Nurse bukan sahaja memberikan perkhidmatan di hospital ataupun klinik. Mereka juga bertanggungjawab untuk melakukan lawatan ke rumah-rumah ibu yang baru melahirkan bayi kerana pemerhatian penuh perlu dilakukan. Dengan lawatan nurse ke rumah akan memudahkan ibu dalam pantang kerana ibu tidak perlu berulang-alik ke klinik ataupun hospital.

Namun tak semua ibu yang menerima kedatangan nurse ke rumah. Ada yang tidak suka diganggu. Ikuti perkongsian Puan Salina tentang ibu berpantang yang menolak lawatan nurse ke rumah.

***Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kehamilan di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.

Cerita sedih, lokasi di rahsia kan. Semoga cerita ini jadi iktibar bg kita semua.

Kenapa Perlu Rimas Kalau Nurse Datang Ke Rumah? Nurse Datang Melawat Bukan Suka-Suka

Tengah mengurut, ada yang bagi salam, picit loceng, ting tong loceng bunyi, so akak tanya la, dik nak buka pintu ke?? Ibu dalam pantang tersebut bertanya, sape tu kak?

IKLAN

Jawab akak, “Nurse yang datang nak melawat awak la, nak akak buka kan pintu ke? (nak bangun tiba-tiba..)

Kak tak payah bukak, suami tak izinkan nurse datang melawat, saya tak suka, rimas! Datang hari-hari pulak tu, menyusah kan sy je! OMG, stress saya kak hari-hari benda yang sama. Lepas tu suruh bawak baby cucuk sana sini, sakit la baby.

Akak tanya lagi, Habis tu baby kuning? Jawabnya, Tak apa saya pantau sendiri je dengan suami.

Sombongnya, selamba, sedih, luluh hati dengar dia kecam nurse yang datang melawat, tahu tak pentingnya nurse tu datang melawat? Akak pun terus bebel, Nurse bukan datang suka-suka je tau, diorang datang periksa awak dan baby, check tekanan darah, periksa baby awak ada jaundice ke tidak, dan check luka awk (Episiotomy dan perineum awk).

IKLAN

Kenapa Perlu Rimas Kalau Nurse Datang Ke Rumah? Nurse Datang Melawat Bukan Suka-Suka

Suami boleh tau ke luka awak macam mana? Kasi tengok boleh la tapi benang jahitan lepas tu? kaki awk bengkak tu? Awak tahu tak bahayanya pulmonary Embolism?

Kemudian dia jawab, Tak tahu pun ape tu kak?? Allahuakbar, pasal tu awak kena benarkan nurse melawat di rumah, Tak lama pun! Just nak tengok luka awk, bayi, benda ni bahaya, darah beku dalam saluran darah di paru-paru tu punca kematian ibu masa berpantang!

Akak tanya lagi, suami awk doktor ke? Dia tahu ke pasal benda-benda ni? Jawapannya, taklah suami saya kerja niaga sendiri.

IKLAN

Allahu panjang lebar akak membebel! Tiba-tiba fon akak berbunyi, bila angkat (kak Salina mengurut kat mane ari ni, akak jawab dekat kawasan #####. Perbualan disambung, Akak kereta akak ada kat luar suruh dia buka pintu just sain je, kita tak nak tanggung apa-apa risiko!

Kenapa Perlu Rimas Kalau Nurse Datang Ke Rumah? Nurse Datang Melawat Bukan Suka-Suka

Akak lupa pulak nurse kenal akak, kereta akak. Korang semua tolong la kasihan pada nurse-nurse yang bertugas, bagi kerjasama, mencegah sebelum Parah. Bila dah parah menyesal tak sudah. Dah kena leter, bebel baru bagi nurse masuk, kesian nurse berpeluh-peluh kat luar.

Kereta akak pun nurse dah kenal hahahha. Maaf panjang lebar celoteh hari ni. Alhamdulilah, ibu dan baby kena pergi check joundis, senyum lebar nurse atas kerjasama akak Bidan, yg penting kesihatan ibu dan bayi dalam berpantang. Syukur, tq baca! diorang lagi takut akak bidan membebel dari nurse. Haus tekak hari ni air liur kering, takpe ilmu harus di sampai kan.

Sumber: Salina Alya

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI