Bila bayi dah mula makan ada sebabnya kenapa ibu tak digalakkan perkenalkan pelbagai makanan serentak kepada bayi. Sebenarnya proses bayi mula belajar makan bermaksud dia sudah bersedia untuk diperkenalkan kepada pelbagai jenis rasa dan tekstur makanan selain susu ibu yang diminum selama enam bulan pertamanya.
Keterujaan ibu memperkenalkan makanan kepada bayi yang sudah mula makan makanan pejal kadangkala melebihi had yang sepatutnya. Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran hendak diberikan kepada bayi dalam masa yang serentak. Saiz perut bayi anda masih kecil untuk menerima pelbagai jenis makanan dalam satu masa.
Sebaiknya, ibu jangan terburu-buru memperkenalkan semua jenis makanan kepada bayi. Walaupun anak anda kelihatan berselera merasa makanan yang disuap tetapi ia bukan bermaksud anda boleh memberikan dia semua jenis makanan.
Pemberian makanan awal kepada bayi mesti disesuaikan dengan tahap usianya. Bayi usia enam hingga sembilan bulan yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal sepatutnya diberi makan puri buah-buahan dan puri sayur-sayuran terlebih dahulu.
Ads
Apabila dia semakin menghampiri ulang tahun pertamanya, baharulah boleh diperkenalkan kepada makanan pejal yang bervariasi tetapi mesti yang bertekstur lembut.
Mengapa kita perlu memperkenalkan makanan mengikut tahap perkembangan bayi dan usianya?
1. Kerana mudah bagi kita untuk mengenal pasti sekiranya bayi mempunyai sebarang alahan terhadap makanan yang diberikan.
Ads
2. Mengikut peraturan pakar pemakanan, sebaiknya perkenalkan satu jenis buah dan sayuran dalam masa beberapa hari kepada bayi anda mengikut 4 day rules. Contohnya, ibu boleh memberikan pisang kepada bayi selama empat hari berturut-turut. Ini kerana alahan terhadap makanan hanya boleh dikesan selepas empat hari dia makan makanan tersebut.
3. Semakin meningkat usia bayi (12 bulan ke atas), ibu boleh mula memperkenalkan bubur nasi yang dicampur dengan sayur, daging, ayam atau ikan (dikisar).
Ads
4. Ibu juga boleh mula memperkenalkan makanan jejari seperti lobak merah, kacang buncis, brokoli yang direbus atau biskut bayi. Kelebihan pemberian makanan jejari iaitu boleh melatih kemahiran bayi memegang makanan dan merangsang pertumbuhan giginya.
Jangan obses ya ibu! Biarkan bayi menikmati pengalaman pemakanannya dengan bertenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita semua telah sedia maklum bahawa SAYUR dan BUAH dapat memberikan vitamin, antioksidan, serat & air pada tubuh badan. Bagi kanak-kanak terutamanya, ianya penting dalam perkembangan tubuh badan serta dapat meningkatkan sistem imunisasi badan mereka.
Tambahan lagi, dengan masalah kesihatan yang dunia sedang hadapi sekarang, anda pastinya risau kerana rasa susah sangat serta tidak tahu cara nak bagi anak makan sayur dan buah kan?
Dah cuba bagi anak makan tapi dia tetap menolak bila dihidangkan sayur dan buah kepadanya? Jom baca tips yang diongsikan ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu memberi idea kepada semua ibubapa diluar sana!
1. Potong buah dan sayur dalam bentuk yang menarik
Buah dan sayur boleh disediakan dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakannya. Makanan yang disediakan dalam bentuk yang cantik dan menarik dapat membantu dalam menarik minat dan perhatian anak anda untuk mencuba makanan tersebut. Contohnya anda potong carrot atau pisang dalam bentuk bintang, anda boleh ajak anak anda sama-sama susun bintang tersebut di atas pinggan sambil menyanyi lagu “Twinkle twinkle little star”. Dengan melakukan perkara tersebut, ianya dapat membantu anak berasa gembira ketika makan dan mengurangkan tekanan untuk mereka mencuba sayur dan buah yang dihidangkan. Anda memang akan rasa dan nampak seperti anak bermain dengan makanan, tetapi anda perlu ingat, perkara ini mungkin dapat menarik minat mereka serta meningkatkan kepercayaan mereka untuk makan sayur atau buah yang dihidangkan. Sentiasa jadikan waktu makan perkara yang menyeronokkan kerana kanak-kanak belajar dengan cara bermain!
2. Masukkan sayur dalam makanan kegemaran anak
Cara ini dapat membantu mengurangkan ketakutan mereka dalam mencuba makanan baru, contohnya dalam hal ini, anda ingin anak makan sayur atau buah. Ini kerana, agak sukar bagi seseorang kanak-kanak untuk terus mencuba makanan baru dalam bentuk dan rasa yang tidak pernah mereka nampak atau makan. Oleh itu, sebagai langkah permulaan, anda boleh cuba untuk masukkan sayur atau buah ke dalam makanan kegemaran mereka. Contohnya mereka suka makan nugget, anda boleh buat nugget sendiri dan masukkan sayur ke dalam bahan adunan anda. Cara ini dapat membantu menambah pengambilan sayuran dalam diet anak. Antara cara yang lain adalah, anda boleh sertakan sayur atau buah yang ingin anda perkenalkan ke dalam pinggan yang ada makanan kegemaran anak. Jangan letak terlalu banyak, letakkan sedikit dahulu. Untuk permulaan, anak anda mungkin tak akan menyentuhnya, tetapi lama kelamaan, kebarangkalian untuk anak lihat dan mula berinteraksi dengan makanan tersebut dengan cara mencucuk makanan ini menggunakan sudu atau memegang makanan tersebut dan makan tetap ada. Dalam hal ini, ibubapa perlu kreatif!
3. Buat aiskrim buah bersama-sama dengan anak
Daripada anda berikan aiskrim dari luar yang mana sangat tinggi kandungan gula, anda boleh buat dan berikan pada anak aiskrim yang berkhasiat dan bukan itu sahaja, anda dapat melatih anak untuk makan makanan seperti buah. Anda boleh ajak anak sama-sama menghasilkan aiskrim ini. Ajak anak potong buah dan masukkn ke dalam pengisar, kemudian ajak anak anda untuk letakkan bahan kisar tadi ke dalam acuan. Pasti anak anda akan rasa gembira dan aktiviti ini dapat membina hubungan bersama anak dan memori yang baik. Selalunya, kanak-kanak lebih suka makan makanan yang ada melibatkan penglibatan mereka kerana mereka telah membina kepercayaan terhadap makanan yang dihasilkan sepanjang proses penyediaan makanan terbabit.
4. Ajak anak buat smoothie buah & sayur
Anda boleh hasilkan smoothie yang berkhasiat pada anak anda. Cara ini juga dapat mengurangkan tekanan ketika mereka mencuba buah dan sayur kerana apabila menjadi smoothie, ianya bukan lagi dalam bentuk rupa asal makanan tersebut. Bagi mencuba makanan baru, ia akan mengambil masa serta anda perlu kreatif. Anda boleh ajak anak sama-sama potong buah dan masukkan semua bahan ke dalam pengisar serta minta anak untuk tekan butang pengisar tersebut. Jangan lupa untuk puji anak kerana berjaya mengisar bahan-bahan tadi! Kanak-kanak sangat sukakan pujian dan respond daripada ibubapa. Setelah bahan-bahan tadi berjaya dikisar, minta anak masukkan bahan-bahan yang telah di kisar ke dalam cawan, hias cawan tersebut bersama anak dan minum! Yummy!
5. Kenalkan sayur dan buah pada anak berulang kali
Sekiranya anak tak mahu makan sayur dan buah yang anda beri, anda perlu teruskan usaha untuk perkenalkan kepada mereka. Jangan putus asa ya! Untuk membolehkan seseorang kanak-kanak menerima sesuatu makanan, mereka perlu dapat lebih 20 kali pengenalan pada sesuatu makanan tersebut. 10 kali untuk beri peluang pada mereka untuk menerima makanan itu seperti nampak kewujudan makanan tersebut manakala 10 kali diperlukan untuk mereka membuat keputusan sama ada mereka menyukai makanan tersebut atau tidak. Anda dah cuba lebih dari 20 kali? Ibubapa perlu ingat, tak semua kanak-kanak hanya memerlukan 20 kali pengenalan makanan. Berkemungkinan juga anak anda memerlukan lebih daripada 20 kali. Apa yang penting adalah anda teruskan usaha anda!
6. Makan sayur dan buah dihadapan anak
Anda sendiri adalah contoh yang terbaik buat anak anda. Anak lebih suka untuk meniru apa yang ibubapa, adik beradik atau orang sekeliling mereka lakukan. Oleh itu, sekiranya anda mahu anak anda makan sayur dan buah, anda sendiri perlu sertakan sayur dan buah ke dalam diet anda dan makan di hadapan mereka. Boleh cakap “Emmm! Sedapnya sayur ni! Nyum! Nyum! *sambil buat aksi yang menarik supaya dapat menarik perhatian anak untuk pandang apa yang anda sedang buat. Di meja makan, pastikan semua ahli keluarga makan sayur dan buah. Apabila anak nampak, berkemungkinan bagi anak meniru untuk makan sayur dan buah adalah tinggi kerana terikut dengan apa yang orang disekelilingnya lakukan.
7. Ajak anak sama-sama sediakan makanan
Anak akan berasa seronok bila diberi peluang untuk mereka menyediakan makanan bersama dengan anda. Cara ini juga mampu meningkatkan peluang untuk anak mencuba makanan yang mereka hasilkan sendiri serta dapat menghasilkan memori yang mengembirakan bagi anak. Contohnya anda boleh ajak anak basuh buah dan sayur, keluarkan sayur atau buah dari peti sejuk untuk dimasak (anda boleh kenalkan pada anak sayur atau buah yang anak ambil supaya anak berasa semakin selesa dan kenal dengan makanan tersebut) atau anda boleh minta anak untuk susun buah yang telah dipotong oleh anda di atas pinggan. Apabila wujud penglibatan anak disepanjang proses penyediaan makanan ini, ianya dapat membina kepercayaan terhadap makanan tersebut dan sekaligus dapat meningkatkan potensi untuk anak makan makanan tersebut.
8. Buat aktiviti WARNA & COP bentuk menggunakan buah dan sayur
aktiviti ini bersama anak, ianya dapat mengurangkan rasa takut anak pada makanan tersebut dan dapat mewujudkan memori yang mengembirakan. Bermain adalah cara terbaik untuk kanak-kanak belajar. Ini kerana, mereka dapat melakukan aktiviti yang mengembirakan hati mereka seperti cop bentuk menggunakan sayur dan buah yang telah dipotong di atas kertas. Cara ini bertindak sebagai pendedahan awal untuk anak supaya tidak takut untuk menyentuh buah dan sayur. Ya, aktiviti ini nampak seperti hanya bermain tetapi sebaliknya, ia dapat memberi kebaikkan pada anak dalam membiasakan diri mereka apabila dikenalkan dengan sayur dan buah. Pendedahan awal penting dalam memastikan usaha supaya anak suka untuk makan sayur dan buah berjaya!
9. Puji anak anda apabila mereka menunjukkan usaha untuk makan
Sentiasa ingat untuk puji anak anda sekiranya mereka berjaya sentuh makanan (buah atau sayur) atau makan makanan yang dihidangkan pada mereka. Tunjukkan yang anda menghargai usaha yang telah mereka pamerkan. Kata-kata pujian yang diberikan oleh ibubapa dapat menaikkan semangat anak untuk mencuba makanan yang diberikan kepada mereka. Contohnya, anda boleh katanya “Wahhh! Anak mama pandai makan buah!”*sambil tepuk tangan. Selain itu boleh beri kata-kata yang dapat memberi semangat untuk mereka mencuba sayur seperti “Makan sayur boleh jadi kuat tau! Kuat macam ayah!”, ataupun boleh bagi contoh kartun kegemaran anak.
10. Jangan paksa dan elak beri kuantiti yang banyak
Untuk permulaan, berikan sedikit sahaja kuantiti sayur dan buah pada anak. Sekiranya anak hanya menggigit atau mengunyah kepingan kecil sahaja, jangan risau! Ianya akan membantu mereka untuk meneroka tekstur dan rasa sebelum mereka mampu untuk makan kesemuanya. Anda dinasihatkan untuk tidak memaksa anak untuk mencuba makanan yang baru anda kenalkan kepada mereka bagi mengelakkan mereka trauma ketika makan. Sekiranya mereka diperlakukan dengan kasar ketika makan, anak akan terus menerus menolak makanan yang diberikan pada mereka dan waktu makan akan menjadi waktu yang sangat menakutkan bagi anak. Selain itu, elakkan penggunaan gadjet dimeja makan supaya anak sedar dengan kewujudan makanan yang dihidangkan pada mereka dan keadaan sekelilingnya. Pastikan suasana ketika makan itu tenang dari sebarang gangguan (contohnya televisyen, telefon) dan jadikan waktu makan sebagai waktu yang menyeronokkan sehinggakan mereka tidak sabar menunggu tibanya waktu makan.
11. Beri masa pada anak
Anda jangan terlalu memaksa anak untuk makan sayur dan buah. Berikan mereka masa untuk anak mengenali makanan tersebut supaya mereka dapat mewujudkan rasa percaya, selesa dan suka pada makanan yang baru diperkenalkan ini. Anda perlu ingat, untuk membolehkan anak anda mencuba sesuatu makanan baru, mereka perlu lalui 6 langkah ini iaitu:
Anak ada TOLERANSI dengan makanan. Anak dapat menerima kewujudan makanan tersebut di hadapan mereka atau dipersekitaran mereka. Contohnya ketika mereka makan, makanan yang anda ingin kenalkan pada mereka diletakkan jauh sedikit dihadapan pinggan makan anak dan anak memberi respond dengan melihat makanan tersebut tanpa menangis.
Anak ada INTERAKSI dengan makanan. Berinteraksi tidak semestinya bercakap ya. Contohnya anak anda menuang air dalam cawan, menyenduk nasi ke dalam pinggan.
BAU makanan. Anak cuba untuk bau makanan atau mampu bertolenrasi dengan bau sekelilingnya. Bau dan rasa berkait rapat antara satu sama lain. Apabila anak dah mula bau makanan, anak akan mula untuk meneroka makanannya dengan lebih dekat.
Anak cuba SENTUH makanan. Anak cuba untuk menyentuh makanan menggunakan peralatan seperti sudu dan menyucuk makanan, mengambil makanan dengan tangan mereka sendiri dan makan atau cuba meramas-ramas makanan mereka.
Anak RASA makanan. Anak akan cuba mengigit makanan kemudian keluarkan makanan tersebut kembali atau menelan makanan dengan bantuan air.
Akhirnya anak MAKAN makanan yang diberi padanya!
12. Beri peluang untuk anak memilih buah dan sayur
Anda boleh bawa anak ke pasar atau pasaraya dan beri peluang untuk anak memilih atau menyentuh buah dan sayur yang ingin dibeli. Ini akan memberi pengalaman dan memori yang menyeronokkan buat anak anda kerana anda memberi peluang kepadanya untuk membuat pilihan. Selain pasaraya, anda boleh ajak anak anda untuk mengambil buah dan sayur dari peti ais dan kenalkan pada anak apakah sayur dan buah yang diambil oleh mereka. Contohnya anak anda mengambil buah epal, anda boleh kenalkan pada anak “Ini Epal.. Epal ni manis.. Sedap!”. Kemudian boleh ajak anak anda susun epal yang dipotong kedalam pinggan.
13. Masak sayur dengan cara masakan yang berbeza
Anda perlu ingat, ada kemungkinan anak tidak makan sesuatu makanan yang diberi pada mereka kerana mereka tidak sukakan tekstur, bau atau suhu makanan yang dihidangkan kepada mereka. Ada kanak-kanak suka makan makanan bergoreng kerana mempunyai tekstur yang rangup (apabila digigit, ada bunyi terhasil), ada juga yang suka makan makanan yang berkuah seperti sup. Ada pelbagai cara masakkan yang anda boleh gunakan. Sesetengah sayur dimasak dan digabungkan bersama kumpulan makanan yang lain seperti ayam, ikan, daging dan kekacang untuk dijadikan sebagai sesuatu hidangan. Oleh itu, ibubapa perlu kreatif dan cuba pelbagaikan jenis serta cara masakkan supaya anda dapat mengenal pasti hidangan dan cara masakkan apakah yang anak anda sukai.
14. Sediakan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain
Elakkan daripada membezakan makanan antara anak dengan ahli keluarga yang lain. Hidangkan makanan yang sama untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain. Ini kerana, kanak-kanak akan cuba meniru apa yang orang sekelilingnya lakukan. Contohnya anda sediakan sup sayur, pastikan setiap ahli keluarga makan sup yang sama. Apabila anak nampak setiap ahli keluarganya makan sayur tersebut, kebarangkalian untuk anak makan sayur tersebut juga tinggi. Jadikan setiap ahli keluarga sebagai contoh untuk anak dan yang paling utama adalah ibubapa itu sendiri.
15. Sediakan sayur dan buah yang mempunyai rasa, bentuk dan warna berbeza
Kepelbagaian buah dan sayur yang diperkenalkan kepada anak dapat menarik minat mereka untuk memilih apa yang mereka sukai. Sekiranya anda meletakkan sayur bersama-sama dengan makanan kesukaan anak, fokus mereka tak akan tertumpu hanya pada sayur tersebut sahaja. Ini dapat mengurangkan tekanan buat mereka untuk makan kerana makanan kesukaan mereka turut terhidang. Hal ini bagi mengurangkan tekanan bagi anak untuk mencuba makanan yang baru diberi. Lama kelamaan, ibubapa boleh mengurangkan kuantiti makanan yang biasanya anak makan, dan tingkatkan kuantiti makanan yang ingin diperkenalkan secara perlahan-lahan. Ya, ianya akan mengambil masa dan yang paling penting adalah anda jangan putus asa. Apabila ada makanan yang berlainan bentuk dan warna, anda boleh mengajak anak main bersama dengan cara menyusun buah dan sayur dia atas pinggan menjadi rupa manusia, bentuk binatang dan sebagainya. Cuba wujudkan aktiviti yang mengembirakan ketika makan.
Anda jangan risau sekiranya anak masih tolak apabila diberi sayur dan buah kepada mereka. Teruskan mencuba. Kalau anda berhenti, sudah pasti tak akan nampak hasil, tapi sekiranya anda terus mencuba, kemungkinan untuk anak menerima makanan yang diberi sentiasa ada. Jadi, teruskan usaha anda! Saya doakan anda semua berjaya untuk bantu anak kesayangan anda!
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak bila dah mula makan memang mama teruja nak bagi cuba semua benda. Tapi kenalah ikut apa yang disarankan oleh doktor atau pakar pemakanan kanak-kanak.
Bagi yang tengah seronok nak bagi anak-anak makan, perkongsian daripada Puan Norfaezawati Wahid menerusi grup Facebook Happy Baby Food Malaysia boleh dijadikan rujukan.
Resepi-resepi ini dibuat untuk bayinya yang berusia 7 bulan. Apa yang dimasak ini dikisar halus sebelum diberi kepada bayinya, maklumlah belum ada gigi lagi.
Ikuti perkongsian Puan Norfaezawati:
Anak 7bulan dah boleh makan bertumis & berempah. Biase akan masakkan lauk utk die 3@4 hari sekali pastu frozekan dalam bekas kecik2. Nanti boleh rotate lauk sblm ni xde la makan yg sama hari2. Semua yg saya masak ni saya blander. Baby lom ada gigi lagi & ikut dgn kesesuaian usia Menu baby #7months saya
FISH FILLET SWEET SOUR
Bahan:
Ikan kembung/ tenggiri/ salmon*(goreng dgn unsalted butter@minyak)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato ceri
Cauliflower
Brokoli
Carrot*(potong dadu)
Daun sup*(racik)
Unsalted butter
Cara:
-blander bawang besar, bawang putih, halia & tomato ceri
-panaskan unsalted butter & masukkan bahan yang diblender
-tumis sehingga naik bau dan bebetul masak, kemudian masukkan carrot dan air sikit.
-carrot dah agak empuk masukkan masukkan kesemua sayur & ikan. Kacau2 bagi sayur masak. Siap
Cara: -panaskan 2sudu unsalted butter & masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. -Masukkan kacang peas, carrot & isi ayam -bancuh FM dgn 1/2cwn air & masukkan dlm bahan tumis td. -bila dah mendidih masukkan bayam. Tutup api. Siap
CHICKEN SOUP
Bahan:
Isi ayam
Bawang besar Bawang putih Sawi Kacang peas Carrot Cauliflower Daun sup*(racik) Olive oil/ minyak masak
Cara: -panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau. -masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam nampak separuh masak. Kemudian masukkan carrot & kacang peas serta 1 cawan air. Masak sehingga menggelegak. -last masukkan sawi, cauliflower & daun sup. Tutup api. Siap
IKAN MASAK HALIA
Bahan:
Ikan merah/ tenggiri/ salmon *fillet
Bawang besar *mayang Bawang putih *mayang Halia *potong halus memanjang Carrot * potong halus memanjang Olive oil/ minyak masak
Cara: -panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau. -masukkan sedikit air (ikut nak kuah byk mana). Agak air nampak mendidih boleh masukkan ikan & carrot. Masak sehingga ikan masak sempuna Siap
Cara: -renehkan bawang putih & 1sudu serbuk lada putih dgn 2cawan air. -bila dah menggelegak masukkan isi ayam, sweet potato & carrot. -last masukkan kubis & brokoli. Tutup api. Siap
IKAN MASAK KURMA
Bahan:
Ikan merah/ tenggiri/ salmon
Bawang besar *mayang Bawang putih *mayang Halia *ketuk Rempah kurma Carrot Sweet potato Olive oil/ minyak masak
Cara: -panaskan 2 sudu minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau. -bancuh 1sudu rempah kurma dgn sedikit air masukkan dlm bahan yg ditumis td. Kacau sehingga naik minyak dan garing tambah air. (Ulang kacau & tambah air ni sehingga 3x biar betul2 masak rempah tadi). -tambah air nampak lagi dan masukkan sweet potato & carrot. -air mendidih boleh masukkan ikan. Masak sehingga ikan masak sempuna Siap
SUP IKAN MERAH
Bahan:
Ikan merah
Bawang besar*mayang Bawang putih*mayang Halia*ketuk Serbuk lada putih Labu Kacang peas Carrot Brokoli Daun sup*(racik) Olive oil/ minyak masak
Cara: -panaskan 1sudu minyak. Masukkan halia, bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau. -masukkan serbuk lada putih, labu, carrot & kacang peas serta 2 cawan air. Bila semua bahan dah empuk, boleh masukkan ikan & brokoli. Masak sehingga menggelegak. -last masukkan daun sup. Tutup api. Siap
Tak sah kalau tak ada menu masak kicap setiap minggu. Wajib untuk anak-anak yang cukup sukakan ayam masak kicap. Apa kata kali ini kita olah resipi masak kicap jadi lebih power.
Resipi perkongsian Superdaddy, Khairul Abdullah dengan penambahan rempah kari ini memang lain dari yang lain. Super sedap. Anak mesti suka.
Nah, Ayam Kari Masak Kicap yang padu hingga menjilat siku. Nak masak ni mesti ada serbuk kari ayam daging tu yer. Kalau takde tak umph.
Bahan-bahan untuk projek ini:
5-6 ketul ayam letak garam kunyit dan goreng.
2 sudu besar, rempah kari daging Cap O
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia dihiris
1/4 cawan kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari, dilurut
1 biji tomato, belah 8 jika ada, takde takpe.
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris untuk hiasan.
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia, daun kari sampai harum dan lepas tu masukkan rempah kari dan kacau rata. Make sure slowkan api yer, taknak serbuk kari rentung.
2. Kemudian masukkan sos tiram dengan dua sudu air dan kacau sekejap. Lepas tu barulah masukkan kicap dan kacau sekejap. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata dan sebati.
3. Masukkan hirisan bawang besar dan belahan tomato jika ada.
Siapppp.
Hidangkanlah dengan nasi putih yang panas berasap. Jauh perginya nanti tau.