Keibubapaan

Kesalahan Didik Anak Lelaki: 7 Silap Besar Yang Ramai Ibu Ayah Tak Sedar!

Share

Dalam dunia parenting hari ni, cabaran membesarkan anak lelaki sebenarnya bukan sekadar bagi makan, hantar sekolah dan pastikan dia “jadi orang”. Anak lelaki ni, walaupun nampak lasak dan kuat, hakikatnya emosi dia sangat fragile  cuma dia tak pandai tunjuk.

Umur kecil, especially 4 hingga 6 tahun, adalah fasa kritikal pembentukan karakter. Cara kita tegur, layan, dan bentuk environment dia hari ni akan tentukan macam mana dia jadi lelaki bila besar nanti. Sama ada dia membesar dengan empati, tanggungjawab, atau sebaliknya jadi keras, dingin dan sukar dikawal.

Ramai ibu ayah tak sedar, ada kesalahan kecil yang nampak biasa  tapi sebenarnya beri kesan besar dalam diam. Inilah antara kesalahan didik anak lelaki yang sering berlaku tanpa disedari. Ikuti perkongsian Taufiq Razif yang sering berkongsi tip parenting di facebook miliknya.

7 Kesalahan Didik Anak Lelaki Yang Ramai Tak Sedar

1. Tak jaga circle dia

Ada 2 circle paling boleh bagi kesan pada anak. Kawan-kawan di kejiranan rumah dan kawan-kawan di sekolah. Kena perhati baik-baik siapa circle anak kita.

Kalau boleh invite kawan-kawan anak makan di rumah pun buatlah ya. Asal dapat kenal dengan siapa anak kita berkawan. Ini penting supaya kita tak terlepas pandang kesalahan didik anak lelaki dari segi pergaulan.

2. Tak bagi dia masuk dapur langsung

Jangan risau, takkan pondan anak lelaki yang masuk dapur. Di dapur tu lah dia akan belajar untuk ada empati pada ibunya. Di dapur juga tempat dia nak belajar tentang sense of responsibility.

3. Malukan dia di depan keluarga besar

Kadang kita nak tegur dan nasihat anak je tapi kita terlampau impulsive sampai tertegur dia depan sanak saudara. Umur 4-6 tahun pun anak lelaki dah mula develop rasa malu bila ditegur di khalayak ramai.

4. Kritik tanpa highlight kelebihan

Kadang kita tak sedar kita dah overcritical pada anak kita sendiri. Bebel je tanpa lupa nak sebut kelebihan dan kekuatan anak lelaki kita.

Kita taknak dia jadi problem-oriented. Kita nak anak lelaki kita jadi solution-oriented. Itu potensi sebenar anak lelaki, dan mengabaikan hal ini adalah antara kesalahan didik anak lelaki yang kritikal.

5. Bandingkan dia dengan anak lain

Anak lelaki ni paling tinggi self defense mechanism dia. Bila banyak sangat dibandingkan nanti sama ada dia jadi makin teruk rasa tak berguna atau jadi makin ego sebab dia cuba pertahankan maruah diri dia (overcompensate).

6. Tak kenalkan dia dengan Allah

Di akhir zaman ni yang paling bahaya bukannya sebab anak lelaki tak cukup skill untuk hidup. Tapi paling bahaya bila dia tak kenal Tuhan dia sendiri.

Dah la dia tu nanti akan jadi kepala rumahtangga. Ya, dia bakal pemimpin masa depan. InsyaAllah bila dia mencintai Tuhannya dia akan mampu mencintai seluruh ahli keluarganya juga. Ini adalah kesalahan didik anak lelaki yang paling besar kesannya.

7. Fokus disiplin tapi kurang connection

Faham je anak lelaki ni kita nak sangat dia jadi “anak jantan”. Tapi dalam masa kita latih disiplin dia, kalau jiwa dia ‘kering’ kasih sayang dia boleh patah juga.

Bila patah tu nanti jiwa dia jadi keras, kasar, kurang empati dan susah nak dibentuk dah. Ini antara kesalahan didik anak lelaki yang sering diabaikan ibu ayah.

Ekstra Info: 5 Sifat Anak Lelaki Umur 4–6 Tahun

• Cepat memberontak, tapi sebenarnya nak perhatian

Bila dia buat perangai, bukan sebab nak lawan — tapi sebab nak kita nampak dia.

• Suka bergerak, susah duduk diam

Normal. Otak dia berkembang melalui movement, bukan duduk senyap lama-lama.

• Kurang pandai express emosi

Dia rasa… tapi tak tahu nak cakap. Sebab tu kadang keluar dalam bentuk marah atau tantrum.

• Cepat terasa bila ditegur depan orang

Walaupun nampak “steady”, ego dia dah mula terbentuk.

• Sangat perlukan figura ayah / role model lelaki

Kalau tak ada, dia akan cari dari luar — kawan, internet, atau siapa saja yang dia nampak “kuat”.

Kadang kita ingat kita dah buat yang terbaik… tapi tanpa sedar, cara kita tu yang perlahan-lahan lukakan jiwa dia.

Anak lelaki ni… kalau kena didik dengan betul, dia boleh jadi pelindung.

Tapi kalau tersalah bentuk… dia boleh jadi seseorang yang kita sendiri tak kenal bila dia dewasa nanti. Sebab itu penting untuk elakkan setiap kesalahan didik anak lelaki dari awal lagi.

Sumber: Taufiq Razif

Published by
Nor Yusoff