Bayi menangis bila diletakkan di carseat? Sebelum ibu ayah jangan kata anak tidak mahu duduk di carseat & give up untuk letak, ketahui faktor ini yang mungkin menjadi sebabnya.
Car seat atau kerusi keselamatan bayi amat penting untuk digunakan sepanjang perjalanan. Kerana malang tidak berbau dan sekiranya berlaku kemalangan, risiko kecederaan dapat diminimumkan dan kehilangan nyawa dapat dielakkan.
Mama & papa perlu elakkan memangku anak di riba ketika kereta sedang dipandu/ bergerak kerana ia meningkatkan risiko bayi terlepas daripada pangkuan atau pelukan sekiranya berlaku kemalangan. Biarlah mereka menangis hari ini daripada kita menangisi pemergian mereka di kemudian hari.
Untuk melakukannya, memang ibu ayah perlukan kekentalan. Ada ibu bapa yang mengadu bayi jadi kerap menangis apabila diletakkan di car seat. Ia mungkin disebabkan oleh perkembangan yang sedang dilaluinya seperti mula bereksperimentasi dengan keadaan dan orang sekelilingnya.
Ibu ayah perlu faham yang peringkat sensori motor/ motor deria terjadi sejak lahir hingga si manja berumur 2 tahun. Dalam fasa ini, seorang bayi melalui perubahan tumbesaran yang mendadak.
Ads
Seorang bayi akan menggunakan kemahiran dan kebolehan mereka yang ada ketika lahir (melihat, mendengar, memegang dan merasa/menghisap) untuk belajar lebih tentang persekitarannya. Dengan kata lain, mereka belajar tentang dunia ini melalui deria dan pergerakan motor mereka.
6 PERINGKAT PERGERAKAN MOTOR SI MANJA
Ads
Terdapat enam sub-peringkat di dalam fasa ini:
Refleks (0-1 bulan): Bayi belajar dan memahami melalui penglihatan, pendengaran, merasa, menghidu dan menghisap.
Reaksi ulangan primer (1-4 bulan): Bayi mungkin pada mulanya terhisap jarinya sendiri tetapi kemudian mengulang perbuatan yang sama kerana dirasakan seronok.
Reaksi ulangan sekunder (4-8 bulan): Bayi akan mula untuk mengulang sesuatu dengan sengaja untuk melihat reaksi pada persekitarannya. Contohnya membaling sesuatu objek untuk melihat reaksi anda.
Menyusun reaksi (8-12 bulan): Anak mula faham dan melakukan perbuatan dengan tujuan tertentu. Dia juga mula meniru dan memahami tentang sesuatu objek serta kesannya sebagai contoh permainannya akan berbunyi apabila digoyangkan.
Reaksi ulangan tertier (12-18 bulan): Ini adalah fasa cuba gagal (try & error) mereka untuk bereksperimentasi dengan persekitaran.
Perwakilan pemikiran awal (18-24 bulan): Anak mula mengaitkan simbol yang mewakili objek atau peristiwa di persekitarannya. Mereka mula memahami dunia dengan operasi pemikiran berbanding hanya bergantung pada perbuatan.
Ibu bapa harus peka dengan perkembangan kognitif seorang bayi yang meningkat secara drastik dalam peringkat ini. Kerap kali kami berhadapan aduan ibu bapa bahawa anak-anak mereka ketika berumur di bawah 2 tahun ini kerap menangis di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS).
Jika kesemua keperluan fizikal & emosi anak (susu, lampin, keselesaan, tidak penat) telah dipenuhi, anda perlu faham pada fasa tertentu ketika ini, mereka mungkin sedang bereksperimentasi dengan anda!
“Anak kurus bukan tak cukup makan…” – itulah jawapan tenang pelakon dan usahawan terkenal, Mira Filzah, apabila ada netizen yang menegur bentuk tubuh anak lelakinya, Wan Khair Amir, yang kelihatan kurus.
Menerusi sesi siaran langsung (LIVE) di media sosial, Mira tampil menjernihkan salah faham yang timbul. Ramai menyangka anak sulungnya itu kurang makan, tetapi hakikatnya keadaan tubuh Amir adalah normal dan dipengaruhi faktor genetik keluarga.
Mira, atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32 tahun, menjelaskan bahawa kebanyakan ahli keluarga di sebelah suaminya memang tinggi lampai dan kurus. Malah, suaminya, Wan Emir Astar, juga mempunyai ketinggian lebih enam kaki dan bentuk tubuh yang sama.
“Ramai keluarga sebelah suami memang tinggi dan kurus. Suami saya pun lebih enam kaki, abang-abangnya pun sama. Jadi Amir ikut baka tu,” jelas Mira, sekali gus menolak dakwaan kononnya anaknya tidak cukup makan.
Malah, tambah Mira, walaupun baru berusia tiga tahun, Amir sudah kelihatan lebih tinggi daripada kanak-kanak lain seusianya. Katanya lagi, tiada isu kekurangan zat kerana Amir makan dengan baik, aktif bermain dan sering berpeluh setiap malam.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menyokong penjelasan Mira. Ramai ibu bapa berkongsi pengalaman sama bahawa ada anak lelaki memang kelihatan kurus walaupun selera makan baik dan mereka kekal sihat serta cergas.
Seorang netizen menulis: “Alahai dah Mira ni kecik molek, suami pun tinggi lampai. Anak mestilah ikut baka. Karang bila gemuk, orang cakap lain pula. Mulut orang tak pernah puas. Anak sulung saya pun halus, makan banyak je tapi badan susah naik. Apa pun syukur, Allah bagi sihat.”
Hakikatnya, setiap anak mempunyai pola tumbesaran berbeza. Ada yang cepat naik berat, ada pula yang kurus tetapi tinggi dan aktif. Menurut pakar pediatrik, selagi anak berada dalam carta pertumbuhan, sihat, aktif dan mencapai perkembangan mengikut usia, ibu ayah tidak perlu risau jika anak nampak kurus.
Yang penting, anak mendapat makanan seimbang, rutin tidur yang baik, serta pemeriksaan kesihatan berkala. Berat badan bukanlah ukuran tunggal untuk menentukan tahap kesihatan si kecil.
Untuk bimbingan ibu ayah, berikut beberapa tip ringkas yang boleh diamalkan:
Ikuti carta tumbesaran – pastikan anak berada dalam graf normal mengikut umur.
Perhatikan aktiviti harian – anak yang aktif, ceria dan bertenaga menandakan mereka sihat.
Pastikan diet seimbang – beri makanan mengikut piramid makanan, elakkan terlalu banyak jajan.
Rujuk doktor jika risau – lakukan pemeriksaan jika berat badan turun mendadak atau anak hilang selera makan.
Mira yang mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 kini bahagia bersama cahaya mata sulung mereka, Wan Khair Amir. Bagi Mira, sebagai ibu bapa, yang penting adalah anak membesar sihat, ceria dan dikelilingi kasih sayang, tanpa perlu terlalu risau dengan kata-kata orang sekeliling.
Semua bakal-bakal ibu atau yang akan bersalin anak kedua atau seterusya kalau boleh menginginkan proses bersalin secara normal tanpa sebarang jahitan.
Hingga ada bakal ibu yang bertanya “Eh, boleh ke bersalin secara normal tanpa jahitan? Macam tak percaya je. Bukan bersalin memang kena jahit ke?”
Sekali dengar memang susah nak percaya. Namun ada sesetengah ibu yang berjaya menjalani proses bersalin secara normal tanpa sebarang jahitan.
Nak tahu rahsia bersalin tanpa koyakan, perkongsian dari Puan Sharipah Eyie boleh diamalkan.
Puan Sharipah yang dah melalui tiga proses kelahiran tanpa sebarang jahitan berkongsi tiga tip mudah.
Saya terpanggil untuk berkongsi tip dengan semua ibu kerana pengalaman sendiri yang selamat melahirkan tiga zuriat tanpa koyakan. Alhamdulillah.
Tiada tip dari segi pemakanan kerana saya mengamalkan minyak kelapa dara semasa kandungan pertama sahaja serta pengambilan tidak konsisten. Saya juga tidak mengamalkan suplemen kecuali dari klinik kesihatan kerajaan (hb saya low). Cuma tip saya ialah
Aktif
Jangan terlalu manja kan diri dalam konteks jangan malas. Jika larat, buat sahaja. Saya juruterapi pergigian dan skop tugas ialah berpindah randah dari sekolah ke sekolah lain dengan peralatan pergigian, memunggah barang dan sebagainya yang bersesuaian.
Solat
Jangan tinggal. Solat juga sebagai exercise. Google kesan solat dari segi saintifik. Korang pun tahu kuasa allah. Allahuakbar.
Doa
Ini doa yang dihantar melalui whatsapp oleh sepupu saya apabila dia tahu saya hamil anak pertama. Saya tidak pernah hafal, cuma ada saya masa terluang saya capai phone dan baca. Selepas solat & sebelum tidur juga saya amalkan doa ini. Bila-bila free. Sepupu saya juga melahirkan dengan mudah, alhamdulillah. Thanks aishah.
Doa: Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Aminn.
Sesungguhnya sakit bersalin itu hanya Allah yang tahu. Saya percaya ramai lagi wanita lain di luar sana dengan perkongsian yang menarik. Selamat mencuba.
Sebak! Hanya itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan apabila membaca berita tentang bayi ini. Tidak mampu melawan, hanya senyum apabila dipaksa, cuba menahan sakit dan hidup seperti biasa walaupun setiap hari didera oleh ibu angkatnya. Dia keliru, apakah salahnya? Dia hanyalah bayi yang berusia 16 bulan ketika itu.
13 Januari 2021 perbicaraan pertama sebutan kes yang berlaku di Korea, sebut satu-satu kesalahan apa yang mak angkat baby ni dah buat. Akan ada perbicaraan kedua dan ketiga. 17 Februari 2021 adalah tarikh perbicaraan kedua.
Didera dalam tempoh yang lama (271 hari) sehingga mati. Punca kematian adalah dari pankreas yanang pecah, hanya beban sebanyak 3800-4200 Newtons sahaja yang mampu menyebabkan pankreas dalam abdomen baby pecah dan ini bersamaan berat seorang wanita dewasa yang berdiri dari atas sofa melompat pijak perut bayi yang baring di lantai.
Tempurung kepala retak, tulang bahu patah, tangan kaki patah, tulang rusuk jugak banyak patah dan ada yang tumbuh semula tanpa diberi rawatan sepatutnya.
Baby Jung In didera fizikal dan mental oleh ibu angkatnya, dia juga tidak diberi makan dengan betul sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi. Dikurung dalam bilik gelap dibiarkan menangis sehingga tidur keletihan, disuap makanan panas yang baru keluar dari microwave, diberi makan cili, sering ditinggal bersendirian di dalam kereta, disimbah air panas.
Baby Jung In juga seperti dipukul dengan objek keras dan besar dalam keadaan tangan tergantung sampai ada kecederaan teruk di bahagian ketiak. Jangan pernah kita lupa apa yang terjadi dekat baby ni. Teruskan berdoa moga keadilan berpihak pada Jung In. Moga Allah mendengar setiap satu doa dari hambaNya.
Buat pengetahuan semua, Jung In kene bukan sikit-sikit. Usus dia bocor, ini menyebabkan 90% cecair (bersamaan 600ml air) dalam badan memasuki ususnya yang koyak. Usus Jung in penuh gas, darah dan nanah. Bagitau aku macam mana baby nak terima makanan kalau perut dia sendiri bukan dalam keadaan yang baik.
Bagitau aku macam mana usus budak sampai bocor koyak, kerja siapa kalau bukan mak bapak angkat dia yang zalim. Bila budak tak boleh terima makanan kau salahkan budak tu picky eater katanya, sebab tu tak cukup nutrisi. Ada kau bawak dia jumpa doctor tak check apa masalah??
Tak ada kan? Mak angkat dia tak pernah pun dapatkan rawatan sepatutnya dari hospital untuk baby Jung In, sedangkan tulang bahu patah pun dia letak anduh bodoh macam tu je berbulan-bulan sampai budak tu meninggal dia biarkan je patah! Hujung hayat Jung In, dia kene serangan Jantung sebanyak 3 kali. Bayi sekecil ini, kene serangan jantung 😫
Bila cikgu taska bawak ke hospital mak angkat meroyan mengamuk-ngamuk dekat taska kenapa bawak anak pegi hospital. Kalau kau sejenis mak bapak elok tak ada la cikgu taska kena ambik peranan kau. Aku betul tak boleh digest perangai si Jang Ha Young ni. Yang suami pulak jenis takut bini mengikutttt je!
Masalah semua berpunca dari mak angkat dia tapi hujung-hujung dia tolak semua salah dekat Jung In jugak. Jung In mati jatuh sofa kata nya. Ya Rabbi. Kau nak menipu apa lagi la hai. Berat dia 50kg pegi pijak baby berat 8kg. Bayangkanlah daya yang Jung In kene tanggung!
Gambaran cara ibu angkat Jung In bawak dia, rangkul dekat leher macam tu. Masuk dalam lif dia letak baby dekat tempat pemegang tu dia belek-belek muka dekat cermin 😡😡 ada lagi satu rakaman cctv lif, dia tolak stroller kuat-kuat sampai langgar dinding lif. Berpaut la baby kuat-kuat takut jatuh dari stroller. Time tolak keluar lif pun tolak kasar-kasar sampai terangkat dua tayar depan.
Inilah hari terakhir Jung In di taska sebelum dia pergi buat selamanya..Dia nazak 😢 tak ada siapa pun yang tahu nasib dia untuk esok hari.. dipijak-pijak ibu angkat yang tak ada hati perut, sampai pecah pankreas Jung In. Dua hari tak diberi makan sebelum meninggal, diseksa pulak dengan kejam.
Dia lemah sangat-sangat. tak boleh berdiri.. bergilir-gilir cikgu pegang and peluk dia. Cikgu cuba berdiri kan dia tapi dia Tak larat. Makan pun tak boleh. Perut dia dah tak boleh terima makanan. Walaupun selembut-lembut pisang.
Termenung dia duduk tersandar, mungkin fikir nasib diri. Dia sendiri tak faham apa yang jadi. Gambar last sekali tu masa dia nak balik, cikgu bagitau ayah dia yang dia tak larat jalan ayah dia panggil juga suruh datang. Nampak ketara dia punya langkah tu berat.
Dua hari sebelum meninggal Jung In tak dibagi makan. Macam mana la sampai tak pecah kalau dalam keadaan macam ni ditekan pulak dengan beban yang tinggi. Waktu pagi hari Jung In kritikal tu jiran ada dengar bunyi berdentum kuat macam org baling benda ke lantai, itu pun dia boleh cakap dia tak tau apa jadi dekat Jung In, jatuh sofa je kata nya. 😡😡 dia ada keluar statement Jung In tak banyak menangis, doctor kata baby dah tak boleh nangis dah kalau dia nangis dengan kuat tulang rusuk dia yang patah tu bergerak-gerak boleh sebabkan dia lagi sakit. Antara tahan sakit dengan tahan nangis, baby terpaksa tahan nangis. Perit nya ya Allah
Allah. Kalau teringat Jung In memang tak ada perkataan lagi dah aku dapat sebut. Terlalu perit. Didera 271 hari, anak ini akhirnya pergi tanpa ada siapa pun dapat selamatkan dia. Aku harap si Jang dengan Ahn dapat hukuman setimpal. Harap dia rasa segala apa yang dia buat dekat baby ni. Kejam!
Ada dalam 20org masa dorang shooting (untuk satu rancangan dalam TV di Korea) dekat rumah si Jang mak angkat yang dera baby ni sampai mati dalam video di atas. Mustahil tak ada sorang pun yang nampak keadaan budak ni. Kenapa semua butakan mata!!! Tengok air muka dia pun kita tau dia confused dia tak betul-betul happy.
Aku sendiri dari jauh dalam gambar je pun aku nampak bahu belah kanan dia biru besar, tah apa la perempuan ni buat. Ni baju yang Jung In pakai ni baju anak dia masa umur 4 bulan padahal masa ni Jung In dah umur 14 bulan ye tuan puan.
Macam mana boleh muat?? Sebab perempuan ni tak bagi Jung In makan dengan betul! Dia suapnya makanan panas berasap dari microwave, sumbat nya sos maggie samyang yang pedas tu, dia bagi baby ni makan makanan expired satu tin 7hari berturut-turut.
Betul-betul kejam si Jang Ha Young ni. Tu dahi tu kene shoot dengan pistol mainan siapa buat? Bapak angkat dia yang buat!
Sekarang orang luar dah boleh hantar petitions. Ada yang nak join x ? Boleh hantar ke adibahnazib@gmail.com atau contact sy www.wasap.my/60126864246/JungIn
Nak kumpul banyak-banyak dan hantar sekali terus ke sana.. Saya ada tanya pasal hantar petitions ni melalui email tapi buat masa ni email tak diterima. Benda ni serius, bukan org Korea je marah satu dunia marah termasuk saya sendiri. Tak terbayang penderitaan yang ditanggung.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.