Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media telah memaklumkan tentang pindaan tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.
Pindaan tarikh ini tentu memberikan berita gembira dan teruja buat seluruh warga Malaysia kerana melibatkan pengisytiharan cuti umum.
Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 yang jatuh pada hari Isnin.
Ads
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasminya, Kerajaan telah bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintannya.
“Hari Keputeran Rasmi Baginda adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.”
Ads
“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” dalam kenyatan media tersebut.
Tentu rakyat Malaysia gembira dengan berita ini. Daulat Tuanku!
Siapa sangka anak yang disahkan menghidap penyakit Hydrocephalus sewaktu bayi kini membesar dengan sihat dan paling unik apabila semakin besar, rambutnya juga makin berkerinting seolah-olah seperti dibuat di salon rambut.
Nur Nilam Qaseh, 4 tahun, anak yang dianggap istimewa tetapi kini dah semakin sihat membesar sentiasa menjadi perhatian orang ramai yang pertama kali bertemunya. Ini semua gara-gara rambutnya yang jarang-jarang ada pada kanak-kanak lain.
Tak ada genetik rambut kerinting
Berkongsi kisah Nur Nilam Qaseh, ibunya, Puan Nurul Faizuliqa Jusoh menjelaskan pada asalnya rambut anak kedua dari tiga beradik ini lurus dan nipis je ketika bayi. Sama seperti anak yang lain juga.
Cumanya apabila menginjak usia setahun, mula nampak ada kerinting sikit-sikit dan tak terfikir pun apabila semakin meningkat usia akan jadi bergulung dan lebat rambutnya. Lagipun ahli keluarga saya dan ayahnya memang tak ada genetik rambut kerinting.
Habuk senang melekat, perlu bersihkan rapi
Sehinggalah sekarang ia lagi ketara. Walaupun ramai yang cadangkan boleh buat teknik rebonding untuk bagi lurus rambutnya, untuk kes Nur Nilam Qaseh ini tak boleh. Ini kerana dalam kepalanya itu ada dipasangkan tiub seumur hidup.
Jadi nak tak nak saya hanya perlu menjaga rambutnya dengan mencuci setiap hari dan menggunakan syampu. Disebabkan rambutnya yang berkerinting itu, habuk senang melekat dan perlu dibersihkan dengan rapi.
Selain bersihkan setiap hari, sesekali saya akan menggunakan minyak rambut untuk elakkan rambutnya kembang. Bukan apa, setiap kali lepas mandi dan dikeringkan, bila disikat rambut akan mengerbang. Tetapi lepas mandi dia akan bergulung semula.
Kongsi Nurul Faizuliqa, sesekali saya ada mengikat rambutnya juga untuk bagi nampak lebih kemas. Tapi bila dibuka ikatan rambut tu, akan mengerbanglah. Kecuali bila rambutnya masih basah, cantiklah bergulung elok.
Apa pun saya anggap ni semua anugerah Allah untuk Nur Nilam Qaseh. Tengok dia sihat hari ini pun dah bersyukur sangat-sangat.
Bukan itu saja, bila dia dapat makan seperti kanak-kanak lain sekitar usianya 2 tahun, Allah je tahu perasaan saya. Sebabnya sejak lahir sehingga usia 2 tahun dia hanya boleh minum susu sahaja kerana masalah kesihatannya itu.
Kini bila dah semakin aktif dan membesar dengan sihat, anugerah ini akan saya jaga sebaiknya. Biarpun bab pengurusan rambutnya orang nampak macam leceh, tapi mujurlah keadaan kulit kepalanya ok dan tiada masalah lain.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum memulakan perjalanan sempena cuti panjang, Tahun Baru Cina ini seeloknya anda mengenalpasti terlebih dahulu lokasi kamera AWAS dan AES di sepanjang lebuhraya.
Amatlah penting untuk anda mematuhi had laju pemanduan di atas jalan raya supaya semua orang berada dalam keadaan yang selamat.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kamera AES atau Automated Enforcement Systems merupakan sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
Manakala, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) pula merupakan salah satu penambahbaikan secara berperingkat bagi menggantikan kamera AES, yang jauh lebih canggih dan berfungsi dengan baik. Jadi, berikut merupakan senarai lokasi kamera ‘speed trap’ anda kena berjaga-jaga:
Lebuhraya
KM 174 Lebuhraya PLUS – Bandar Baharu (NB) arah utara, had laju 110 km/j
*KM 97.2 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda arah utara, had laju 110 km/j
*KM 166, Lebuhraya PLUS – Seberang Perai Selatan arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 375.9, Lebuhraya PLUS – Slim River arah utara, had laju 110 km/j
*KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar arah utara, had laju 110 km/j
*KM 204.6, Lebuhraya PLUS – Taiping arah utara, had laju 110 km/j
*KM 85.5, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Sungkai arah selatan, had laju 90 km/j
*KM 382.8, Behrang arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 6.6, Jalan Kajang/Puchong (SKVE) arah Puchong ke Kajang, had laju 80km/j
*KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang arah utara, had laju 90km/j
*KM 18 Lebuhraya Guthrie arah utara, had laju 110 km/j
*KM 18 Lebuhraya Guthrie arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 28.4 Lebuhraya ELITE arah utara, had laju 110 km/j
*KM 17 Lebuhraya ELITE arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 1.6 Jalan Lebuh Sentosa arah Kajang ke PICC, had laju 70 km/j
*KM 21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) arah utara, had laju 110 km/j
*KM 21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah arah utara, had laju 110 km/j
*KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 184.2 Lebuhraya PLUS, Jasin arah utara, had laju 110 km/j
*KM 185 Lebuhraya PLUS, Bemban arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh arah utara, had laju 110 km/j
*KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru arah utara, had laju 110 km/j
*KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru arah selatan, had laju 110 km/j
*KM 17 Gua Musang – Kuala Krai arah Kota Bharu, had laju 90 km/j
*KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 arah Kuala Lumpur, had laju 110 km/j
*KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 arah Kuala Terengganu, had laju 110 km/j
#KAMERA AES / AWAS LAMPU ISYARAT
*Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur Arah Puchong WP Kuala Lumpur
*Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Arah Sentul WP Kuala Lumpur
*Jalan Pasir Putih, Ipoh Arah Pasir Panji Perak
*KM 26, Jalan Ipoh – Kuala Kangsar, Sg Siput Arah Kuala Kangsar Perak
*KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung Arah Lumut Perak
*KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung Arah Setiawan Perak
*KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River Arah Kuala Lumpur Perak
*KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River Arah Ipoh Perak
*KM 11, Jalan Setiawan Ipoh Arah Setiawan Perak
*KM 14, Jalan Ipoh – Pusing, Ipoh Arah Setiawan Perak
*KM 38 Jalan Ipoh – Kampar, Kampar Arah Ipoh Perak
*KM 8, Teluk Intan – Hutan Melintang / Hilir Perak – Teluk Intan – Perak
*KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth / Kuala Muda Arah Puchong Kedah
*KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda Arah Gurun Kedah
*KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda Arah Sik Kedah
*KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth – Kedah
Seorang kanak-kanak ditemui lemas oleh orang awam yang sedang mandi manda di sebuah hotel di Melaka.
(Followers Pa&MA dapatkan barangan harga murah di SINI)
Menurut saksi kejadian, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tiada di sekitar tempat kejadian. Lebih kurang 20 minit selepas kejadian barulah ibu bapa mangsa mengetahui tentang keadaan anak mereka akibat terlalu ramai pengunjung di situ.
“Kejadian betul-betul depan mata, mak & ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 min akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.”
Pada mulanya, lelaki tersebut menyangka objek yang berada di dasar kolam bahagian dewasa kerana air terlalu dalam namun setelah diperiksa rupanya ada seorang kanak-kanak yang sudah tidak sedarkan diri.
“Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas.”
Kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh orang awam dan diberi bantuan pernafasan selama 20 minit.
“Alhamdullilah 20min CPR dari orang awam anak kecil ini kembali sedar. Mungkin dia baru lemas 2-3 min sebelum di temui.”
Orang awam dinasihati agar memantau anak-anak yang masih kecil ketika percutian lebih-lebih lagi di kawasan kolam.
“Nasihat saya kepada kedua ibu & ayah. Mohon pantau anak-anak masing-masing ketika bermain air semasa percutian.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.