Kes Zara Qairina: Sebut Nama Anak Menteri Sabah, Menteri Akui Khilaf – “Bukan Anak Datuk Ariffin…”

Share

Melalui laporan Suara Merdeka, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam menarik semula kenyataannya di Dewan Negara selepas tersilap menyebut nama bapa kepada salah seorang remaja yang dikaitkan dengan kes buli melibatkan Allahyarham Zara Qairina.

Menurut Saifuddin, beliau mengakui kekhilafan itu ketika menjawab soalan lisan pada 18 Ogos lalu dan mengesahkan perkara tersebut semasa membentangkan laporan penuh perubatan kes Zara di Dewan Negara.

“Saya akui khilaf apabila menyebut nama terbabit. Saya tarik balik kenyataan itu,” jelas beliau.

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa doktor yang merawat pelajar Tingkatan Satu tersebut telah menyediakan laporan perubatan lengkap berhubung keadaan mangsa selepas kematian. Sebelum ini, Saifuddin turut menegaskan bahawa tiada campur tangan VVIP dalam siasatan kes berkenaan di Sabah.

Isu ini bukan sahaja mengundang perhatian kerana melibatkan tokoh pemimpin, tetapi juga kerana ia menyentuh soal anak-anak remaja dan bagaimana nama baik keluarga boleh terpalit hanya dengan sedikit salah faham.

SUMBER : Suara Merdeka

Published by
Nana