Kembali Bertemu Selepas 10 Tahun Terpisah, Ibu Syukur Akhirnya Dapat Jumpa Anak Sulung!

Share

Bukan satu hal yang mudah bila terpaksa berpisah dengan anak pertama sejak lahir. Namun inilah yang berlaku kepada ibu kepada empat cahaya mata ini.

Berpisah hampir 10 tahun, akhirnya kini, Sharifah Nur Athiqah dipertemukan dengan anak sulungnya yang terpisah lama.

Melalui perkongsiannya sebelum ini, ibu ini pernah meminta wargamaya di grup Edit Apa Hari Ini untuk mengabadikan gambarnya bersama anak sulung yang terpisah.

Dan kini impian ibu in dimakbulkan Allah SWT selepas kembali bertemu semula.

“Saya dah terpisah dengan anak sulung selama 9 bulan. Boleh tolong editkan gambar dia bersama saya berempat. Saya rindu dia,” katanya melalui satu perkongsiannya tahun lepas.

Kini akhirnya ibu dan anak ini dipertemukan sebelum Syawal dan sama-sama berharap dapat bergambar seisi keluarga kelak di Hari Raya nanti.

“Assalamualaikum semua. Masihkah korang ingat lagi post saya sebelum ni.

“Syukur alhamdulillah bulan yang amat mulia ini Allah pertemukan kami kembali setelah 10 tahun.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan editkan gambar kami.

“Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Doakan raya tahun ni kami di panjangkan umur dan ada rezeki untuk bergambar satu keluarga pula,” tulisnya sebak.

Melalui entri yang sama juga, Sharifah Nur Athiqah turut memuat naik gambarnya bersama anak sulungnya yang terpisah lama. Raut wajah kegembiraan seorang ibu.

Semoga anak dan ibu ini dapat kembali bertemu di Hari Raya nanti.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN