Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, tiga tahun lepas.

Kes Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk: Pengasuh Adam Rayqal Di Hukum Penjara 6 Tahun

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud memaklumkan pendakwaan menarik balik rayuan terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas Noor Aqilah Abd Rahman, 36.

Peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, yang mewakili Noor Aqilah, turut memaklumkan panel itu bahawa anak guamnya berhasrat menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan rayuan kedua-dua pihak. Noor Aqilah diperintah menjalani hukuman penjara itu mulai 14 Feb 2019.

Pada tarikh sama, Mahkamah Sesyen Selayang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan denda RM5,000 terhadap Noor Aqilah yang mengaku telah mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan bayi malang itu mengalami kecederaan di bahagian kepala.

IKLAN

Kes Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk: Pengasuh Adam Rayqal Di Hukum Penjara 6 Tahun

Wanita itu turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda selain dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM8,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan.

Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM5,000 ke atas Noor Aqilah yang mengaku bersalah melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembunyikan kematian supaya dia terlepas daripada hukuman.

IKLAN

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di rumah sewanya di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di sini antara 6.20 petang dan 6.50 petang pada 3 Julai 2018.

Pada 8 Ogos 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan menaikkan hukuman penjara kepada enam tahun bagi kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 manakala hukuman penjara bagi pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan perintah lain yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang dikekalkan.

Bagaimanapun, mahkamah itu memerintahkan Noor Aqilah menjalani hukuman penjara secara serentak iaitu enam tahun sahaja.

IKLAN


Mohd Redzuan, ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, berkata anak guamnya telah membayar denda RM10,000 dan menjalani khidmat masyakat selama 200 jam.

Kredit: Astro Awani

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kes Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk: Pengasuh Adam Rayqal Di Hukum Penjara 6 Tahun

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI