Mempersiapkan suapan pejal pertama untuk anak pastinya mendebarkan bagi semua ibu-ibu. Namun ada caranya untuk memastikan anak berselera dan tidak terkejut dengan makanan yang diberi.

Perkongsian Ekin Tumiran dari Darwisyah Little Sweet ini boleh mama jadikan panduan dalam mempersiapkan menu untuk anak. Paling penting kena bermula dengan semi solid food dulu. Mengapa?

Mama kena tahu ni!


SARANAN UNTUK ANAK UMUR 6 BULAN

Ramai ibu-ibu yang wasap saya tanya apa menu yang sesuai untuk baby yang baru masuk 6 bulan. Baru nak start makan.

Kenalkan ‘Semi Solid Food’ Dulu Untuk Anak 6 Bulan, Barulah Anak Makin Selera!

 

Di sini saya ringkaskan sikit ye mengikut apa yang saya buat dan apa saya paham.

  1. Kalau baby baru masuk 6 bulan, tentunya baby dah boleh start makan, mulakan dengan semi solid food dahulu. Tekstur makanan baby pula mestilah halus. Ni sebab baby baru nak kenal makanan dan nak bagi perut baby tak terkejut, jadi kena bagi perlahan-lahan dan ikut step by step.

2. Air masak dah boleh bagi bila baby dah start makan.

IKLAN

3. Biasanye 1 jenis makanan tu saya akan bagi 4 hari berturut-turut untuk pastikan baby serasi atau tak.

4. Untuk baby 6 bulan, boleh tambahkan EVOO (extra virgin olive oil) dalam puri baby, cukup sekadar 2 atau 3 titis untuk baby 6 bulan.

Ok nii antara menu untuk baby 6 bulan, terpulang pada ibu-ibu nak bermula dengan puri bubur kosong, puri sayur atau puri buah.

Kenalkan ‘Semi Solid Food’ Dulu Untuk Anak 6 Bulan, Barulah Anak Makin Selera!

4 Day Rules
(Buat 4 hari berturut-turut)
——————–

  • Hari 1-4 = Puri Carrot
  • Hari 5-8 = Puri Sweet Potato
  • Hari 9-12 = Puri Pear Hijau
  • Hari 13-16 = Puri Avocado
  • Hari 17-20 = Puri Bubur Kosong
  • Hari 21-24 = Puri Pisang
  • Hari 25-28 = Puri Epal Merah
  • Hari 29-30 = Puri Buah Naga

Kalau baby tak serasi, boleh stop dan tukar puri lain. Contoh tak serasi (baby akan sembelit, cirit birit atau naik merah).

IKLAN

Antara puri lain yang sesuai untuk baby 6 bulan :

 Betik
 Labu
 Mangga
 Apricot
 Butternut Squash
 Peach
 Plum

Ni hanya menu cadangan, kalau tak nak ikut turutan tu boleh tukar ikut mana yang ibu-ibu suka dan yang ada stok kat dapur.

Kenalkan ‘Semi Solid Food’ Dulu Untuk Anak 6 Bulan, Barulah Anak Makin Selera!

CARA2 BUAT PURI BUAH/SAYUR
————————-

IKLAN
  1. Bolehlah pilih sayur/buah yang bersesuaian dengan umur anak.

2. Bersihkan dan potong sayur/buah. Potong dadu pun boleh.

3. Kukus buah/sayur sehingga masak. Kalau rebus khasiat dah kurang sikit.

4. Blend buah/sayur sehingga halus.

5. Sejukkan sekejap dan boleh bagi anak makan.

6. Kalau nak simpan dalam freezer disarankan pack untuk sekali makan. Simpan dalam freezer tahan selama 3 bulan. Peti biasa (chiller) tahan dalam 3-5 hari.

*Puri pisang, avokado dan betik tak perlu kukus, terus blend halus.

Semoga Bermanfaat..

Kredit: Ekin Tumiran, Darwisyah Little Sweet

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI