Berapa lama perlu menyusukan anak? Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Ada yang kata bila anak dah mula menyusu banyak kerja rumah tertangguh.
Disebabkan terlalu lama juga, ibu pun tertidur sama dengan bayi sehingga tersedar semula awal pagi. Jadi apa penyelesaiannya.
Ini yang patut ibu ketahui agar penyusuan bayi dapat berjalan lancar dan tidak menjejaskan rutin harian.
Ads
✅Susukan bayi sehingga bayi kenyang dengan posisi dan lekapan yang betul,
✅Biasanya bayi menghisap kedua-dua belah payudara sebelum tertidur, tetapi ada bayi yang menghisap hanya sebelah payudara sahaja.
✅Biarkan bayi menghisap sebelah payudara sehingga kenyang dahulu sebelum dialihkan ke payudara sebelah.
Ads
✅Bagi ibu yang tidak puas hati berapa lama perlu menyusu dan juga tiada pengalaman sebelumnya, digalakkan menyusu sebelah payudara selama 20 hingga 30 minit hingga bayi kenyang sebelum beralih ke payudara sebelah.
✅Sekiranya bayi menolak payudara kedua, biarkan sahaja sekiranya bayi tertidur. Bagi sesi penyusuan seterusnya mulakan dengan payudara yang sebelah lagi.
Ads
✅Payudara yang belum disusukan itu mula penuh dan ibu berasa tidak selesa. Ibu disarankan memerah susu itu bagi di simpan.
✅Ada bayi yang menghisap sebentar sahaja di satu-satu payudara dan kemudian melepaskannya. Ibu-ibu perlu membuatkan bayi sendawa dahulu kemudian biarkan bayi menghisap payudara yang sama hingga dia kenyang.
Sebelum ini Ashraf Muslim ada berkongsi di media sosial tentang dirinya yang disahkan positif Covid-19 dan sehingga kini dia masih dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Memandangkan pada hari Jumaat 24 April umat Islam di Malaysia mula berpuasa, pada malam Khamis suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Subari ini sempat menunaikan solat sunat terawih berjemaah di dalam wad pesakit Covid.
Menurut Ashraf Muslim malam itu adalah paling bersejarah dalam hidupnya apabila dia melakukan solat terawih berjemaah di wad pesakit Covid. Namun apa yang lebih mengujakan hatinya apabila mendapat kejutan kiriman video dari isteri-isteri dan anak-anaknya.
Sempat menonton video yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Cukup membuatkan hati ayah kepada 4 orang cahaya mata ini meruntun hati tatkala ucapan ‘I Love You Ayah, “Stay Strong” dan “Get Well Soon Ayah” diungkapkan oleh anak-anaknya.
Dalam kapsyen video tersebut, Ashraf meminta isteri-isteri dan anak-anaknya untuk terus bersabar menunggunya pulang tak lama lagi.
“Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM.
“Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih…
“Ni lah nak cerita skit. Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message.
“So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad.
“Makan pun tak habis terus basuh tgn… waaa 😭! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u!,” kongsinya di Instagram.
Dari jauh boleh nampak si anak yang berusia kira-kira 3 tahun itu tergaru-garu. Kulit di lengan dan kaki kering dan kasar serta kemerahan.
“Sila duduk puan, encik” saya mempersilakan ibu bapa pesakit duduk.
“Mungkin boleh pangku anak” saya mempelawa apabila melihat si anak malu-malu mahu duduk di kerusi pesakit.
“Jadi, klinik buat rujukan atas masalah kulit adik. Boleh mak ayah cerita sejak bila anak ada masalah kulit ni?” Saya memulakan pengambilan sejarah penyakit.
“Sejak dia baby lagi doktor. Dalam umur 3 bulan mula ada ruam, tergaru-garu. Pakai ubat sekejap hilang, kemudian dia mai balik”
“Ada apa-apa yang sebabkan gatal kulit itu makin teruk?”
“Kalau cuaca panas sangat, atau dia main berpeluh-peluh, dia akan jadi lagi teruk”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada masalah kulit yang sama?”
“Tak ada doktor”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada asthma, resdung, pagi-pagi bersin?”
“Saya doktor. Saya ada resdung, sekarang ada temujanji ENT” jawab si ayah.
“Apa punca penyakit ni doktor?”
“Ada makanan yang perlu kita elakkan?”
“Ada ubat yang boleh sembuhkan penyakit ini?”
Baik mak, ayah, mari saya terangkan.
Anak mak dan ayah menghidap eczema.
Ada pelbagai punca yang menyumbang ke arah pembentukan penyakit eczema.
Sejarah keluarga yang menghidap penyakit atopic (hypersensitive kepada faktor persekitaran seperti habuk, debu, panas, peluh). Penyakit-penyakit atopic termasuklah asthma dan resdung (allergic rhinitis)
Kulit pesakit eczema lebih kering berbanding kulit normal. Kulit mereka tidak ‘memegang’ lembapan dengan baik seperti kulit normal. Lembapan mudah tersejat dan menjadikan kulit tersebut kering dan gatal.
Kulit pesakit eczema juga mengalami radang/inflamasi. Radang tersebut dimanifestasi sebagai kemerahan dan kegatalan di permukaan kulit.
Kebanyakan pesakit bukan alah kepada makanan. Mereka sensitif kepada persekitaran seperti habuk, debu, perubahan cuaca dan sebagainya.
Tidak ada SATU saja punca khas yang boleh dielakkan untuk menyembuhkan penyakit eczema. Tidak ada SATU ubat yang boleh sembuhkan terus penyakit ini.
Kata kuncinya KAWAL. Dengan rawatan yang betul, kita boleh kawal penyakit ini daripada menjadi teruk.
Kita kena rawat tiga punca di atas. KERING. RADANG. ALAHAN.
KULIT KERING
Mak ayah, jangan pakaikan sabun antibakteria untuk anak. Sabun antibakteria boleh mengeringkan kulit, membuatkan kulit bertambah gatal.
Cukup guna sabun untuk bayi. Atau kalau mahu, gunakan sabun khas untuk kulit sensitif yang dijual di farmasi-farmasi.
Pelembap sangat penting. Sapukan pelembap pada kulit sekurang-kurangnya 3 kali sehari, lebih kalau kulit sangat kering.
Walaupun kulit tak merah dan gatal, pelembap wajib digunakan setiap hari untuk mengelakkan kulit kering kembali
RADANG
Ubat yang biasa kita guna untuk radang adalah ubat sapuan yang mengandungi steroid.
Mak ayah jangan risau bila dengar perkataan ‘steroid’, kita sesuaikan jenis steroid dengan jenis kulit dan keadaan penyakit.
Yang penting steroid digunakan dengan pemantauan daripada doktor.
Ubat steroid hanya digunakan ketika kulit gatal atau timbul ruam, kecuali jika diarahkan oleh doktor. Jangan gunakan lebih daripada frekuensi yang diarahkan dan jangan gunakan di kawasan yang tidak dikhususkan.
Jika doktor kata krim ini hanya untuk bahagian muka, gunakan di muka sahaja. Jika hanya di badan, jangan sapu di muka. Kerana ketebalan kulit berlainan di bahagian tubuh yang berlainan. Penggunaan steroid secara melulu akan membawa kesan buruk kepada kulit
ALAHAN/ALERGI
Kulit pesakit eczema ini sensitif. Kulit pesakit eczema akan bertindakbalas kepada elemen-elemen yang tidak memberi kesan kepada kulit normal seperti habuk, debu, peluh, cuaca panas dan sebagainya.
Kurangkan pendedahan kepada elemen-elemen yang menyebabkan eczema mengganas.
Sekiranya terdedah kepada habuk dan peluh, cepat-cepat lap peluh dan cuci habuk tersebut.
Elakkan mainan/karpet yang berbulu-bulu serta minimakan sentuhan dengan binatang berbulu seperti kucing.
Boleh gunakan penghawa dingin untuk menyamankan suhu bilik tetapi jangan dipasang suhu yang terlalu sejuk kerana boleh menyebabkan kekeringan dan radang. Disyorkan suhu 23 darjah celcius ke atas.
Ini asas penjagaan kulit bagi pesakit eczema. Eczema mempunyai banyak ‘wajah’, setiap ‘wajah’ ada rawatan tertentu.
Yang penting mak ayah mesti ikut arahan rawatan untuk mengawal penyakit ini.
Ingat, tiada satu ubat ajaib untuk penyakit eczema!
Bila bawa anak makan di restoran atau kedai makan, kadang lupa terus letak anak tanpa sedar ada mungkin ada virus atau bakteria.
Sebaiknya anda mencuci menggunakan wipe atau tisu basah dahulu sebelum menggunakan kerusi makan bayi. Ini bukan sahaja untuk memastikan kebersihan tempat duduk anak malah untuk menghindarkan anak daripada dijangkiti virus-virus yang tidak kelihatan.
Bersihkan baby chair dengan tisu basah
Semasa musim HFMD, bayangkan bayi sebelum ini duduk dengan air liur meleleh di meja makan… kemudian anak anda duduk pula di atas kerusi yang sama.
Oleh itu, jika anda ingin menggunakan kerusi tinggi untuk bayi anda di restoran pastikan ia di bersihkan terlebih dahulu dengan cecair pembersih.
Survey menunjukkan, permukaan meja bayi ini jauh lebih kotor dari meja lain direstoran. Walaupun jarang menyebabkan kesakitan yang teruk, ia mungkin mengandungi kuman bahaya seperti Coliform.
Permukaan yang bersih jangan disangka suci tanpa kuman, untuk keselamatan bayi anda, WIPE dengan pembersih!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!