Kehadiran kembar tiga ini menceriakan keluarga. Ibunya mengakui yang proses kehamilan lebih mencabar.

Puan Mastura Zahari, ibu kepada Ayra Aydina, Adra Areesya dan Azra Asyfa ini memberikan keceriaan kepada keluarga.

Lahir pada usia kandungan 30 minggu iaitu pramatang,  kembar pertama Ayra lahir dengan berat badan 1.2kg, kembar kedua Adra  1.2kg manakala kembar ketiga Azra seberat 885gram.

“Apabila diberitahu kandungan kembar tiga,  perasaan saya berbelah bagi. Gembira, risau, takut dan bermacam-macam lagi. Saya rasa  tidak yakin boleh jaga 3 bayi sekali. Tapi Alhamdulillah suami sangat positive dan dia yang paling happy. Bila dapat support dari husband, saya jadi positif,” kata Mastura mengimbau kembali saat awal tahu hamil kembar.

Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza

ALAHAN & MUNTAH TIDAK TERUK. JADI KUAT MAKAN

Hamil dengan tiga bayi dalam kandungan, mungkin ramai yang menjangkakan alahan dan muntah teruk. Tapi ibu ini tidak mengalaminya.

“Alhamdulilah alahan tidak teruk sangat. Saya mula muntah minggu ke-8 pregnant sampai minggu ke 11. Selepas tu dah ok. Tidak mengidam tu,  tapi rasa nak makan semua benda. Saya jadi kuat makan.”

Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza

BEZA HAMIL BIASA & HAMIL KEMBAR

Mastura mengakui memang ada perbezaan ketara antara kehamilan biasa dan kehamilan kembar.

“Perbezaan pregnant single, badan kuat boleh bekerja sampai bersalin, sentiasa aktif tidak sakit-sakit, tidak pernah minum air gula. Saya juga tidak mengalami kencing manis.

“Namun bila mengandung kembar ni saya mengalami macam-macam sakit. Awal-awal pregnant suspek hyperthyroid, sentiasa berdebar. Saya boleh rasa jantung sendiri berdenyut laju. Badan sakit terutamanya tulang belakang. Juga alami masalah untuk tidur.

IKLAN

“Ketika hamil kembar 3 ini pada minggu ke-20, saya disyaki kencing manis. Ujian menunjukkan keputusan border line. Jadi kena selalu ambil darah kawal pemakanan. Saya selalu rasa nak pitam,”kata Mastura.

Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza

PROSES KELAHIRAN

Proses kelahiran kembar tiga ini turut diceritakan. Mastura dimasukkan ke hospital pada minggu ke-30. “Doktor sudah menjadualkan caeser pada minggu ke-33. Hari pertama duduk ward ok je tapi memikirkan anak-anak kat rumah, jadi stress, saya tak suka duduk ward.

“Hari kedua perut dah mula mengeras, tapi still ok,masih boleh bertahan, hari ketiga makin kuat mengeras je. Pagi-pagi doctor check, mengeras makin kerap, doctor pakar datang, suruh prepare OT room, masa tu saya dah nangis.

“Husband kat sebelah. Say aminta ampun kat dia, saya ckp kalau apa2 jadi kat saya, ampun kan salah silap saya, tolong jaga anak-anak saya dengan baik emosi, sebab  tidak pernah lalui apa-apa pembedahan sebelum ini,” kata Mastura mengenang detik kelahiran anak kembar tiganya.

Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza

7 ORANG PAKAR SUDAH BERSEDIA

“Masa je dewan bedah, seingat sy ada 7 doctor pakar, setiap satu doctor explain kat saya, Ketua pakar bedah ni, cakap saya tidak boleh half bius sebab saya baru disuntik DEXA dan cair darah. Kalau sy half bius risiko tinggi, jadi doktor kena pengsankan saya (bius penuh).

IKLAN

Saya masuk OT ROOM pukul 2 petang, ketiga-tiga kembar keluar pukul 2.57 petang masa yang sama, T1 berat 1.28 kg, T2 1.267 kg dan T3 886 gram.  Saya sedar dari pengsan pukul 4.30 ptg dan ditolak ke CCU selama 2 hari. Doktor kata masa pembedahan tekanan darah saya tiba-tiba turun.Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza

SI KEMBAR DALAM INKUBATOR, KEMBAR KETIGA ALAMI BENGKAK DI KEPALA

Alhamdulilah T1 n T2 ok, mereka diletakkan dalam inkubator selama 1 bulan dan dipindahkan ke SCN selama 1 bulan.

“Kembar ketiga iaitu Azra diberitahu ada pembengkakan di kepala. Mungkin kerana badannya kecil, doktor suspek Azra alami Hydrocephalus. Masa dia lahir pun dah biru, doctor masukkan darah saya, Alhamdulilah dia ok, 2 bulan dia di NICU duduk dalam incubator, 1 bulan transfer ke SCN

“Pernah sekali di SCN tiba-tiba dia di jangkiti kuman, tiba-tiba dia tidak boleh bernafas. Mujur nurse-nurse dia SCN sangat terlatih. Alhamdulilah Azra ok lepas ambik antibiotik,” kata Mastura tentang perkembangan si kembar pawa awal kelahiran.

Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza

LAHIRKAN KEMBAR 3 SATU PENGALAMAN MANIS

Apabila ditanya apa kenangan pada saat awal bersalinkan anak kembar. Mastura mengakui ia memang meletihkan kerana perlu menjaga sendiri.

IKLAN

“Di awal nya memang sangat letih. Lagi-lagi masa tu saya tidak mempunyai pembantu. Ibu dan ibu mertua  kedua-duanya sudah meninggal dunia. Tapi mujurlah anak-anak yang dah besar banyak membantu.

“Bila husband kerja mlm, anak saya yang umur 12 dan 10 tahun, akan tolong saya mandikan dan buatkan susu adik-adik kembar mereka. Pernah juga bila ketiga-tiga menangis serentak, sampai saya pun rasa nak nangis sekali. Sebab tidak boleh tahan. Kepala sakit, penat dan mengantuk,” kata jurusolek ini.

Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza

SELALU JADI PERHATIAN BILA KE MANA-MANA

Mastura kini semakin lega kerana si kembar sudah makin membesar. Momen dan kenangan tidak dapat dilupakan. “Momen sangat banyak, lagi-lagi kalau keluar rumah. Pergi mall ke, klinik ke, kalau orang nampak, ada je yang nak bergambar dengan kembar. Ada yang siap bagi duit sebab katanya tak pernah nampak kembar 3. Kembar ini memang sentiasa jadi perhatian,”kata Mastura tentang anak-anaknya kembarnya.

Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Syukuri Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza

NASIHAT KEPADA IBU HAMIL KEMBAR

Setelah melalui sendiri pengalaman hamil, melahirkan dan menjaga anak kembar, Mastura turut berkongsi nasihat dan saranan.

“Nasihat saya pada yang nak anak kembar atau yang sedang pregnant kembar, kita kena kuat. Kita ni insan yang di pilih Allah utk jaga amanah ni. Jangan sesekali merungut sebab kita tidak tahu, apa hikmah Allah berikan untuk kita. Suami pun kena banyak membantu,” kata Mastura.


Mama papa yang ada masalah anak picky eater, boleh ikuti tip dari dietitian ini ye.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI