
Abang sangka adik pengsan pagi yang sepatutnya dipenuhi rutin biasa sarapan ringkas, ciuman sebelum ke sekolah, dan pesanan hati-hati di jalan bertukar menjadi detik paling gelap dalam hidup seorang ibu. Dalam sekelip mata, perjalanan yang selalu dianggap biasa itu meragut nyawa anaknya dan meninggalkan luka yang tidak mungkin sembuh.
Tragedi kemalangan ke sekolah Kuala Nerang, Alor Setar Kedah ini bukan sahaja meragut nyawa, malah meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh keluarga yang terlibat.
Lebih meruntun jiwa, seorang abang kecil yang masih belum mengerti erti kehilangan, cuba menggerakkan tubuh adiknya yang sudah kaku di atas jalan. Dalam tangisan, dia menyangka adiknya hanya pengsan tanpa tahu bahawa itulah saat terakhir mereka bersama.
“Selepas kemalangan, abang (anak lelaki) cuba gerakkan adiknya yang sudah kaku di atas jalan. Mungkin dia ingat adiknya hanya pengsan”.
Demikian kata Noor Azura Abdul Halim, 43, ibu kepada Auni Afiqah Hadi, 3, yang maut dalam kemalangan ke sekolah Kuala Nerang melibatkan motosikal Honda C70 dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, awal pagi Selasa.
Turut maut adalah ibu saudaranya, Che Rahmah Abdul Karim, 76. Manakala seorang lagi mangsa, Abdul Hafiz, 9, yang juga abang kepada Auni Afiqah, dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.
Menurut Noor Azura, anak lelakinya berulang kali cuba mengejutkan adiknya sambil menangis kerana menyangka mangsa hanya pengsan.
“Anak lelaki saya masih belum tahu adiknya sudah tiada sebab masih di wad untuk rawatan.
“Selepas ini, saya akan maklumkan kepada dia dan bawanya melihat adik buat kali terakhir sebelum dikebumikan,” katanya semasa ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Jelas pengawal keselamatan itu, semasa kejadian dia sedang bertugas di Hospital Kuala Nerang, manakala suaminya pula pulang ke Pahang kerana ibunya kurang sihat.
Menurutnya, pada awalnya ramai menyangka dia terlibat dalam kemalangan ke sekolah Kuala Nerang tersebut kerana kedua-dua anaknya membonceng motosikal sebelum dimaklumkan penunggang adalah ibu saudaranya yang dipanggil Mami.
“Biasanya suami yang hantar anak ke sekolah, tetapi pagi tadi dia tiada. Ada saudara yang akan hantar mereka, namun saya memang tidak akan minta arwah Mami hantar kerana waktu pagi jalan sibuk.
“Saya kemudian minta saudara menjenguk mereka di rumah dan dimaklumkan mereka sudah tiada sebelum menerima panggilan mengenai kemalangan,” ujarnya.
Tambah Noor Azura, semasa dia tiba ke lokasi kejadian mendapati jasad Auni berada di tepi jalan manakala jasad Mami di garisan putih tengah jalan dan ditutupi dengan kain.
Suasana pilu di lokasi kejadian jelas menggambarkan betapa dahsyatnya kemalangan ke sekolah Kuala Nerang yang berlaku dalam sekelip mata itu.
Sementara itu, anak tunggal Che Rahmah, Kusairi Kassim, 44, berkata kehilangan ibunya amat dirasai apatah lagi ulang tahun kelahiran wanita itu bakal disambut pada Rabu.
Menurutnya, dia reda dengan pemergian ibunya dan menjelaskan tidak ada perubahan yang ditunjukkan sejak akhir-akhir ini.
“Doa yang paling makbul adalah doa seorang ibu. Hari ini saya kehilangan doa paling mustajab di muka bumi ini.
“Setiap tahun saya beri hadiah sempena hari lahirnya, tetapi tahun ini tiada lagi peluang itu,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas bersama dua cucu saudaranya dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal sebelum terlibat dalam kemalangan ke sekolah Kuala Nerang dengan sebuah MPV di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang yang mengakibatkan dua maut.
Tragedi ini menjadi peringatan buat semua bahawa perjalanan harian yang kelihatan biasa sebenarnya sentiasa berisiko. Dalam sekelip mata, kehidupan boleh berubah dan meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang ditinggalkan.
Sumber: Sinar Harian