Kemahiran anak kita memegang pensil, menulis dan meniru perkataan sebenarnya boleh dikaitkan dengan perkembangan anak itu sendiri. Walau bukan keseluruhan perkembangannya, namun ia memberi sedikit gambaran dan tahap penguasaan anak kecil kita.

Perkongsian OT, Pn Liyana Raya ini pastinya membantu mak ayah untuk menilai perkembangan diri anak kita. Jom kita cuba!

Kemahiran Anak Meniru Ada Kaitan Perkembangan Anak Kita, Mak Ayah Boleh Cuba Ujian Mudah Ni!


All of these are related with Left and Right Discrimination skill yang menjurus kepada proses copying (menyalin) dalam konteks menulis (handwriting).

Sebenarnya test ni takdelah nak merangkumi keseluruhan perkembangan seseorang kanak-kanak pun. Ada beberapa tests lain kena undergo in order to confirm if your child really has issues dengan Left and Right Discrimination or not.

Dia macam ni. Seawal usia kanak-kanak 3-4 tahun, kanak-kanak sepatutnya dah ada ketetapan pemahaman tentang penggunaan kiri dan kanan badan. Maksudnya, di usia tersebut, anak sepatutnya dah tahu dah bahagian badan mana yang dominant untuk dia gunakan ketika menjalankan skil-skill besar dalam kehidupan harian mereka iaitu makan (nak pakai tangan mana), tulis (nak pakai tangan mana…means tak tukar-tukar tangan dah), mencuci, memasak dan sebagainya.

Bahagian tengah kertas tu sebenarnya dah bagitau otak dah yang mana badan kita ni ada dua bahagian iaitu kiri & kanan (ni saya cerita pasal kiri dan kanan dulu ya…atas ngan bawah badan ni cerita lain pulak).

Kemahiran Anak Meniru Ada Kaitan Perkembangan Anak Kita, Mak Ayah Boleh Cuba Ujian Mudah Ni!

Maklumat yang masuk ke kiri dan kanan badan “disatukan” melalui satu struktur otak yang dipanggil corpus collasum. So dalam gambar ni, bahagian kiri dan kanan kertas dapat dilihat melalui “penyatuan” garisan tengah tu, yang menyebabkan kanak-kanak tahu dah, apa-apa objek yang dalam satu bahagian (kiri atau kanan) tu sebenarnya dia pandai dah tentukan kedudukan bahagian lorekan di sebelah satu lagi bahagian untuk ditiru.

Maksudnya, kat dalam gambar ni, lorekan pada separuh bulat dibuat di bahagian kiri badan dan sekiranya terdapat satu lagi objek sama di sebelah kanan, maka lorekan tu kena buat di bahagian yang sama macam kiri.

Bila anak boleh buat (tiru) yang sama, maksudnya solid lah tu pemahaman kiri dan kanan badan dia. Dia dah tahu dah, ada satu bahagian dalam badan dia yang dominant menyebabkan proses menyalin lebih mudah untuknya di kemudian hari.

Tapi disebabkan terlalu banyak respon anak-anak ni based on satu gambar ni sahaja, saya kategorikan dululah kanak-kanak ni supaya nak bagi mudah faham (tapi yang saya buat kategori ni bukan based on mana-mana diagnosis yaaaa. Tolong faham, saya buat kategori ni untuk orang faham sahaja. Takde fakta kukuh untuk kategori ni semua, hanyalah untuk pemahaman umum):

Kemahiran Anak Meniru Ada Kaitan Perkembangan Anak Kita, Mak Ayah Boleh Cuba Ujian Mudah Ni!

IKLAN

Kategori 1: Jika ada di antara kanak-kanak ini menyalin dengan tepat seperti gambar di sebelah kiri, dan diikuti dengan tiada masalah menyalin serta sudah ada bahagian badan yangg dominant, maka normallah tu.

Kemahiran Anak Meniru Ada Kaitan Perkembangan Anak Kita, Mak Ayah Boleh Cuba Ujian Mudah Ni!

 

Kategori 2: Ada kanak-kanak yang mendapat pemahaman sebegini: dia warna dekat bahagian kanan separuh bulat sebab mengikut tulisan “kanan” yang dia baca.

Ada juga kanak-kanak yangg cakap dia suka nak warna sebelah kanan, so dia warna je kat situ. Maksudnya anak-anak ni tak menyalin (warna) yang sama macam kat kiri.

Jika anak kategori 2 ini takde masalah menyalin seperti menyalin lambat, ter miss perkataan ketika menyalin, takde isu fokus, takde isu terbalik terbalik ketika pakai kasut, baju dan seluar (untuk usia 4 tahun ke atas),takde terbalik huruf “b” & “d” ( di usia 6 tahun ke atas) & takde isu fokus…maka, normal lagilah tu.

Kemahiran Anak Meniru Ada Kaitan Perkembangan Anak Kita, Mak Ayah Boleh Cuba Ujian Mudah Ni!

Kategori 3: Haaa yang ni yang susah sikit.
Jika didapati anak di usia 4 tahun dan ke atas menyalin (warna) kat bahagian kanan tu tak ikut sama dengan bahagian kiri, dan didapati ada isu-isu berikut 👇:

IKLAN

* Usia 4-5 tahun: masih terbalik terbalik lagi pakai kasut, baju dan seluar. Masih tak ada tangan yang dominant dalam memegang pensil contohnya. Sekejap dah lenguh tangan kanan, tukar tangan kiri. Lenguh kiri, pi kanan pulak. Ada menunjukkan kesukaran melukis.

*Usia 6-9 tahun: Terbalik “b” & “d” yang tiada progress sehingga usia 9 tahun, menulis dalam keadaan “mirror image”, ada isu fokus, menyalin lambat,menyalin sehingga tertinggal banyak huruf dan nombor, menunjukkan sifat clumsy. Maka, yang ni kena risau sikit.

Anak-anak kategori 3 kena banyakkan practice brain gym dan diberi pendedahan untuk aktiviti pergerakan kiri dan kanan sebanyak mungkin.

Elok buat zumba banyak sikit. Kena minta buat exercise yang kerap. Perlukan pendedahan buat kerja-kerja rumah seperti mengemop, mengelap, mencuci dan sebagainya dengan kerap.

Jika keadaan ini berlanjutan dan tiada progress dengan aktiviti-aktiviti yang saya bagitau 👆,maka WAJIB untuk dibawa check dengan Occupational Therapist berhampiran.

Kemahiran Anak Meniru Ada Kaitan Perkembangan Anak Kita, Mak Ayah Boleh Cuba Ujian Mudah Ni!

Kategori 4: Anak-anak ni boleh menyalin (warna) dengan betul di bahagian kanan, tapi ada isu-isu yang sama macam anak kategori 3, maka kena buat aktiviti yang sama dan jika masalah berlanjutan, kena continue dengan therapy sessions.

But usually kalau anda follow tips yang saya bagi untuk kanak-kanak kategori 3&4, insyaAllah by the age of 10 years old dan ke atas dah takde apa dah. Cuma agak merisaukan kalau-kalau ada isu-isu perkembangan lain seperti percakapan, komunikasi dan sosial. Yang tu kena berlebih lebihan lah terapinya.

IKLAN

Biasanya, Right and Left Discrimination Abilities ni akan slowly develop dari usia 3-4 tahun. Tapi ada kanak-kanak yang dah start awal. Lagi awal as usia 2 tahun lagi bagus. Means dia dah kenal dominant side of the body.

So masuk je usia 5 tahun,dah boleh nampak fungsi terbesar iaitu keupayaan menyalin, tak terbalik huruf dan sebagainya (dalam konteks persediaan menulislah saya bagi ni).

Walau bagaimana pun, jangan dok paksa pulak bagi anak dok buat test ni untuk mana-mana kanak-kanak yang tak boleh lagi. Test ni macam hasil je untuk tengok fungsi kiri dan kanan otak dah sampai ke fasa discriminative ke belum, bukan tentukan segala-galanya dalam kehidupan anak-anak kita.

Take it easy naaaa…

Menarik: Bagi Makan Ini Untuk Cegah Anak Jadi Picky Eater, Cukup Nutrisi Untuk Bayi

Kemahiran Anak Meniru Ada Kaitan Perkembangan Anak Kita, Mak Ayah Boleh Cuba Ujian Mudah Ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI