Setiap anak perkembangannya tak sama. Ada yang cepat atau lambat sikit tetapi bila di beri perhatian, anak itu tetap boleh berjaya jika dari awal dah tahu di mana kelemahannya. Jangan hanya sekadar bimbang tapi tiada usaha nak bantu.

Bagi seorang bapa dan juga penulis ilmu keibubapaan, Akhtar Syamir, kisah anaknya yang nampak sedikit lambat sebelum ini tetapi atas usaha yang tak pernah putus asa dan berjumpa pakar akhirnya nampak perubahan yang begitu baik sekali.

Berikut perkongsiannya

Kami berjumpa dengan Pegawai Psikologi Ms Cheng dan Dr. Amar. Saya ditanya mengenai apa yang Akbar boleh dan tidak boleh buat, adik beradik dan persekolahan dia.

Kena Risau Anak Lambat Cakap. Cara Bapa Ini Buat Sangat Membantu

Saya pun cerita, sejak kami mula kesan “Speech Delay” Akbar, kami mula memberi fokus yang lebih kepadanya. Mulai hujung tahun lalu, isteri saya telah berjaya mengajar Akbar untuk tidak memakai pampers dan sudah boleh kencing dan buang air besar dengan sendirinya.

Saya juga ditanya mengenai kelakuan sosial Akbar. Adakah dia boleh bercampur dengan budak lain, suka berkawan dan berkongsi barang? Ini persoalan penting untuk menentukan tahap kemahiran sosial. Jika tidak suka bercampur, menyendiri dan tidak boleh berkongsi, itu antara tanda-tanda autisme.

Alhamdulillah Akbar tiada masalah. Pegawai Psikologi memberitahu yang kebarangkalian Akbar tidak mempunyai peluang untuk bersosial sebelum ini memandangkan dia hanya duduk di rumah dan tidak bersekolah di usia 4 tahun.

IKLAN

Saya bersetuju kerana walaupun baru beberapa hari bersekolah, telah banyak perbezaan pada diri Akbar. Ada perkataan-perkataan baru yang keluar dari mulutnya.

Kemudian, kami dinasihatkan untuk terus memantau dan mendidik Akbar. Saya juga diberi senarai sasaran dan perkara yang perlu dilakukan di dalam masa 2 tahun ini.

Kenapa 2 tahun? Kerana tahun berikutnya adalah darjah 1. Di sini ibu bapa perlu tahu adakah anak kita mampu bersekolah di aliran perdana atau aliran khas.

Di sini, ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran mengenai masalah anak seringkali memaksa anak untuk mengikuti pembelajaran seperti kanak-kanak biasa. Punca utama ialah penafian dan tidah mahu menerima kenyataan yang anak mereka bermasalah dan tidak mampu untuk belajar bersama kanak-kanak yang lain.

Jika diteruskan, anak akan menjadi kecewa dan semakin ketinggalan. Amatlah penting bagi ibu bapa untuk menerima kenyataan dan jika masih ada masa, berusahalah bersama anak untuk mencapai tahap yang mencukupi untuk dia belajar bersama rakan yang sebaya dengannya.

IKLAN

Kena Risau Anak Lambat Cakap. Cara Bapa Ini Buat Sangat Membantu

Antara senarai sasaran dan latihan yang perlu saya berikan adalah :

1. Berlatih bercakap dengan ekspresi. Boleh bacakan buku cerita kepada anak.

2. Sasaran gabungan 3 atau 4 patah perkataan dalam 1 ayat. Contohnya “Nama saya Akbar” atau “makan nasi ayam goreng”.

IKLAN

3. Banyakkan interaksi sosial. Biarkan anak bercampur dengan rakan sebaya. Contohnya 5 tahun dengan yang berumur 4,5 dan 6.

4. Memberi latihan “fine motor skill” (menulis, mewarna, memegang objek kecil).

5. Memberi latihan “Gross Motor Skill” iaitu aktiviti fizikal. Ajar bawa basikal.

6. Berlatih kekalkan fokus anak. Contohnya semasa mengajar menulis, jika anak mula lari fokus, tarik semula perhatian. Jika terlalu kerap, bermakna perlu berhenti sebentar.

Sasaran ini semua perlu mahir sebelum masuk umur 7 tahun. Jika berjaya, bermakna anak boleh teruskan darjah 1 di aliran perdana. Pegawai Psikologi akan menilai semula di dalam temujanji akan datang iaitu 8 bulan dari sekarang untuk melihat adakah kemajuan atau tiada kemajuan dalam jangka masa beberapa bulan ini.

Semoga apa yang disarankan oleh Ms Cheng dan Dr. Amar dapat kami capai sebelum berjumpa semula nanti.

Sumber: Akhtar Syamir

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI