Dengar sahaja berita kelahiran sama ada ahli keluarga atau rakan, setiap daripada kita mesti teruja untuk melawat bayi baru lahir.

Walaubagaimanapun, kita perlu tahu bayi yang baru lahir amat sensitif kerana mereka sedang membiasakan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim.

Selain adab melawat bayi baru lahir, banyak lagi faktor yang melibatkan kesihatan serta keadaan emosi ibu atau keluarga yang perlu dipertimbangkan.

Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir. Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres

Antara kesalahan yang biasa orang buat bila melawat baby baru lahir yang dikongsikan di Facebook Akhtar Syamir adalah:

1. Datang melawat masa diri sendiri sedang tak sihat, dengan batuknya, demamnya, selesema lagi. Baby ni punya antibodi tak sama macam orang besar, bukan kuat mana pun. Bahaya kalau berjangkit.

2. Ambil gambar anak tanpa izin. Siap pakai flash lagi. Terkebil-kebil anak terkejut. Lepas tu siap upload kat media sosial terus. Mak ayah sendiri pun tak upload gambar anak lagi, dia yang rasmi dulu. Seronok tak bertempat.

3. Pegang-pegang, dukung-dukung baby. Tangan bersih tak bersih pun kita tak tahu. Entah-entah baru lepas buang sampah ke, berkebun ke, buang air besar ke. Lepas tu siap cium-cium lagi. Siap cakap sedapnya bau baby. Kat mulut dengan tangan kita ni banyak sangat bakteria, sangatlah bahaya kat bayi. Harap faham.

Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir. Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres

IKLAN

4. Datang melawat, tapi duduknya lama sungguh. Sampai orang lain dah datang dengan pergi pun dia ada lagi. Kesian kat mak baby nak rehat ke, nak tidur ke. Jadi penat pulak melayan awak bercerita, bergosip bagai. Nak menyusu baby pun naik segan. Boleh pulak cakap “ala serupa je kita punya pun”. Awak tu tak segan takpelah, padahal aurat jugak tu.

5. Asyik-asyik komen anak kecik la, anak besar la, kulit gelap la, cerah tak macam bapak dia la, hidung kemek la, tak ikut mak dia la. Baby ni baru keluar berapa hari dah kena kecam. Sedih la..

6. Bising nama anak yang kita bagi tu tak sedap, kenapa tak bagi nama yang dia suka? Hahaha..

7. Bercakap punya la kuat. Baby baru nak tidur terus cerah mata saiz sepuluh sebab terkejut. Gelak pun serupa nak makan orang.

8. Mengajar macam-macam petua. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu salah, ini salah. Duduk bersimpuh tak boleh, melunjur tak boleh. Maknye pun jadi tekanan dibuatnya. Semua nak ikut cara dia. Dia je yang betul. Dia je yang hebat.

IKLAN

Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir. Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres

9. Melawat bawa anak buas yang amat. Anaknye pun tak dilarang usik barang orang, barang baby. Maknye dah susun elok senang nak capai, habis dialih-alihnye. Bila tegur, kita pulak kena sound “biasalah budak-budak, nanti baby ni besar taulah macam mana”. Payahh..

10. Khas untuk kaki merokok. Janganlah nak menyibuk pegang baby. Beribu benda tak elok kat jari jemari dengan mulut tu. Tak sayang nyawa sendiri takpe, jangan bahayakan nyawa anak orang lain.

11. Tanya bersalin kat mana, lepas tu canang dia bersalin kat hospital swasta. “Murah je” katenye.

Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Melawat Bayi Baru Lahir. Jangan Sampai Ibu Dan Bayi Stres

IKLAN

12. Membanding-bandingkan kesakitan bersalin. Dia je yang paling sakit, orang lain tak sakit. Dia je yang kena gunting, dia je yang operate, dia je yang normal, dia je yang susah 24 jam dalam labour room. Aduh..

Bukan tak bagi melawat sebenarnya. Cuma nak bagi faham kesalahan-kesalahan atau benda yang selama ini kita tak sedar, tapi kita buat. Ini pun salah satu punca ibu boleh stress tau.

Semoga dapat memberi manfaat kepada bakal pengunjung ibu dan anak yang baru lahir ni. Silakan kongsi maklumat ini supaya tiada lagi ibu-ibu stress bila orang datang berkunjung tanpa adab.

Jangan lupa bawak hadiah. Kalau tak bawak pun hulur la sikit untuk baby. Boleh bantu beli-beli pampers nanti. Hehe..

Anda setuju tak?

Penulisan ini diilhamkan dari Faraascha Nunu setelah diolah dan dialihbahasakan dari bahasa Kelantan.

Sumber: Akhtar Syamir

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI