
Ibu bapa, ambil perhatian sekarang juga. Kencing manis kanak-kanak bukan lagi masalah orang dewasa semata-mata; ia semakin menular dalam kalangan kanak-kanak bawah 18 tahun, dengan anggaran sekitar 1 daripada setiap 500 kanak-kanak terjejas. Ini bukan sekadar statistik yang sejuk di atas kertas.
Bayi dan kanak-kanak yang menghidapnya sering menunjukkan tanda-tanda halus seperti selalu dahaga, kerap kencing dan penurunan berat badan simptom yang mudah disalah anggap atau dipandang remeh.
Menurut Dr Fadzillah Hj Ghazalli, pakar kanak-kanak di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, kencing manis kanak-kanak sukar dikesan terutamanya pada bayi. Beliau berkongsi pengalaman merawat bayi yang pada mulanya disangka jangkitan biasa, tetapi selepas pemeriksaan lanjut didapati punca sebenar adalah diabetes. Jika seorang bayi pun boleh disalah diagnosis, bayangkan betapa bahayanya jika ibu bapa leka atau menangguhkan pemeriksaan.
“Kencing manis merupakan salah satu masalah kesihatan yang semakin common dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun kira-kira 1 daripada setiap 500 kanak-kanak. Simptomnya sama seperti orang dewasa iaitu sering dahaga, kerap kencing dan berat badan menurun.”
Beliau turut menegaskan bahawa penyakit ini sukar dikesan di kalangan bayi namun pemerhatian daripada ibu ayah amat penting.
“Saya sendiri pernah merawat pesakit bayi yang menghidap kencing manis. Pada awalnya, bayi itu datang dengan simptom seakan-akan jangkitan (infection), tetapi selepas pemeriksaan lanjut, barulah diketahui punca sebenar. Apabila mereka meningkat usia, anak-anak ini biasanya akan mula mengadu sering berasa dahaga,” jelasnya.
Jangan anggap ringan setiap perubahan kecil pada anak. Pemerhatian awal oleh ibu ayah sering menjadi kunci untuk mengesan masalah ini sebelum ia menjadi lebih serius. Jika anak kelihatan selalu haus, kerap basah tilam, kurang bertenaga atau berat badan menurun tanpa sebab, bertindak segera.
Jangan bermain-main dengan kesihatan mereka. Bawa berbincang dengan doktor dan buat pemeriksaan jika ada keraguan nyawa dan masa depan anak bergantung kepada kepantasan tindakan.
Sehubungan itu, Pa&Ma menyediakan panduan untuk ibu ayah apakah tindakan yang perlu diberi perhatian. Jangan anggap biasa-biasa aje bila anak sudah menunjukan perubahan diri.
Bak kebiasaan mak-mak akan kata, “Tak apa lah, bagi anak sikit je gula-gula tu…” — ayat yang selalu kita dengar. Tapi tahu tak, dari “sikit je” itulah bermulanya ketagihan gula yang berbahaya untuk anak-anak?
Ramai ibu bapa tak sedar, makanan dan minuman manis yang nampak biasa-biasa sebenarnya boleh buat anak ketagih gula sejak usia kecil lagi. Dan bila anak dah ketagih, bukan senang nak ubah tabiat tu. Ia boleh jadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan — dari gigi rosak, berat badan berlebihan (obesiti), gangguan tumpuan, sampai ke masalah tingkah laku!
Ramai yang ingat gula ni cuma datang dari gula pasir, coklat atau gula-gula. Tapi sebenarnya, banyak produk “kids-friendly” yang penuh dengan gula tersembunyi. Contohnya:
Anak-anak pula memang mudah tertarik dengan rasa manis. Bila selalu diberi makanan begini, otak mereka mula mengaitkan rasa manis dengan “rasa gembira”. Lama-lama, otak jadi ketagih — sama seperti kesan dadah ringan!
Cuba perhatikan — kalau anak mula menangis bila tak dapat air manis, atau enggan makan makanan “tawar”, itu tanda awal mereka dah ketagih gula. Masalahnya, bila ketagihan ni dibiarkan:
Kebanyakan ibu bapa fikir, “alah, dia kan masih kecil… nanti besar nanti kurangkanlah.” Tapi sebenarnya, tabiat makan terbentuk dari kecil. Bila dah biasa dengan makanan manis, otak anak akan “programkan” keperluan rasa manis tu seumur hidup. Nak ubah bila dah besar memang payah.
Kesan jangka panjang pengambilan gula berlebihan bukan kecil. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kerap ambil gula tinggi lebih berisiko mendapat:
Lebih menakutkan, bila anak dah terbiasa dengan “rasa manis melampau”, mereka sukar terima makanan sebenar — sayur rasa pahit, buah rasa masam sikit pun tolak. Akhirnya, mereka hanya mahu makanan proses yang tinggi gula dan garam.
Minuman manis antara punca utama. Air gas, teh ais, susu pekat, minuman kultur, jus kotak — semuanya nampak macam minuman ringan harian, tapi sebenarnya bom gula!
Contohnya:
Bayangkan anak minum dua kali sehari… dalam seminggu dah overdose gula melebihi saranan WHO yang cuma kurang daripada 6 sudu teh sehari.
Beberapa langkah yang boleh ibu bapa ambil:
Ramai ibu bapa hanya sedar bila anak mula alami masalah kesihatan. Ada yang mengadu gigi anak cepat reput walaupun baru 3 tahun. Ada pula yang terkejut bila doktor sahkan anak ada berat badan berlebihan pada usia sekolah rendah.
Semuanya bermula dari satu tabiat kecil membenarkan anak makan dan minum manis tanpa kawalan. Sebagai ibu bapa, kita yang membentuk tabiat makan anak-anak. Jangan tunggu sampai mereka sakit baru nak risau.
Makanan manis bukan tanda kasih sayang kadang-kadang ia racun lembut yang perlahan-lahan merosakkan kesihatan anak kita. Mulakan perubahan hari ini. Kurangkan gula dalam setiap hidangan. Anak mungkin merajuk sekarang, tapi percayalah satu hari nanti, mereka akan berterima kasih sebab kita sayangkan mereka dengan cara yang betul.