Pernah tak rasa segan bila nak order air kosong masa makan kat restoran? Lagi-lagi kalau restoran tu kategori mewah. Kadang-kadang waiter siap tanya lagi, “Air kosong je?
Evian tak nak ke?” Masa tu mulalah rasa serba salah, macam orang pandang kita tak mampu. Tapi tahu tak, pilih air kosong sebenarnya satu keputusan bijak untuk kesihatan kita?
Petikan dari Public Health ni memang patut kita hadam untuk kita berubah menjadi lebih sihat!
Ads
Tak perlu malu nak order air kosong, walaupun kat restoran mewah.
Jangan risau kalau waiter tanya, “Air kosong je? Evian tak nak ke?” Chill sahaja.. Kita pilih air kosong bukan sebab tiada duit atau nak jimat, tapi sebab utamakan kesihatan.
Kenapa air kosong?
• Hilangkan dahaga dengan cepat
• Rasa segar dan puas.
• Buat makanan rasa lagi sedap sebab tak ganggu dengan rasa manis.
• Jaga badan, lagi pun dah cukup gula dari makanan, tak perlu tambah dari minuman.
So, air kosong bukan pilihan murah, tapi pilihan smart. Kesihatan kita lebih penting dari apa orang lain fikir!
Ads
So, lepas ni kalau makan kat luar, tak payah segan nak order air kosong. Biarlah apa orang nak kata, sebab kita tahu kita buat pilihan terbaik untuk badan kita. Kadang-kadang mindset masyarakat kita ni masih fikir air mahal nampak lebih ‘class’, tapi sebenarnya yang lebih penting adalah kesihatan diri.
Ads
Jangan risau kalau ada yang perli, “Air kosong je?” Jawab je dengan senyuman, “Ya, sebab saya utamakan kesihatan saya.” Pilihan bijak, badan sihat, hati pun puas!
Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak syurganya didera tanpa sekelumit rasa belas kasihan. Lebih menyedihkan, pusat jagaan yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan dan kasih sayang bagi anak istimewanya, Anaqi, didakwa menjadi punca penderitaan tersebut.
Munirah Salamat berkongsi pengalaman pahit yang terpaksa dilaluinya apabila anak yang dikasihi menjadi mangsa pengabaian dan penderaan di tempat yang seharusnya menjadi ruang paling selamat buat mereka.
Keadilan buat Anak Syurga. Bismillahirrahmanirrahim.
Siapa tak kecewa, marah, sedih bila orang yang kita harapkan membela nasib anak-anak Syurga memperlakukan anak² ini. Bukan seorang yang jadi mangsa mereka dan bukan seorang pelakunya.
Pada awalnya kami cuba berbaik sangka bila berlaku kecederaan sekali dua. Setiap kali terjadi sesuatu yang mencurigakan, saya akan ambil dan simpan gambar Anaqi. Ada 2 kejadian lagi saya lupa rakam
1) Kejadian jatuh monkey Bar (Anaqi yang tiada upaya disuruh panjat & dibiarkan) agak mustahil di sini sebab keadaan Anaqi. Ibarat orang strok disuruh memanjat & dilepaskan. Wallahua’lam..
2) Kejadian garisan di muka,tangan (pelatih lain dikatakan mencederakan Anaqi) Hanya kesan parut yang tinggal.
Kenapa saya bersangka baik? Sebab salah seorang penjaga mempunyai anak sindrom down juga. Tapi seperti kata pepatah, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.. Alasan demi alasan setiap kali terjadi sesuatu. CCTV? Bak kata pengurusan, tidak berfungsi. Semudah itu..
Lagi kami kecewa sebab pengurusan adalah dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down. Mereka memilih untuk berpihak kepada pelaku daripada membela nasib anak-anak ini.Mereka berselindung di sebalik Persatuan.
Jadi siapa yang membela nasib mereka? Saat kami tiada tempat untuk dirujuk, kami bertanya kepada YB Senator OKU.
Langkah diambil dengan membawa Anaqi ke OSCC PPUM. Pakar paediatric meminta kami membuat laporan polis.Selepas laporan polis dibuat, kami diarahkan oleh IO untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di OSCC Hospital Putrajaya sekali lagi kerana laporan polis dibuat di situ. Hasil pemeriksaan pakar adalah sama seperti di PPUM suspek #childabuse.
Dan di sini lah bermulanya perjuangan kami demi keadilan anak-anak syurga. Terima kasih YB Senator Isaiah D Jacob dan SU Puan Zulinah A Johari yang menyokong kuat perjuangan ini. Beliau ada bersama kami saat nasib anak-anak ini dipermainkan nasibnya.
Terima kasih juga team #justiceforbella Firdaus Ashaj Mona Din Dan kak MM Hairun Nizah dari BBS sebagai parent support group dan berpengalaman kes penderaan anak beliau, menyokong kes Anaqi dan Adam.
Kita akan fight demi keadilan anak-anak Syurga ini.Pelaku telah mengaku bersalah atas kesalahan pengabaian. Tetapi perjuangan tidak terhenti di sini, kami akan teruskan.Terlalu banyak yang diselindungkan.Persoalannya Agressive kah anak ini??? Anak yang tiada upaya berjalan & bercakap.
Nama Mua Bellaz sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kehebatannya menata raut wajah seakan menjadi dambaan buat semua pengikutnya. Saban hari muncul melalui ‘live’ di media sosial menjadikan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini begitu dekat dengan seluruh pengikutnya.
Dengan gaya cukup menghiburkan, ramah dan keletahnya yang tidak pernah mengecewakan, MUA Bellaz cukup dikenali. Namun ibu cantik ini sememangnya cukup dikenali dengan sifat sederhananya biarpun sudah mempunyai nama besar.
Biarpun mempunyai nama besar dalam dunia solekan, namun Bellaz tidak pernah meninggi diri malah anak jati kelahiran negeri Kedah ini sentiasa tampil membantu insan memerlukan.
Terbaru, sempena hari kelahirannya, Bellaz tampil menyediakan sendiri karipap air tangannya untuk diagihkan. Prihatin dengan ibu-ibu hamil yang begitu teringin untuk menikmati air tangannya, Bellaz tampil mengedarkan karipap istimewanya itu secara percuma kepada mereka.
“Ya Allah …penat tapi happy sangat-sangat.
“Hilang penat tau bila tengok ramai yang suka karipap muabellaz. Alhamdulilah bersempena ulang tahun kelahiran saya, saya buat sepenuh jiwa saya dengan Mat Nuart untuk ibu-ibu hamil yang teringin merasa karipap pusing Bellaz. Made with love tau.
“1000 pcs ngam-ngam semua dapat Alhamdulilah. Tak sangka ramai yang datang. Mintak maaf atas kekurangan dari Bellaz,” kongsinya.
Tidak hanya karipap bahkan Bellaz juga berniat untuk memasak Nasi Tomato Ayam Masak Merah pula untuk diagihkan pada bulan Ramadan nanti.
“Doakan saya dan anuar kekal hingga hujung nyawa. Saya dengan Nuart mampu buat 1000pcs sahaja dulu, insyallah jikalau ada rezeki Bellaz buat nasi tomato ayam masak merah pulak nanti diagihkan bulan Ramadhan, insyallah,” kongsinya.
Namun menariknya, tidak hanya Bellaz bahkan karipap pusing istimewa ini adalah air tangannya bersama suami yang bertungkus lumus menyediakan karipap ini bersama dua orang pembantunya.
“Chaiyok-chaiyok Mat Nuart sikit lagi haha. Kami tak lena lagi weh dari semalam, tinggai lagi 260 pcs lagi. Rehat solat subuh apa ni makan-makan nak tak kepala sat. Bangun satgi nak buat bagi perabis semua.
Insyallah dah siap semua bellaz update na..hihi lambat sikit al maklumlah semua manual ja dengan anak-anak kecik lagi,” kongsinya sambil berkongsi beberapa keping gambar ketika menyediakan karipap homemade bersama suami,” kongsinya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat Bellaz memuji usahanya menghasilkan sendiri khusus untuk ibu hamil dan turut mendoakan agar Bellaz terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @muabellaz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedekah baju sekolah terpakai, siap gantung di ampaian, usaha pihak sekolah, ibu bapa dipuji. Usaha murni sebuah sekolah di Petaling Jaya serta ibu bapa mengumpulkan pakaian sekolah terpakai mendapat perhatian ramai.
Lebih menarik, baju-baju sekolah yang disumbang itu ada yang belum pernah digunakan, disusun dan digantung dengan baik bagi memudahkan ibu bapa atau pelajar memilih mengikut keperluan serta saiz masing-masing.
“Tadi singgah sekolah anak nak beli buku teks. Dulu ampaian ni kecil saja, letak di depan pondok jaga. Alhamdulillah, sekarang ampaian dah makin besar.”
Itu reaksi seorang lelaki di atas usaha murni pihak sekolah anaknya dan ibu bapa yang menyumbang baju sekolah terpakai namun masih berkeadaan baik untuk digunakan golongan memerlukan.
“Mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak pakai boleh letak di sekolah. Ibu bapa yang bajet tengah ketat, boleh datang pilih dan ambil. Terima kasih kepada mereka yang cetuskan idea macam ni. Sungguh memberi 1,000 makna.
“Kos untuk tiga ke empat orang anak nak masuk sekolah lebih RM1,000 tak lari. Kita sama-sama bantu. Di saat dunia dipenuhi dengan sang tamak, tak ada hati perut, Alhamdulillah masih ada yang pemurah,” katanya di Facebook menggunakan nama Wan Luqman.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Noor Asmidar Ahmad Kamal turut berkongsi situasi serupa di sekolah anaknya.
“Baru terjadi tadi, sukarelawan di sekolah anak. Antara bagi sumbangan beg-beg sekolah, syukur ada yang bawa pulang. Semoga berjasa kepada tuan baru,” ujarnya.
Perkongsian itu meraih pujian orang ramai yang menyifatkan usaha berkenaan sebagai salah satu cara terbaik membantu golongan yang memerlukan.
“Boleh buat di semua sekolah. Bantu ringankan beban yang kurang berkemampuan,” komen Yang Sheila.
“Bagusnya sekolah ni. Sekolah anak saya tak ada buat macam ni. Saya barang apa pun tak beli lagi. Duit bantuan sinpan untuk beli buku enam orang yang masih bersekolah,” luah pengguna yang lain.
Ajar anak puasa perlu dilakukan secara berperingkat mengikut umur. Pakar pediatrik Dr Nisa Khalil kongsikan panduan umur sesuai dan cara terbaik melatih anak berpuasa tanpa tekanan.