Lumrah isteri nak yang terbaik untuk keluarganya. Segala persiapan balik raya di kampung dah tersusun rapi dalam kepala isteri. Apa yang perlu dibawa, banyak mana baju yang perlu dibawa pulang ke kampung semuanya sudah difikirkan awal.
Jangan kau pertikai apa bini kau buat. Jangan ingat kemas beg tu senang. Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.
Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU. Baju ni ada banyak jenis baju. Baju balik kampung. Baju untuk masak di malam raya. Baju pagi raya. Baju ke dapur pada hari raya. Baju berjalan ke rumah saudara. Baju casual di malam hari pada hari raya. Tu baru kategori baju isteri tu sendiri. Belum masuk tudung. Tudung jangan kau ingat satu jenis je. Ada tudung sarung untuk ke dapur. Ada shawl nak pakai pagi raya. Ada tudung bawal nak match dengan baju casual. Inner tudung. Anak tudung.
Pin tudung. Pin ni pun ada banyak kelas. Pin kat telinga kena tajam. Pin kat dagu kene kecik. Pin kat bahu kena besar sikit. Pin kat baju kebaya kena besar gedabak. Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar.
Ads
Belum baju anak. Uiii..tu lagi banyak jenis. Baju raya. Baju bila dah tengah hari. Baju tidur. Baju ganti kalau baju raya dah comot. Baju kalau tido dalam aircond. Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond. Baju berlubang, baju takde lubang. Tu kalau seorang anak. Kalau ada 5?6?
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak. Bukan takat baju melayu je. Butangnya, sampin nya, songkoknya. Itu baru baju. Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena. Iron pun dia bawak weh!
Kasut? Ha..ada kasut raya. Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti. Ada kasut kalau nak jalan jauh. Hmmmmmm
Ha…mandi cemane mandi…Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang. Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya.
Ha..ok…cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.Eh…ada lagi!
Barang mekaaappppp…Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah… Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu
Ads
Charger handphone..charger charger..Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang. Dan…dan…Dia siap ada plan kontigensi. Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada..benang..gunting…kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..Haaaaa……Ok. Ada dah semua.
Fuhh…legaa…. Ok zip beg!
Suami kerjanya apa?Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta. Jangan cakap pape. Angkat, susun, senyum.
Kredit: Izyan Izdihar Shaarani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak sangat mudah mengikut atau meniru kelakuan ibu bapa mereka baik dari segi kelakuan mahupun percakapan. Mereka masih kecil untuk menentukan sama ada kelakuan atau percakapan itu adalah betul atau salah. Menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik anak mereka bagi memastikan mereka membesar dengan sebaiknya.
Dalam percakapan misalnya, kanak-kanak kecil sangat mudah terpengaruh dengan ibu bapa atau orang di sekeliling mereka. Sebagai contoh, mereka suka mengajuk perkataan yang disebut kepada mereka. Ini kerana mereka masih dalam tempoh belajar untuk bertutur dan meniru merupakan praktis yang terbaik untuk mereka. Proses ini penting bagi melahirkan minat seseorang kanak-kanak itu terhadap bahasa yang membolehkan mereka untuk membaca dan menulis kelak.
Adakah penggunaan kata ‘jangan’ memberi kesan kepada anak?
Perkataan yang disebut oleh ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak dari segi mental. Ibu bapa seharusnya menggunakan perkataan yang tepat ketika mendidik anak-anak. Ketika sedang marah, kawal perasaan anda dan cuba gunakan perkataan yang paling tepat agar tidak menyinggung sekaligus merencatkan perkembangan mental anak anda.
Adakah perkataan ‘jangan’ merupakan perkataan yang tepat untuk melarang anak anda melakukan sesuatu? Kajian mengatakan bahawa penggunaan kata ‘jangan’ dengan kerap akan menyebabkan anak anda tidak mudah terpengaruh atau terbiasa yang akan menyebabkan anak anda tidak lagi percaya mahupun menurut larangan anda.
Sebaiknya, perkataan ‘jangan’ ini seharusnya digunakan ketika waktu kecemasan sahaja. Contohnya ketika anak anda bermain dengan peralatan bahaya seperti pisau atau gunting, maka penggunaan kata ‘jangan’ ini diharuskan.
Perkataan alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan kata ‘jangan’
Selain perkataan ‘jangan’, terdapat beberapa perkataan ataupun cara untuk melarang, mencegah atau menghindar anak anda daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini. Ibu bapa boleh cuba menggunakan cara berikut dalam situasi yang tepat.
Jika anda ingin melarang anak anda daripada makan sesuatu yang tidak sihat seperti coklat atau aiskrim, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Ibu tahu kamu suka coklat, tetapi makan dalam kuantiti yang banyak tidak bagus untuk kesihatan’
‘Ibu akan belikan aiskrim kegemaran kamu pada esok hari’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain dengan makanan mereka, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Makanan itu untuk makan, bukan untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda yang salah cara bermain permainannya, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Permainan itu bukan untuk digigit, biar ibu tunjukkan cara untuk main’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada memukul orang lain atau menjerit ketika sedang marah, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Gunakan mulut, bukan tangan kamu’
‘Ibu tidak faham apa kamu cakap jika kamu menjerit, guna nada yang sesuai’
Jika anda ingin melarang anak anda daripada bermain sesuatu yang anda tidak gemar, anda boleh menggunakan cara ini:
‘Berikan ibu telefon itu, ibu ganti dengan lego’
‘Anak patung yang cantik ini akan jadi milik kamu jika kamu berikan ibu krayon itu’
Terdapat juga beberapa perkataan yang pendek namun memberikan maksud yang sama seperti jangan namun lebih berkesan, contohnya perkataan ‘tidak’, ‘sudah’ atau berhenti’. Kita juga boleh menggunakan kata yang memberi maksud fizikal sesuatu barangan yang hendak didekati oleh anak-anak seperti ‘panas’ untuk seterika serta ‘bahaya’ untuk dapur gas.
Anak-anak kecil akan suka mencuba dan ingin tahu. Mereka akan menggunakan perkataan yang pelik-pelik dan baru mereka dengar tanpa benar-benar faham maksudnya seperti orang dewasa faham. Oleh itu kita perlu sangat RELAKS. Jangan cepat mengelabah. Kemungkinan dia tidak begitu faham maksud perkataan itu. Tapi sebab bila dia mendengar orang berkata akan perkataan itu, dia terus meniru.
Selalunya para ibu atau bapa akan menyoal siasat anak dengan cemas dan cepat membuat andaian serta menghukum (judge) perbuatan si anak itu dengan kurang sesuai. Kerana kuatir anak sudah terpengaruh dengan perkara buruk dan kita mahu dia tidak menggulangi perbuatan itu dan tidak mahu orang menyangka sesuatu yang buruk mengenai kita.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah;
Bertanya secara selamba apa sebenarnya anak itu faham mengenai perkataan itu.
Contoh: “Eh, mama tak pernah dengar perkataan itu abang long cakap. Apa maksudnya perkataan itu abang long?”
Bila dia memberi penerangan. Kita tambah lagi bertanya;
Contoh: ” Ooooo macam tu..jadi maksudnya benda itu baiklah? Ke buruk?
Jika perkataan itu adalah untuk sesuatu yang buruk, maka secara selamba juga anda boleh memberi penjelasan;
Contoh: ” Oh, fahamlah Mama.(berhenti di situ kemudian sambung ayat) Sebenarnya, perkataan itu kurang baik untuk kita sebut-sebut terutama di hadapan orang lain. Sebab perkataan itu tak sesuai untuk orang yang perangainya baik.
(Jika anak anda suka menidakkan kata-kata, maka guna ayat terbalik) Contoh: Abang Long bukan budak yang suka orang pujikan?
(kemungkinan sebab dia suka menidakkan dia akan kata…suka orang puji…kemudian bolehlah jawab. “Ke suka orang kata Bang Long jahat ke? …kemungkinan dia akan kata tak…”jadi tak usah sebut lagi perkataan itu” jika dia kata ya,….”Oh suka orang kata Bang Long jahat, kalau begitu Abang Long tak bolehlah jumpa orang sebab Mama tak suka orang kata Abang Long jahat sebab Abang Long sebenarnya baik…contoh.
Harap ini membantu.
Tahukah anda bahawa pelukan boleh mengubat? Tahukah anda pelukan boleh menenangkan perasaan yang dipeluk dan yang memeluk? Tahukah anda pelukan boleh menguat ikatan kasih-sayang pemeluk dan yang dipeluk?
Jangan pandang rendah KUASA PELUKAN ia amat besar. Salah satunya adalah ia boleh menjadikan anak-anak anda bijak!
Namun ada pula sesetengah berpendapat bahawa memeluk anak akan menjadikan anak itu manja dan lembik.
Kalau hendak menjadi ibu bapa yang cemerlang, jangan asyik ikut kata-kata orang yang kurang cemerlang dalam keibubapaan.
Jika kita main ikut-ikut saja tanpa benar-benar memahami apakah sebenarnya sesuatu tips atau nasihat itu, maka kita juga boleh kecundang. Sebab ramai orang yang suka bagi nasihat tapi tak ramai yang faham kesan nasihat mereka itu.
Contoh; Ramai ibu bapa muda pening bila ada yang menasihat untuk tidak memeluk anak banyak-banyak nanti anak jadi manja berlebihan. Sedangkan pelukan boleh mengubat. Peukan penuh kasih-sayang tanpa syarat boleh menimbulkan emosi positif yang boleh menghasilkan endorphin. Endorphin ini akan memberi tenaga positif kepada sel-sel di dalam badan dan menjadikan seorang itu lebih berdaya dan berfikiran positif.
Bagi yang hanya mengikut saja tanpa faham, bencana dalam perhubungan mereka dengan anak akan terjadi.
Kerana ternyata nasihat seperti ini tidak jelas dan tiada berdasarkan kajian. Apatah lagi jika dikaitkan dengan pendidikan tarbiyatul aulad cara Nabi s.a.w. Jauh sekali menyalahi amalan Nabi s.a.w. Kerana Rasulullah sering memeluk dan mencium anak-anak dan cucu-cucu Baginda.
Anak menjadi lenja dan manja bukan sebab sering dipeluk, tetapi sebab semua kehendaknya diikutkan ibarat raja dan dia diibubapakan secara permisif. Semua diikut cakapnya. Semua kehendaknya dipenuhi walaupun ianya tidak langsung membantu dia malah membahayakan dia pada jangaka panjang. Contoh, anak tidak mahu ke sekolah kerana hendak main game di rumah. Dibiarkan saja, atas alasan; “Alah, sekali-sekala sahaja!”
Lagi satu, bila anak melampaui batas bercakap dan berkelakuan dengan ibu bapa, sedangkan usianya sudah lebih 7 tahun, dibiarkan sahaja, kononnya tidak elok marah-marah atau takut nanti anak akan merajuk. Banyak lagi sebab mengapa anak-anak menjadi lenja dan manja. Namun, sering memeluk bukanlah sebabnya.
Memeluk adalah salah satu bahasa kasih. Anak yang dipeluk merasa kasih dan sayang ibu bapanya. Pelukan dan belaian penuh kasih ibu bapanya ditambah dengan dispilin yang betul menjadikan anak itu seorang yang berjiwa kuat dan berperikemanusiaan.
Disiplin membentuk karekter.
Sumber: Ibu Rose
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri dengan harga murah boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lampin anak jadi kompos berkualiti, hebat ni! Baca artikel lanjut di AWANI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.