Sebagai ibu bapa, kita perlu kenali emosi anak dahulu supaya dapat asuh anak menjadi pintar dan cemerlang dalam hidupnya! Emosi merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang. Tanpa emosi, diri manusia tidak lengkap. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai pelbagai emosi. Emosi merangkumi pelbagai perasaan termasuk negatif dan positif. Melalui emosi, anak-anak dapat meluahkan perasaan yang tercetus dalam dirinya. Malah, ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan perancangan.
1.Gembira
Membantu kanak-kanak berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang disukai sepanjang hari penerokaan dalam persekitarannya.
2.Marah
Perasaan marah ini membantu kanak-kanak mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang diinginkan dengan melahirkan perasaan geram, mengamuk atau marah dalam bentuk yang bersesuaian.
3.Takut
Ads
Perasaan ini membuatkan kanak-kanak berasa terancam sekali gus membentuk motivasi ingin memastikan keselamatan diri daripada aspek fizikal dan psikologi.
4.Sedih
Perasaan kehilangan iaitu tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih untuk mendapat apa yang diinginkan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
Ads
5.Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan terhadap suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati dan tidak berminat untuk mendekati dan mengambilnya..
6.Cemas
Ads
Ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.
Banyak aktiviti dalaman, terdedah kepada skrin gajet terlalu lama dan tidak mempunyai rehat yang cukup dikesan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes myopia atau rabun jauh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Menurut laporan Harian metro, Perubahan norma yang tidak lagi menumpukan kepada aktiviti fizikal di luar seperti bersukan menyebabkan lebih 30 peratus kanak-kanak iaitu kira-kira dua juta orang mendapatkan rundingan Persatuan Optometris Malaysia (AMO) mengenai masalah penglihatan yang dihadapi terutama sepanjang berada di rumah dalam tempoh berkenaan.
Presidennya, Ahmad Fadhullah Ahmad Fuzai berkata, setakat ini pihaknya menerima banyak rujukan daripada ibu bapa bagi kes rabun membabitkan anak seawal usia tujuh tahun yang mengalami masalah mata sama ada rabun atau masalah ketidakselesaan pada mata.
“Kita ada buat kajian mengenai penggunaan gajet ini. Dalam masa seminggu, sepatutnya boleh menghadap skrin selama dua jam saja dan bila lebih, ia menyebabkan otot mata menjadi kejang.
“Mereka juga perlu rehatkan mata selama 20 minit antaranya bagi mengelakkan kepenatan.
“Saya dapati mereka banyak di rumah, banyak melihat gajet secara dekat dan membaca dalam keadaan berbaring menyebabkan gangguan pada mata.
“Ibu bapa juga mendapati berlaku perubahan kepada anak mereka yang mula mengecilkan mata untuk melihat dengan jelas,” katanya.
Ahmad Fadhullah berkata, peningkatan jumlah kanak-kanak yang rabun menyebabkan pihaknya terpanggil untuk memberi nasihat mengenai penjagaan mata yang sesuai dengan penggunaan gajet atau aktiviti di dalam rumah sepanjang penularan Covid-19.
Menurutnya, kajian pihaknya mendapati antara kebiasaan yang salah menyebabkan penglihatan terjejas ialah postur tidak betul ketika membaca dan pencahayaan tidak sesuai.
“Apabila kita membaca, mata akan lebih tertumpu dan bila gelap, mata kita akan menerima cahaya lebih banyak. Jika berlarutan dalam tempoh yang lama, ia akan menyebabkan rabun.
“Selain itu, pemeriksaan rutin mata perlu dilakukan setahun sekali untuk mengetahui tahap kerabunan sama ada meningkat terlalu tinggi atau sebaliknya.
“Ada pelbagai kaedah penyelesaian termasuk menggunakan teknologi terkini, bukan hanya pemeriksaan seperti yang biasa dilakukan,” katanya.
Oleh itu, pihaknya mengingatkan orang ramai agar memilih optometris bertauliah untuk membuat rujukan mengenai sebarang masalah berkaitan penglihatan bagi mendapatkan pandangan yang tepat.
Kawal tempoh guna gajet
Sayang anak berpada-pada. Itu nasihat pakar mengenai senario ibu bapa yang memberi kebenaran kepada anak menggunakan gajet sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi, Dr Azuraidah Shahadan berkata, kegagalan mengawal tempoh masa penggunaan gajet itu akan menyebabkan anak menghabiskan masa bermain peranti tanpa bergaul dengan masyarakat dan ahli keluarga seperti sepatutnya.
Katanya, ramai ibu bapa yang ‘tewas’ dengan runtunan emosi anak yang merayu meminta dibelikan gajet dan bermain sepanjang masa terutama ketika PKP dan lebih malang, ia dijadikan tanda kasih sayang pada mereka.
“Memang tidak berbaloi jika ada ibu bapa yang menggantikan kasih sayang mereka dengan beri gajet. Ia hanya boleh untuk mengisi masa lapang, namun penggunaannya perlu dikawal sebaik mungkin.
“Kalau ada yang kata guna gajet untuk pendidikan, elemen pendidikan memang ada, tetapi berbeza daripada kaedah yang sewajarnya,” katanya.
Bagi Ketua Seksyen Kaunseling Staf Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Redzuan Zamberi, penggunaan gajet berterusan akan menyebabkan hubungan fizikal yang normal beralih kepada hubungan siber tidak normal.
Katanya, ia akan mewujudkan rasa hilang kepercayaan anak kepada ibu bapa kerana mereka lebih percaya apa yang diperkatakan oleh idola mereka seperti Instafamous, ‘influencer’, Youtuber ternama, ustaz viral atau sesiapa yang diminati.
Bila anak mula pandai mengeluarkan perkataan pertama, ibu ayah adalah orang yang paling teruja sekali. Jika boleh ingin dirakamkan momen tersebut untuk dijadikan kenangan paling berharga.
Perkataan pertama anak adalah penunjuk aras kemahiran bertutur si anak untuk terus berkembang. Maka penting sebenarnya untuk ibu bapa memantau perkembangan pertuturan anak mereka menjelang usia dua tahun.
Menurut Puan Maryam Jamadi, Terapis Carakerja ada lapan perkataan pertama anak yang mesti dikuasai sebagai terlebih dahulu berbanding lain-lain perkataan. Apakah ia? Jom sama-sama semak adakah anak anda sudah menguasainya atau belum.
PERKATAAN PERTAMA ANAK
Semua perkataan penting, tetapi kalau tanya saya perkataan apa yang paling penting untuk anak belajar dahulu, sudah tentu perkataan:
1. Panggilan Mak Ayah. 2. Meminta atau menyampaikan maklumat, seperti “nak” atau “tak nak” sambil menunjuk ke arah yang dikehendaki ataupun “ya”/ “tak” sambil mengangguk atau menggelengkan kepala. 3. Keperluan asasi seperti air, susu atau nasi/makan. 4. Rutin wajib harian seperti mandi, makan, tidur, main, minum susu, buang air kecil dan buang air besar. 5. Panggilan ahli keluarga. 6. Anggota badan. 7. Nama makanan dan minuman. 8. Benda sekeliling seperti cawan, pinggan, bantal, baju, seluar, berus gigi dan sebagainya.
Kalau 8 senarai di atas belum dapat dicapai, usahakan di atas ini dahulu barulah usahakan perkataan “ilmiah” yang lain seperti warna, bentuk, abc, 123, buah-buahan ataupun binatang.
Untuk anak bawah 2 tahun jangan lupa rule 7 saat setiap suku kata ya ☡ Sebenarnya kalau kita selalu cerita apa yang kita sedang lakukan, pergi ke mana, siapa itu ini, makanan apa yang anak sedang makan dan beritahu apa benda sekeliling anak, sangat mudah untuk anak belajar mengenali dan memahami arahan kita.
Apa-apa pun, mak ayah perlu letakkan niat untuk anak belajar bercakap untuk memudahkan anak menyampaikan info pada kita dan bukannya untuk berlumba serta membandingkan siapa paling cepat pandai bercakap atau belajar.
Setiap perkembangan anak adalah berbeza, di atas ini adalah daripada pengalaman sebagai ibu dan pediatric occupational therapist. Semoga bermanfaat, terima kasih.
Makanan sememangnya memainkan peranan yang cukup penting buat anak-anak kita yang sedang membesar. Memilih makanan yang sihat dan penuh nutrisi adalah satu tanggungjawab besar bagi semua ibu bapa.
Makanan sebenarnya bukan hanya untuk membekalkan nutrisi buat tubuh tetapi paling penting mempengaruhi perkembangan otak anak untuk membesar.
Ms Valerie Kong daripada KPJ Klang berkongsi fungsi makanan dan apa yang terbaik untuk ibu bapa ketahui mengenai makanan yang diberikan buat anak-anak.
Makanan Untuk Otak
Pertumbuhan bayi dari sejak dilahirkan amat mempengaruhi perkembangan otaknya. Perkembangan otak yang baik juga akan membantu anak memiliki memori otak dan keterampilan yang baik untuk membesar.
Nutrisi dan gizi yang mencukupi sememangnya dapat mengoptimalkan kemampuan otak anak untuk berkembang. Sebenarnya kandungan nutritsi ideal terkandung di dalam setiap makanan yang kita berikan buat anak-anak.
Akan tetapi, ada beberapa makanan tertentu yang memiliki fungsi khusus, iaitu meningkatkan kecerdasan anak. Makanan ini biasanya digelar sebagai “ Brain Food”. Makanan- makanan ini dipercayai boleh meningkatkan konsentrasi dan daya ingat serta merangsang pertumbuhan sel-sel otak.
Makanan-makanan yang berkhasiat sememangnya penting kerana ia berupaya membantu kanak-kanak dari segi tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak. Dalam masa yang sama, makanan turut menyumbang kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Makanan Paling Baik
Antara makanan otak untuk kanak-kanak yang paling biasa disyorkan ialah ikan salmon, tuna, telur, kekacang, bijirin, pelbagai jenis beri, pelbagai jenis sayur, susu, yogurt dan juga protin yang rendah lemak.
Berikut merupakan senarai makanan dengan nutrisi yang terkandung di dalamnya.
1. Salmon (Omega 3 fatty Acid, DHA, EPA)
Menjaga kelenturan otak, meningkatkan inteligensi, tingkah laku, emosional dan sosial.
Meningkatkan daya tumpuan dan memikiran yang lebih tajam.
2. Telur (Sumber protin yang penting, kandungan kolin yang tinggi)
Kolin penting untuk membantu perkembangan daya ingat atau memori.
3. Kekacang (Banyak energi yang dibekalkan oleh kekacang seperti karbohidrat kompleks dan protein)
Dapat memberikan energi lebih lama dan membantu kemampuan berfikir kanak-kanak.
4. Gandum murni/Oat (kaya dengan vitamin B, E, kalium dan Zink)
Membekalkan energi yang penting untuk otak.
Membantu perkembangan dan kesihatan sel-sel dan saraf tissues supaya otak berfungsi optimal.
5. Sayur-sayuran berwarna
Contoh sayur: bayam, ubi jalar merah, brokoli, tomato, lobak merah, labu, kobis merah
Kaya nutrisi dan antioksidan yang membatu sel-sel otak menjadi sihat.
6. Buah Berry (Antioksidan, vitamin C, omega 3)
Mencegah kanser, perbaikan fungsi day ingat
7. Susu & Yogurt (Vitamin B)
Meningkatkan pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter, sumber energy otak.
8. Protein Rendah Lemak (Zat besi)
Membantu anak tetap berkonsentrasi, menjaga daya ingatan.
Tip Dan Cara Masak
Cara yang paling sesuai untuk menyediakan makanan untuk anak-anak adalah dengan “Clean Eating Method” iaitu seasli yang boleh. Ajar anak-anak kita untuk makan buah-buahan dan sayur yang segar.
Belajar untuk makan sayur-sayuran tanpa mengunakan minyak yang banyak. Disarankan mengikut cara makan sihat seperti kurang minyak, garam dan gula.
Untuk kanak yang “Picky Eater” resipi pengolahan boleh digunakan supaya makanan nampak lebih menarik. Pilihlah makanan yang benar-benar baik untuk kecerdasan otak supaya anak makin pintar seiring dengan perkembangan fisikal dan mentalnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.