mega Antenatal HIAZ Meriah! Sambil Belajar Ilmu Parenting, Peserta Dapat Banyak Hadiah
Aktiviti senaman khas ibu hamil ketika sesi bersama ahli fisioterapi

Hospital yang didokong dengan “Hospital Mesra Ibadah” ini menawarkan harga berpatutan untuk khidmat kesihatan hospital swasta. Pakej Rahmah bagi Kelahiran Normal baru sahaja dilancarkan bermula RM2626 untuk tempoh promosi dari 15 Mac 2023 hingga 30 April 2023.

Pakej Sri Kandi bagi kelahiran secara elektif caesarean turut disediakan untuk bakal ibu ayah. Hospital Islam Az Zahrah juga mempunyai pelbagai anak syarikat antaranya adalah rangkaian Megaklinik Zahran yang mempunyai 19 cawangan serta Studio Kembara yang telah menghasilkan filem epik sepanjang zaman MAT KILAU – Kebangkitan Pahlawan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI