
Ramai ibu ayah secara tidak sedar membezakan anak lelaki dan anak perempuan dalam bab kerja rumah. “Adik tolong mak lipat kain, abang pergi main dulu.” Niatnya mungkin sekadar spontan, tapi hakikatnya ia boleh bentuk tanggapan jangka panjang dalam diri anak. Sebenarnya, kerja rumah tak ada jantina dan semua anak patut dilatih bantu dari kecil, demi masa depan mereka juga.
Secara semula jadi, tak ada beza besar. Anak lelaki pun boleh kemas rumah, sapu sampah, basuh pinggan – sama seperti anak perempuan. Tapi disebabkan norma masyarakat dan cara didikan sejak kecil, anak perempuan biasanya lebih ‘dilatih’ buat kerja rumah berbanding anak lelaki. Ini menjadikan ramai anak lelaki membesar tanpa asas kemahiran hidup yang penting.
Biasanya, ia berpunca daripada tradisi dan persepsi lama. Orang dulu menganggap kerja rumah tugas wanita. Maka bila ada anak lelaki, mereka lebih bebas dari tanggungjawab tu. Media, budaya, malah permainan pun banyak mempengaruhi. Anak perempuan dapat set ‘dapur mainan’, anak lelaki pula ‘kereta kawalan jauh’. Dari situ, mereka belajar kerja rumah bukan bidang mereka – walaupun tak benar.
| Kategori | Kesan Bila Masih Bezakan Anak Lelaki & Perempuan | Kesan Bila Semua Anak Diajar Sama Rata |
|---|---|---|
| Anak Lelaki | Tidak rasa tanggungjawab terhadap rumah tangga Kurang empati & bergantung pada orang lain | Lebih berdikariBelajar empati dan kerjasama sejak kecil |
| Anak Perempuan | Rasa terbeban dan tanggungjawab berat di rumah Anggap itu “kewajipan mereka sahaja” | Rasa dihormatiKurang tekanan mental & fizikal |
| Keluarga | Ketidakseimbangan peranan dalam rumah tangga Mudah timbul konflik bila dewasa nanti | Lebih harmoniSemua ahli keluarga saling bantu & faham peranan masing-masing |
Kerja rumah bukan soal jantina, tapi soal tanggungjawab. Anak yang belajar bantu dari kecil akan lebih bersedia hadapi dunia sebenar. Jadi ibu ayah, jangan tunggu latih anak lelaki dan perempuan sama-sama. Rumah adalah ruang semua ahli keluarga, jadi semua juga bertanggungjawab memeliharanya.