Tidak seperti makanan lain, makan kerang segar atau dalam tin harus ditangguhkan sehingga bayi menginjak usia 1 tahun.
Umumnya, kerang mempunyai kandungan garam yang tinggi yang jika dimakan secara berlebihan akan menyebabkan hipernatremia.
Pendedahan awal yang berlebihan kepada garam memainkan peranan dalam penyakit kardiovaskular, hipertensi dan obesiti
Ads
Bagaimanapun kerang kaya dengan protein, vitamin B12 dan mineral seperti besi dan selenium.
Kerang segar dibeli hidup-hidup. Basuh mereka dengan teliti untuk mengeluarkan serpihan sebelum memasak. Kerang segar dilihat apabila cangkerangnya terbuka sepenuhnya semasa proses memasak. Jika tidak, toskan kerana mungkin tercemar (saya pun baru tahu. Sebelum ni kalau tak buka saya paksa buka 😂).
Ads
Isi kerang bulat, bergetah dan licin menjadikannya bahaya kerana muda tercekik untuk bayi. Pastikan kisar halus dan gaul dengan makanan lain sebelum diberikan kepada si kecil kita (selepas umur 1 tahun ya)
Memandangkan kerang adalah kerang – ia mempunyai risiko alahan. Oleh itu, setiap kali memberikannya kepada anak anda, pastikan anda memperkenalkannya pada jumlah yang sedikit dan lihat reaksinya terlebih dahulu.
Jika baik maka anda meningkatkan kuantiti secara beransur-ansur. (Tetapi tidak terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan garam yang tinggi)
Jadi adakah anda telah mencuba memberikan kerang kepada si kecil anda?
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Pisang memang makanan kegemaran si manja. Rasa pisang yang lemak manis dan tekstur yang lembut menjadikan ia buah kesukaan anak kecil. Tapi betul ke makan pisang boleh menyebabkan susu bayi tersumbat hingga tak boleh buang air kecil?
Ekoran dari kisah viral kanak-kanak makan pisang hingga tersumbat usus dan tidak boleh membuang air kecil, Dr Sakinah Sulong telah berkongsi tentang info mengenai pisang dan perkaitannya dengan sistem penghadaman si kecil.
Rupa-rupanya ia berkait rapat dengan tahap keranuman buah pisang & kuantiti pengambilan. Berikut ialah perkongsian beliau;
Baru-baru ini, telah tular cerita seorang anak kecil telah mengalami masalah tersumbat usus hingga tak dapat kencing dikatakan akibat memakan pisang. Ia menimbulkan rasa takut ibu-ibu pada pisang.
Adakah benar pisang menyebabkan usus tersumbat?
Pisang adalah buah yang mudah didapati di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Ianya mudah didapati dan murah harganya.
Selama ini, pisang memang jadi antara kegemaran saya dan anak-anak. Alhamdulillah kami semua tiada masalah.
Ia kaya dengan potassium dan kaya karbohidrat jadi sesuai dijadikan snek ringkas, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang nak memulakan aktiviti fizikal seperti hiking atau berbasikal.
PISANG TIDAK MASAK/TIDAK RANUM MENYEBABKAN SEMBELIT
Cerita yang dikongsi ada kebenaran tapi tak semuanya tepat. Pisang tak masak yang boleh menyebabkan sembelit atau menerukkan sembelit. Bukannya pisang yang masak.
Pisang tak masak mengandungi tinggi tannin dan amylase-resistant starch menyebabkan ia sukar dicernakan.
Berlainan dengan pisang yang masak.
Kandungan tannin sudah berkurang, begitu juga amylase-resistant starch. Kandungan gulanya lebih tinggi.
Jadi ia kurang menyebabkan sembelit.
KUANTITI PISANG YANG DIAMBIL
Pisang juga boleh jadi sumber fiber yang membantu melawaskan pencernaan. Bagi setiap 120gm pisang, terdapat lebih kurang 3gm fiber. Keperluan fiber anak-anak berumur 3-5 tahun adalah 8-10gram sehari. Jadi dengan mengambil 2-3 biji pisang setiap hari sudah memadai.
Bukan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus!
Jadi para ibu yang risau,
Nak bagi pisang, bagi lah pisang yang masak ranum dan berilah dalam kuantiti yang sederhana. Segalanya perlu diberi secara sederhana.
Sekiranya anak mempunyai masalah sembelit, mungkin boleh juga cuba buah yang lain seperti betik dan epal hijau. Dan jangan lupa berikan air masak secukupnya.
Satu lagi, galakkan anak membuat aktiviti fizikal seperti bermain di padang untuk mengaktifkan salur pencernaannya. Elakkan bertangguh untuk ke tandas bagi mereka kerana makin lama mereka bertangguh, najis akan menjadi semakin keras.
Semoga bermanafaat dan menghilangkan salah faham pada pisang.
Pisang tak bersalah! ???
Sumber: Dr Sakinah Sulong
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, kandungan anak kedua pelakon cantik, Tasha Shila kini sudah pun memasuki fasa ketiga kehamilannya.
Melalui Instagramnya, Tasha meluahkan rasa syukur malah teruja untuk menyambut kelahiran anak keduanya itu yang berbaki lagi 10 minggu.
“Syukur Alhamdullilah dah masuk 3rd trimester. Harini hari ke 29 minggu kandungan.
“InshaAllah lagi 10 minggu lagi,” tulisnya berkongsi.
Sarat hamil tujuh bulan lebih, aktress cantik ini juga turut memohon doa semua agar kelahiran bayi keduanya ini dipermudahkan.
“Mohon doa kalian semoga bayi dalam kandungan saya sihat & proses bersalin nanti dipermudahkan,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, sebelum ini Tasha pernah berkongsi kandungan keduanya kali ini di mana dia lebih bergemar bercantik-cantik dan selalu berhias serta mengenakan make up sepanjang kehamilan keduanya ini.
Semoga dipermudahkan urusan kelahiran bayi kedua Tasha nanti.
Terdahulu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 dan pada 25 April tahun lalu, si comel Raees Zander menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai dalam kalangan ibu bapa mengambil ringan mengenai pengambilan sarapan untuk anak-anak. Perlu diketahui, sarapan penting kerana ia adalah makanan pertama untuk anak-anak selepas lebih 10 jam tidak makan selepas bangun tidur. Sama seperti mama papa, anak-anak juga perlu mengambil tiga hidangan utama (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) setiap hari.
Bagi anak-anak, tenaga merupakan sumber utama untuk memulakan pergerakan fizikal, keupayaan berfikir dan melakukan aktiviti seharian. Tenaga yang mencukupi akan membantu meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Selain itu, dengan bersarapan juga, kesihatan tubuh badan dapat ditingkatkan untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, dengan pengambilan sarapan, ia dapat mengurangkan risiko pengambilan makanan yang berlebihan untuk waktu makan yang seterusnya serta membantu kekalkan berat badan dalam kalangan anak-anak.
Jadi bagaimana untuk memastikan pengambilan sarapan ini menjadi rutin tetap bagi anak-anak. Berikut antara tip yang mama papa boleh lakukan untuk pastikan waktu sarapan adalah masa yang sentiasa dinantikan oleh mereka.
Kreatif dalam penyediaan sarapan yang sihat
Biasanya anak-anak mungkin sukar sedikit untuk bersarapan. Alasannya kurang berselera atau masih kenyang. Oleh itu, bagi memastikan mood anak sentiasa gembira, mama papa mesti memainkan peranan.
Dalam hal ini, fikirkan cara untuk menjadikan sarapan lebih menarik. Walaupun menunya ringkas sekurang-kurangnya ia boleh menarik perhatian anak. Mungkin mama boleh menghasilkan makanan dalam pelbagai jenis bentuk dan warna.
Sebagai contoh, buat roti pisang dan boleh potong dalam bentuk yang menarik. Letakkan juga sedikit hiasan sebagai daya penarik. Perlu diingatkan dalam menyediakan sarapan, pastikan ia seimbang dan tidak terlalu manis, masin atau berminyak dan harus mengikut kesesuaian usia anak.
Sediakan makanan kegemaran anak
Seterusnya, mama mungkin boleh sediakan makanan kegemaran anak. Biasanya anak-anak, apabila melihat ada hidangan makanan yang disukai, mereka akan lebih teruja dan berselera untuk makan. Mungkin malam sebelum tidur, mama boleh bertanya apa yang anak teringin untuk makan keesokan harinya.
Berikan peluang untuk anak memilih cuma pastikan pilihan itu adalah makanan sihat. Contohnya, jika mama rasa kesuntukan masa waktu pagi, sekurang-kurangnya berikan peluang anak untuk memilih sama ada roti bakar atau bijirin sarapan untuk hidangan bersarapan.
Nampak ringkas je, tapi bila anak diberikan peluang ini, bolehlah menepati citarasa anak dan mereka pun rasa gembira.
Sentiasa ceritakan kebaikan bersarapan
Jika mama papa tidak mahu anak ‘skip’ masa sarapan, mama papa juga haruslah bersarapan! Ini kerana apa yang mama papa buat, itu yang anak akan perhatikan dan ikut. Mama papa boleh ceritakan kebaikan bersarapan kepada anak. Biasanya apabila anak dipujuk dengan penjelasan kukuh dan tidak dimarahi, mereka lebih mudah faham dan seronok untuk makan.
Memaksa atau memarahi anak jika mereka tak mahu bersarapan hanya akan menyebabkan mereka merasa takut tetapi tidak menikmati makanan. Ingat anak akan ikut kelakuan ibu bapa mereka, jadi tunjukkanlah contoh teladan yang baik.
Beri pilihan makanan berkhasiat dan menarik
Biasanya anak-anak, mereka akan mudah tertarik pada sesuatu yang pada pandangan mereka lain daripada yang lain. Sebagai ibu bapa, kita harus bijak buat pemilihan makanan untuk anak. Apa kata mama papa pilih salah satu menu sarapan anak iaitu Nestlé® KOKO KRUNCH® DHA baharu selain makanan berkhasiat yang lain.
Bukan sahaja sedap tetapi produk terbaharu dari Nestlé® mengandungi DHA yang membantu tumbesaran serta perkembangan anak. Hebatnya, bijirin ini merupakan sarapan pertama di Malaysia yang mengandungi sumber DHA! (*Menurut Mintel, GNDP Report August 2021)
Bukan itu sahaja, dalam satu hidangan tersebut, terdapat kebaikan gandum penuh dan serat, DHA, vitamin dan mineral: vitamin B dan zat besi serta rasa koko yang lazat.
Influenza kanak-kanak, RSV, rotavirus dan HFMD semakin membimbangkan. Ketahui cara meningkatkan sistem imun anak melalui pemakanan, tidur, vaksinasi serta langkah pencegahan yang disarankan pakar.