Sebut sahaja mengenai proses melahirkan anak, pasti ada yang mula terimbau dan mula teringat akan trauma proses ketika melahirkan anak pertama. Tanpa pengalaman malah hanya berbekalkan ilmu dari pembacaan semata-mata ibu berjaya melaluinya dengan tenang.

Melalui sesi Borak Pa&Ma Go Live, turut dikongsikan mengenai topik Aku Tak Takut Beranak yang begitu hebat dikupas oleh tetamu jemputan, Pn Nazira Nazir, penulis buku 9 Bulan 10 Hari.

Melalui perkongsian itu, turut dikongsikan pengalaman pertama kali melahirkan anak juga tip agar jangan pernah merasa takut atau bimbang dikala menghadapi proses itu. Banyak perkongsian ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh bakal ibu kelak.

“Apa yang kita fikir, apa yang kita doa benda itulah yang akan kita alami.

“Kalau kita rasa kita tak ada ilmu nak beranak, kita carilah ilmu berkenaannya supaya kita bersedia nak hadapi detik indah itu,” begitu kongsi Pn Nazira, ibu beranak tiga yang berkongsi tip kepada semua.

Malah kata Pn Nazira lagi, ketika proses mengandung dan ketika hampir detik bersalin, kita berusahalah untuk membantu diri sendiri malah doktor yang merawat kita untuk sama menjayakan proses melahirkan sebaiknya.

“Kita sebagai ibu kena berani bertanya pada doktor untuk bantu doktor yang memeriksa kita. Kita bantu doktor untuk bantu masalah kita. Kita mudahkan kerja doktor yang memeriksa kita sebab kita lebih tahu bayi yang berada di dalam perut kita. Kita boleh rasa baby bergerak-gerak jadi kita beritahulah pada doktor,” kongsinya.

IKLAN

Tip bersalin tanpa koyak

1. Kuasa doa paling mujarab. Setiap pagi selepas solat subuh, mummy buatlah tabung sedekah subuh dan doalah. Masa nak masukkan duit, sebutlah “Ya Allah Ya Tuhanku, dengan sedekah subuhku ini ku mohon padamu Ya Allah agar proses bersalinku ini tanpa koyak tanpa jahit. Ku niatkan sedekahku ini untuk anak-anak yatim yang susah. Lepas sebulan sedekahkanlah duit itu pada anak-anak yatim.

2. Mummy juga perlu ada ilmu. Contohnya jangan angkat pinggul dan sebagainya, ini penting.

3. Untuk suami, bersamalah isteri sekerap mungkin dihujung-hujung kehamilan agar proses bersalin lebih lancar. Bantu isteri buatkan urutan perinium setiap hari agar mudah bersalin tanpa koyak.

4. Jangan lupa beritahu doktor bahawa anda nak bersalin tanpa koyak. Beritahu pada doktor dan doktor akan cuba bantu kita.

5. Masa kita nak meneran tu jangan lupa doakan doktor yang menyambut kelahiran anak kita dan jururawat yang membantu melancarkan proses kita ketika itu kerana inilah detik yang Allah mudah makbulkan doa kita.

IKLAN

Sertai Webinar Aku Tak Takut Beranak

Banyak lagi perkongsian menarik dan tip yang bakal dikongsikan untuk bakal ibu yang bakal menempuh detik bersalin ini nanti di Webinar Aku Tak Takut Beranak pada 27 Jun nanti.

Webinar yang bakal berlangsung secara percuma ini sarat dengan ilmu tidak terkecuali peserta juga dapat memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang webinar itu berlangsung.

Paling menarik pastinya perkongsian hebat daripada barisan speaker berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana yang sudah pasti memberikan ilmu yang cukup bermanfaat untuk kita semua. Jangan lupa sertainya.

IKLAN

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Menarik: Bersalin Tak Koyak, Jahit Pun Tak, Doktor Check Luka Pun Tak Ada, Ibu Ni Kongsikan Tipnya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)