Kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami masalah peluh berlebihan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Mungkin berpeluh lebih banyak daripada biasa semasa hamil kerana berlakunya turun naik dalam tahap hormon. Walaupun ia tidak selesa, peluh dianggap normal semasa kehamilan dan boleh diatasi dengan baik.
Dalam hal ini, anda mungkin dilanda masalah peluh berlebihan sepanjang tempoh kehamilan. Peningkatan suhu badan ketika hamil sebenarnya cara untuk mengimbang suhu badan.
Bukan itu sahaja, masalah peluh ini dikatakan lebih banyak berlaku pada waktu malam berbanding siang hari. Situasi ini dikenali sebagai peluh malam atau hiperhidrosis tidur yang biasanya dianggap sebagai salah satu gejala menopaus.
Walau bagaimanapun bagi kes wanita hamil, ia mungkin berlaku disebabkan oleh peningkatan mendadakdan penurunan hormone estrogen dan progesterone.
Punca peluh berlebihan
Ads
Sesetengah wanita mungkin berpeluh pada saing hari manakala yang lain pada waktu malam. Beberapa orang mungkin berpeluh pada kedua-dua waktu ini.
Berikut adalah punca anda berhadapan dengan masalah peluh berlebihan ketika mengandung:
1. Peningkatan metabolism
Tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyokong janin yang semakin membesar sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kadar metabolism. Hal ini sekaligus akan mengaktifkan kelenjar peluh anda yang menyebabkan penghasilan peluh dengan lebih banyak.
Ads
2. Masalah hypertiroid
Sekiranya ibu hamil menghidapi penyakit hipertiroid semasa hamil, anda mungkin mengalami peluh yang berlebihan pada bila-bila masa tidak kira waktu siang mahupun malam. Keadaan ini akan terus berlaku hinggalah tibanya waktu untuk bersalin.
3. Kadar gula dalam darah yang rendah
Keadaan ini dipanggil sebagai hypoglycemia semasa mengandung boleh menyebabkan anda berpeluh secara berlebihan.
4. Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu seperti acetaminophen atau aspirin untuk mengurangkan tahap glukosa, demam, antipiretik atau anti hipertensi boleh mengakibatkan anda mengalami masalah peluh yang banyak.
5. Meningkatkan aliran darah
Aliran darah akan mengalami peningkatan semasa mengandung yang menjadikan tubuh anda berasa lebih hangat dan merangsang peluh untuk keluar.
Ads
6. Jangkitan
Masalah kerap berpeluh juga berkait rapat dengan jangkitan kuman pada saluran kencing semasa hamil.
7. Tahap progesterone yang tinggi
Semasa anda mengandung, tahap hormone progesterone di dalam badan akan meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap suhu badan yang membuatkan anda mudah berpeluh.
Makan makanan pedas atau minum minuman berkafein, meletihkan tubuh anda dengan terlalu banyak aktiviti fizikal atau senaman yang sengit boleh menjadi sebab lain untuk berpeluh lebih banyak semasa kehamilan.
Dapatkan nasihat doctor jika masalah ini mengganggu ibu hamil atau pun menjadi berpanjangan. Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarlah orang kata, saat mengandung, melahirkan dan menjaga anak, besar sangat pengorbanan ibu. Malah rezeki setiap orang juga lain-lain. Ada yang mudah bersalin, tak kurang juga menahan sakit kontraksi berjam-jam.
Dalam hati seorang ibu, hanya mengharapkan anak dilahirkan selamat dan sihat walaupun sakitnya Allah yang tahu. Bersalin normal atau czer tak kisah asalkan semuanya dipermudahkan.
Bila semuanya selamat, tempoh berpantang juga perlu dititikberatkan dan dalam fasa ini apa saja boleh berlaku. Bagi yang bersalin czer, luka pembedahan harus dijaga dengan baik bagi elakkan sebarang masalah lain.
Seperti kisah ibu ini, Puan Nur Shafiqah Hanif, selepas 15 hari bersalin secara pembedahan untuk anak keduanya, dia perlu melalui lagi pengalaman masuk ke bilik bedah buat kali kedua.
Walaupun trauma sewaktu bersalin itu belum hilang lagi, kali ini dia perlu lagi melakukan pembedahan membuang ovari dan tiub fallopian sebelah kanan dan apendiks. Ini kerana ovari dan tiub itu dah bernanah dan risau akan merebak ke paru-paru.
Difahamkan ovari dan tiub itu ada nanah kerana disebabkan makan ikan haruan terlalu awal ketika berpantang.
Demam sampai terketar-ketar, perut belah kanan terlampau sakit
Bismillah dapat sikit kekuatan nak bercerita..
2 Februari 2021 5am . 15 hari baru czer lahirkan anak, diuji pulak dengan masalah lain. Aku dikejutkan dengan demam ketar perut belah kanan sakit sangat even tak ditekan . Tak sanggup tanggung sakit, minta suami hantar ke hospital. Sampai sana dia orang ambil sampel air kencing , darah and xray . Dari pukul 6 pagi sampai pukul 12 baru dapat result .
Aku dikjutkan dgn pnyakit apendik , dalam kapala terpikir allahu aku kene oprate pulak ni allahu kuat ke aku ni. Okey dorang tranfer aku ke hospital lain naik ambulans, allahu dalam ambulanss bertmbah-tambah lagi sakit sebab ambulans kan laju langgar je semua . Aku cuba istigfar mengucap dah nak smpai hoshas. Alhamdulilahh sykur sangat dah sampai . Sampai-sampai sana dalam pukul 2 macam tulah . Duduk zone kuning . Doktor sane repeat scan yes nampak mcm ade apendikk . Lepass tu naik dewan bersalin untuk scan pendarah kat czer alhmdulilah takde apa. Lepas tu sementara nak tunggu oprate, aku dimasukkan wad dahulu .
Kat situ macam-macam drama berlaku berlinang airmata call ibu call abah call makayah mrtua call tokayah wsp fmily trdekat wsp group kawan-kawan mintak solatkan hajat untuk aku doakan aku selamat . Semua blinang airmta, aku cari kekuatan kat mereka . Yelahkan bius 1 bdan aku takut dah takleh sedar. Suami dari start smpai hoshas dari petang sampai ke malam ada dekat sisi . Meratap meraung sama-sama . Allahu tuhan je tahu . Tak pernah suami aku down gitu . Tapi dia nampak kuat sebab tak nak bagi aku lagi lemahh semangat.
Pukul 10 malam masih takde panggilan dari bilik oprate, sebab kes banyak . Aku ni kategori emergency jugak tapi tak teruk apendikk je kan . Ok turn ak no 3 . Pukul 12 gitu baru blik ot call stanby nak oprate , aku dah start berlinang airmata . Berpisah dengan suami diluar blik ot . Aku sorang-sorang masukk aku istgfar mengucap selawat . Masuk-masuk bilik oprate dorang masukkan aku gas lepas tu dorang ajar aku cara bernafas dengn betul . Seingat aku last dorang cakap , puan kami nak masuk buat bius nie . Lepassstu aku tak sedar apa dah.
Bukan saja apendik, ovari juga bernanah dan perlu dibuang
Nak dijadikan cerita aku sedar pkul 5 pagi deme allahu 3 jam aku oprate 3 jam jugak mereka nak sedarkan aku. Aku keluar dari bilik oprate suami aku takde. Rupanya suami aku dekat suh berehat sebab nak sedarkan aku terlalu lama. Suami aku tunggu kat wad aku msuk, tapi aku dipindahkan ke wad lain, okey misi call suami suh bwak brg² . Okey suami dtgg , masa tu SUAMI TERANGKAN KAT AKU PASAL OPRATE TADI . AKU TAK KUAT NAK DENGAR . RUPANYE BUKAN SETAKAT APENDIK JE DORANG BUANG TAPI DORANG BUANG OVARI BELAH KANAN DAN TIUB.
Masa pantang, terlalu awal makan ikan haruan
Suami terangkan dekat aku yang tandatgan . Doktor trangkan kat dia ovari dan tiub aku ada bernanah , korang tau sebab apa? Sebab ikan haruan. Allahu memang salah aku makan ikan haruan terlalu awal. Doktor cakap kalau tak buang takut merebak ke paru-paru dan aku boleh out. Allahu, suami tak saggup hilang aku dia tandatangan jugak.
Tapi untuk mgandung lagi boleh sebab maseh ada ovari sebelah kiri . (Tu ak nk prtimbangkan nty ak dh rase serik nk ngdung lagi) okey lpastuu aku down gila ramai tanya kenapa apa semua . Tapi aku takde kekuatan lagi . Paling aku sedih aku dipasangkan tiub kat perut dalam mase 24 jam untuk buang nanah-nanah yang masih lekat ( maaf xleh tampilkan gbr nk tgk pm tepi) aku tak boleh bangun sebab masih ada tiub dekat perut 100% suami uruskan bengkak susu apa semua suami buat . Aku maseh lemah .
3hb aku masih bertarung dengan sakit, dorang offkan tiup kencing so terpaksa suami angkat aku ke tandas . Kat tiub perut tu betapa sakitnya allahu ,seksanya . 4hb pkul 10 pagi baru dorang buang tiub kat perut alhamdulilah ringgan sikit beban aku . Tapi nak bangun tu sakit lagi lah. Masa dorang buang tiub kat perut tanpa biuss, sakit tuhan je tahu allhuakbar, aku cuba kuat sekuat kuatnya, suami dah tak boleh naik jaga dah tak bagi. Takpelah aku cuba kuatkan diri . Sekarang aku dah boleh slow-slow bangun even masih sakit . Suami kena masuk time waktu melawat jee . Sekarang masih di wad lagi . Mintak-mintak lah esok lusa dah boleh balik . Aku rindukan anak-anak aku. Maaf terlalu pnjg bcritaa.
Ingt lpas beranak czer kalau sayangkan rahim korang jangan makan ikan haruan. Luar nampak cantik dalaman kita tak tahu . Aku dah terkena, so korang sayangi lah rahim korang. Aku nk share kan pengalaman aku tak nak wanita-wanita kat luar sana rasa macam mana aku rasa . Doakan aku cepat sembuh dan boleh balik yee.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rawat Kulit Tumit Kaki Merekah, Hasilnya Kulit Bersih & Lembut Macam Bayi
Rekahan di sekeliling tumit dan sekitar tapak kaki memang tampak hodoh dan mencacatkan penampilan. Biasanya ada ramai ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah tumit kaki merekah dan pecah-pecah.
Bagaimanapun masalah tumit kaki merekah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika tidak menjaga kebersihan dan kesihatan kaki, ia mudah sahaja terjadi. Apabila berada dalam keadaan ini, keinginan untuk menyarung kasut jenis terbuka sering kali terpaksa dilupakan.
Masalah tumit kaki merekah tidak boleh dibiarkan tanpa dirawat. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, keadaan tapak kaki akan menjadi semakin teruk sehingga boleh menyebabkan kesakitan.
Berikut dikongsikan tip untuk merawat tumit kaki daripada merekah. Tidak dapat dinafikan bila tumit kaki merekah, kita rasa segan nak pakai kasut yang jenis terbuka. Rasa kurang keyakinan diri. Kalau boleh tak mahu langsung buka kasut bila ada di hadapan orang.
Apabila tumit kaki merekah, automatik kulit tapak kaki jadi kasar. Memang tak selesa! Mungkin anda sudah cuba berbagai jenis krim dan losyen bagi mengatasi masalah ini namun tidak memberi kesan.
Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Nur Sumayyah Petua ini juga elok diamalkan bagi melegakan kaki yang lenguh. Dapat merehatkan kaki daripada ketegangan. Cubalah mama!
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Ubat kumur Listerine (botol ungu) Apple cider (cuka epal)
Kunci utamanya ialah mesti kena rajin dan konsisten buat ya.
1️⃣ Rendam kaki sekejap dalam air suam selama 5 minit.
2️⃣ Kemudian letak 1 hingga 2 penutup listerine ke dalam air rendaman.
3️⃣ Masukkan 1 hingga 2 sudu makan apple cider (cuka epal) ke dalam air rendaman.
4️⃣ Kacau bahan-bahan ini biar sebati. Rendamlah kaki anda selama lebih kurang 30 minit.
5️⃣ Apabila telah selesai merendamkan kaki, skrub tumit kaki dengan span dan lap kering. Sapukan krim tapak kaki untuk melembapkan tapak kaki. Anda akan dapat lihat hasilnya kulit kaki anda akan lembut seperti kulit bayi.
Ini perbezaan yang boleh dilihat:
SEBELUM:
SELEPAS:
Amalkan dua hingga tiga kali seminggu untuk hasil yang memuaskan. Selamat mencuba!
Setelah disahkan bebas kanser limfoma tahap empat, tiada yang lebih bermakna buat penyanyi, Elyana. Seolah-olah dapat satu ‘kehidupan baru’ yang selama ini ditunggu-tunggu.
Menurut Elyana, 35, atau nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal, dia mengakui tidak mahu terlalu gembira apabila sel kanser sudah tiada, sebaliknya, Elyana bersyukur apabila doanya untuk sihat dimakbulkan Tuhan.
“Saya lega… Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.
“Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan. Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya.
Berat badan dah naik, selera makan bertambah
Bukan sekadar tampak sihat dan ceria, berat badan Elyana juga bertambah.
“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.
“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” katanya.
Bercerita lanjut, Elyana berkata, pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.
“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” katanya.
Anak-anak paling gembira
Elyana berkata, dua anaknya iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani menjadi insan paling gembira sebaik mendapat tahu dirinya pulih daripada kanser.
“Anak-anak saya paling gembira terutama Cinta sebab dia sudah besar. Sejak Cinta berusia enam bulan, saya disahkan menghidap kanser.
“Sekarang, umur Cinta sudah menginjak 11 tahun. Dia dapat rasa perbezaan ibunya dahulu dan sekarang.
“Kalau dahulu, pergi bercuti pun, ibu tidak boleh temani dia melakukan aktiviti seperti mandi kolam kerana hanya terbaring di dalam bilik disebabkan penat.
“Sekarang, Cinta gembira sebab semua aktivitinya saya sertai sama,” katanya.
Elyana mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2017. Sebelum ini, sel kanser menyerang dan merebak ke beberapa organ badan Elyana seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!