Kenyataan Mengejutkan Ikon Anak Istimewa Selangor Tentang Autisme Dikecam Hebat!

Share

Isu autisme kini bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat moden. Dengan kemajuan dalam bidang perubatan dan psikologi, semakin ramai ibu bapa dan pendidik mula memahami spektrum ini dengan lebih mendalam. Menariknya, jauh sebelum istilah autisme diperkenalkan oleh dunia Barat, konsep seumpamanya telah pun disentuh dalam khazanah keilmuan Islam sejak berabad-abad dahulu dikenal dengan istilah al-‘atah, sebagaimana dibahaskan oleh para ulama klasik dalam karya mereka.

Ikon Anak Istimewa Selangor Dikecam Gara-Gara Kenyataan Tentang Autisme

Sebagaimana perkongsian Ikon Anak Istimewa Selangor merangkap pelajar Doktor Falsafah di Jabatan al-Quran dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Arif, menjelaskan menerusi pengamatannya, peningkatan kes autisme hari ini bukan semata-mata kerana bilangan penghidapnya bertambah, tetapi disebabkan kemajuan dalam aspek diagnosis serta kefahaman yang lebih mendalam terhadap spektrum gangguan ini.

Namun menerusi posting terbarunya, ikon tersebut mengeluarkan kenyataan yang agak ‘keras’ dan menyentuh sensitiviti ramai pihak terutama ibu bapa yang membesarkan anak autisme

dengan penuh pengorbanan.
Gambar Hiasan AI

“Saya harap Allah tarik nyawa anak-anak autisme ini lebih awal sebab peningkatan dan kehadiran mereka ini tambah beban dan tiada manfaat untuk tamadun manusia. Saya simpati pada ibu bapa khususnya dan masyarakat umumnya. Anda semua terpaksa menanggung bala autisme ini daripada Tuhan.”

REAKSI NETIZEN

Kenyataan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang setuju dan ada juga yang mengecam keras pandangan itu. Sebahagian netizen berpendapat kenyataan tersebut sangat tidak wajar kerana anak-anak autisme juga adalah anugerah dan ujian Allah yang perlu diraikan dengan kasih sayang, bukan dihina.

 

 

Perkembangan Definisi dan Diagnosis Autisme

Dalam pada itu,  menerusi perkongsian berasingan beliau menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kes autisme. Katanya, era 80-an, autisme difahami sebagai keadaan yang sangat berat, iaitu apabila seseorang kanak-kanak tidak bercakap dan duduk dalam dunia sendiri. Kini, definisi autisme makin meluas  kanak-kanak yang boleh bercakap tetapi pelik, tidak faham emosi orang, ada isu sensori dan masalah rutin turut termasuk dalam spektrum autisme.

 

 

Gambar Hiasan

 

Maknanya, lebih ramai orang dahulu yang tidak dikira autisme, kini dikategorikan sebagai penghidap autisme. Alat saringan juga semakin canggih, dan kini ramai doktor terlatih dalam diagnosis autisme.

Konsep Autisme Dalam Islam: Istilah al-‘Atah

Sungguhpun begitu, Islam sebenarnya telah mendahului dunia Barat dalam memahami kelainan ini. Dalam Islam, terdapat satu istilah yang disebut sebagai al-‘atah

yang sangat mirip dengan autisme. Ciri-ciri ini telah lama dihuraikan oleh fuqaha’ Islam.

Para fuqaha’ mendefinisikan al-‘atah sebagai seseorang yang kurang kefahaman, pertuturan bercampur aduk dan kurang jelas serta pengurusan diri yang tidak efisien secara semula jadi (Abdul Qadir Awdah, Al-Tasyri’ al-Jinaiy al-Islamiyy).

Imam al-Jurjani dalam al-Ta’rifat mentakrifkan al-‘atah sebagai kekurangan pada akal, tetapi tidak sama seperti gila. Sebahagian pertuturannya seperti orang waras dan sebahagian lagi seperti tidak waras — sama seperti individu autisme

yang mampu bercakap, tetapi pelik dalam tindak tanduknya.

Pandangan Ulama Terhadap Golongan Autisme

Ulama terkemudian seperti Dr Abd Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-‘atah ini adalah kelainan akal yang menyebabkan seseorang sukar memahami arahan dengan jelas, dan pertuturannya tidak dapat difahami sepenuhnya. Dari sudut hukum, mereka disamakan dengan kanak-kanak dalam hal akal.

Dari sudut perubatan pula, sebahagian penghidap autisme mempunyai jurang antara usia biologikal dan usia mental. Sebagai contoh, badan 30 tahun tetapi mental setara dengan usia 10 tahun. Walau bagaimanapun, tahap ini berbeza mengikut fungsi dan kemampuan individu autisme itu sendiri.

Ibnu Nujaym turut menjelaskan dalam kitabnya Al-Bahr Al-Raiq tentang keadaan orang dewasa tetapi berakal seperti kanak-kanak. Menurut beliau, al-‘atah

mempunyai dua hukum: bila melibatkan akal, mereka dihukum seperti kanak-kanak; tetapi jika melibatkan syahwat, hukum mereka seperti orang dewasa. Oleh itu, walaupun akalnya seperti kanak-kanak, hukum-hakam berkaitan aurat dan wuduk tetap terpakai.

Kesimpulan: Islam Mendahului Dalam Memahami Autisme

Kesimpulannya, walaupun pada era 80-an seseorang yang mempunyai ciri autisme tidak dikira sebagai autistik kerana kriteria diagnostik masih sempit, namun dalam Islam mereka sudah termasuk dalam kategori al-‘atah. Jelas bahawa Islam telah lama mendahului dunia Barat dalam memahami fenomena ini.

Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat pena daripada tiga golongan: kanak-kanak sehingga baligh, orang tidur sehingga dia terjaga, dan orang al-‘atah sehingga dia faham.”

Perbahasan ini menunjukkan bahawa individu autisme bukan bebanan, tetapi ujian dan amanah yang memerlukan kefahaman dan kasih sayang, sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam sejak dahulu lagi.

Published by
Nor Yusoff