Kerajaan mungkin akan terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan jika angka jangkitan virus COVID-19 terus meningkat dan tidak menunjukkan keadaan stabil.

Melalui perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika dalam tempoh ini kerajaan belum berjaya menangani sepenuhnya, keputusan ini terpaksa diambil untuk kebaikan semua rakyat.

“Oleh itu, dalam jangka waktu kawalan pergerakan ini adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah sahaja.

ARTIKEL LAIN [Polis Mulakan Ops Covid-19 Malam Ini Secara Besar-Besaran Kerana Ramai Yang Ingkar]

IKLAN

Mana yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja.

“Kenapa saya merayu sedemikian kerana kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikurangkan,” katanya.

IKLAN
Kerajaan Mungkin Lanjut Tempoh Perintah Kawalan. Jika Rakyat Berdegil & COVID Serius
Kredit: jefri chua

Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu?

Ini kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu. Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.

IKLAN

Virus ini berjangkit dari manusia ke manusia menerusi sentuhan. Kalau anda bergerak ke sana sini, apatah lagi bersesak di tempat awam, kemungkinan untuk bersentuhan adalah tinggi.

Sumber Gambar: Bernama

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI