Siapa kata suri rumah boleh rehat walaupun 24 jam berada di rumah. Hakikatnya tak sama seperti yang digambarkan ye. Suri rumah atau ibu yang bekerja dua-duanya kerja tak pernah habis.
Mula celik mata sampailah nak lelapkan mata, isterilah orang terakhir yang akan uruskan semua kerja rumah dan hal anak. Sebab itu, suami kena faham dan ringanlah tulang membantu apa boleh. Baru isteri pun tak stres.
Seperti yang dikongsikan oleh Shakilla Khoriri dia mengakui wanita bergelar suri rumah dan dalam masa sama keluar bekerja walaupun bukan sepenuh masa pun penat. Ini kan pula yang memang kerja dan balik rumah pula urus rumah tangga.
Namun ia bukan halangan untuk kita berikan yang terbaik buat keluarga.
“Orang kata bila isteri ini dapat keluar rumah sekejap pun rasa gembira sangat. Maksudnya bukan untuk berfoya-foya tapi untuk me time. Sekurang-kurangnya dapatlah rehat sekejap dan berhenti dari fikir apa nak buat je sepanjang masa.
“Suami kena faham, kerja rumah tak pernah habis. Dari bangun fikir nak masak apa, kemas rumah, urus anak dan macam-macam lagi. Walaupun tak sempurna, sekurang-kurangnya buat juga untuk kepuasan semua.
Ads
Dalam pada itu, Shakilla bersyukur walaupun dia tiada pembantu rumah tetapi suaminya penyampai radio Fizi Ali sama-sama membantu .
Tapi sekarang alhamdulillah Ameena dah besar sikit.
“Dah pandai nak main sendiri walaupun hilang aku dari pandangan dia mula buat resah gelisah.
Ads
“Yes thank God Fizi ada jugak membantu walaupun dia ni sejenis tak boleh penat. Takpa lega sikit aku.
“Jadi bila masa aku ada aktiviti kat luar atau kerja masa tu lah sayap maleficent aku nak kembang..
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Ameena Sofia pada 14 Mac lalu.
Sumber: ig Shakilla Khoriri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak bahagia dalam rumah tangga, formulanya tak susah. Perlu saling percaya, menghormati antara satu sama lain dan adanya kerjasama akan membuatkan hubungan suami isteri jadi harmoni. Selain itu, amalan yang kita buat juga boleh membantu membuatkan hubungan sesama pasangan menjadi lebih baik.
Salah satunya apabila seorang suami berjemaah dengan isterinya. Walaupun hanya ambil lebih kurang 10-15 minit untuk solat bersama-sama, manfaatnya sagat besar. Bila solat bersama, ada satu jalinan yang dibina dan membuatkan wujudnya kemesraan antara pasangan.
Suami isteri pasti ada memasang niat untuk bertemu semula dengan pasangannya di Jannah, jadi dengan solat bersama adalah satu cara mengumpul pahala dan usaha untuk mendapat keberkatan dari-Nya.
Melalui akaun TikTok ainazukri, isteri ini telah berkongsi video dia dan suaminya solat berjemaah. Menurutnya, itu merupakan solat berjemaah yang pertama selepas dia habis berpantang.
Di dalam video tersebut, dapat dilihat suaminya mendukung bayi mereka ketika sedang solat. Tak nampak terganggu bahkan tenang sahaja si ayah mengetuai solat jemaah walaupun perlu memegang anaknya.
Rata-rata yang menonton video tersebut meninggalkan komen yang positif;
Kalaulah Maryam sudah dibawa solat bersama seawal usianya selepas pantang ni, nanti dia mesti suka dan teruja setiap kali ibu ayahnya ajak sembahyang. Tak ada salah untuk membawa anak dalam solat, kadang-kadang anak kecil mungkin agak susah untuk ditinggalkan. Jadi dengan cara ini, bukan sahaja hubungan suami isteri bahkan dengan anak juga akan jadi lebih baik dan sentiasa bahagia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap tidak bertanggungjawab seorang suami telah mengakibatkan isteri dan bayi mereka dijangkiti virus kurang imun (HIV). Hal ini dikongsikan oleh seorang peguam, Kirdpon Kaewkird di laman Facebook.
Kejadian viral tersebut berlaku di di Thailand dan mula mendapat perhatian orang ramai selepas wanita malang itu meminta bantuan peguam tersebut untuk memfailkan sama terhadapnya suaminya yang curang.
Menurut peguam itu lagi, jangkitan HIV itu berlaku apabila si suami curang dengan isterinya. Wanita tersebut yang berasal dari wilayah Isaan telah menghubungi peguam terbabit untuk memohon bantuannya mempejuangkan kes ini.
“Wanita tersebut yang tinggal di wilayah Isaan telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa suaminya telah menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang sehingga dijangkiti HIV.”
Tambah peguam itu, keadaan menjadi lebih teruk buat wanita tersebut kerana jangkitan itu telah menyebabkan bayi mereka yang baharu lahir meninggal dunia disebabkan sikap tidak bertanggungjawab lelaki tersebut.
“Virus HIV menjangkiti isterinya dan kemudian terkena pada bayi mereka juga. Bayi malang itu baru saja dilahirkan apabila dia kemudiaannya jatuh sakit dan meninggal dunia.”
Sebelum kejadian tersebut, si isteri tidak pernah membayangkan suaminya akan curang. Namun akhirnya lelaki itu terpaksa mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain apabila doktor mengesakan bayi mereka turut dijangkiti HIV.
Memang pentingkan diri sendiri! Sebenarnya lelaki terbabit telah mengetahui tentang keadaan dirinya yang menghidap HIV tetapi tidak berusaha untuk mencegah hubungan kelamin bersama isterinya.
Suami durjana itu boleh didakwa mengikut Seksyen 297 Undang-undang Jenayah negara terbabit yang akan membawa kepada hukuman penjara enam hingga 10 tahun.
Jenama pakaian dalam terkenal Triumph yang berasal dari Jerman tampil dengan koleksi terbaru untuk Musim Sejuk Luruh 2020. Tetap mementingkan keselesaan buat si pemakai dan juga dalam masa yang sama menjaga penampilan wanita untuk melangkah penuh yakin dengan pemakaian pakaian dalam terbaik.
Dikenali dengan dedikasinya pada kehalusan kerja tangan, inovasi dan tumpuannya kepada setiap perincian, Triumph memahami bahawa penyedangan pakaian dalam adalah segalanya – ia adalah cara paling berkesan untuk memperbaiki penampilan anda dan yang paling penting, meningkatkan keselesaan.
Setia kepada komitmen jenama ini, Koleksi Musim Luruh Sejuk 2020 yang menawan dari Triumph Malaysia diperkenalkan . Menampilkan gaya untuk musim ini yang memenuhi keperluan wanita untuk pakaian dalam yang selesa, mempunyai kepadanan baik dan bergaya.
Fit Smart Baru
Fit Smart 2.0 yang baru telah dicipta dengan sentuhan kewanitaan seperti renda yang ditempa khas dan bahagian kait yang menyokong dan mengikut bentuk tubuh anda. Teknologi 4D inovatif yang terkenal telah dikekalkan, menjamin pemakaian selesa yang sempurna. Mangkuk coli busa regangan 4D turut digunakan untuk keselesaan tambahan dan fleksibiliti.Coli tanpa dawai ini menggunakan teknologi pakar untuk menyokong dan memusatkan payudara bagi bentuk dan sokongan yang sempurna. Tali coli telah direka dengan kancing khas, membolehkannya digayakan dengan bentuk silang belakang untuk tampil bergaya.
Sistem ukuran yang ringkas bermakna anda mudah memilih daripada saiz S, M, L dan XL. Gaya ini boleh didapati dalam warna merah jambu (Dusty Pink), kelabu (Twilight Grey) dan hitam (Black) dengan harga RM249 dan bersama celana dalam mini sepadan RM79.90.
Koleksi Aqua
Koleksi terlaris Aqua ini yang sedang meraikan ulang tahun ke-20, telah menyokong wanita pelbagai generasi dengan teknologi ‘push up’ yang inovatif – dan kini mempekenalkan dua produk ikonik baru Aqua, Aqua Finesse dan Aqua Rosie.
Aqua Finesse mempunyai garisan leher berbentuk V yang mendalam untuk penampilan yang menawan. Sayap jaring regangan tinggi menghasilkan kemasan yang halus dengan sokongan tambahan. Boleh didapati dalam pilihan warna kelabu gelap (Shadow Grey), hitam (Black) dan kelabu (Grey), dalam jenis ‘push up’ berdawai atau ‘push up’ tanpa dawai bersama celana dalam mini atau hipster yang sepadan.
Diinspirasikan daripada bunga mawar berusia seribu tahun yang tumbuh di Jerman dan dianggap paling tua di dunia, Aqua Rosie menampilkan sulaman feminin dan perincian bunga mawar yang halus. Dengan lapik Aqua ringan yang bersepadu dan lapisan modal yang sangat lembut, coli ‘push up’ ini sangat selesa. Sayap hem olok-olok membuatkannya ringan dan selesa. Boleh didapati dalam warna kelabu (Feather Grey) dan ungu (Mauve) bersama celana dalam mini yang sepadan.
Aqua Finesse dan Aqua Rosie masing-masing dijual pada harga RM249 dan bersama celana dalam mini sepadan RM79.90 – RM89.90.
Sculpt Rosanne & Astra Embroidery
Dicipta untuk membentuk tubuh dan mencantikkan penampilan, Sculpt Rosanne dan Astra Embroidery menampilkan ciri rekaan yang merata dan menyokong.
Sculpt Rosanne menampilkan renda berhias pada mangkuk coli, menghasilkan gaya berdekorasi dan menambat pandangan mata. Tali coli diperbuat daripada elastik jacquard yang halus dan rekaan indah ini dikemaskan lagi dengan loket diamante halus. Dengan tali silang dalam dan luar serta sayap sisi jaring yang kuat, Sculpt Rosanne memberikan sokongan yang sangat baik dan kemasan yang rata. Coli didapati dalam rekaan berlapik mangkuk separuh berdawai atau coli ‘push up’ berdawai rekaan ‘butterfly’ dalam warna kelabu (Grey) dan merah (Wild Raspberry) bersama celana dalam hipster sepadan.
Astra Embroidery yang bergaya anggun diinspirasikan oleh bunga mawar berkembang penuh. Ia didapati dalam dua warna yang tak pudar dek zaman, hitam (Black) yang klasik, dan merah gelap (Bordeaux) yang menawan. Coli berlapik dan berdawai dengan jualan terlaris ini mencipta bentuk feminin yang cantik. Didapati bersama celana dalam hipster sepadan.
Gaya keraian ini akan mula dijual pada bulan November 2020 pada harga bermula daripada RM279 – RM299 dan bersama celana dalam mini sepadan RM 89.90 – RM99.90.
Belilah Koleksi AW20 atas talian di www.triumph.com dan di butik Triumph serta di pusat beli-belah utama seluruh negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!