Kesilapan mendidik anak tentu akan memberi kesan kepada tingkah laku anak-anak. Akibatnya anak-anak tidak mendengar kata ibu bapa.
Semua yang dah merasai betapa besarnya tanggungjawab yang perlu ditanggung pasti akan mengangguk setuju. Tidak ada apa pun perkara yang senang dalam membesarkan manusia supaya dia jadi insan yang berguna pada masa senang, tetapi pengalaman membesarkan anak adalah pengalaman yang sebenarnya manis di dalam pahit.
Walau bagaimanapun, ada bermacam panduan yang boleh membantu kita sekurang-kurangnya lebih bersedia dalam menjalani hidup sebagai seorang ibu atau bapa. Berikut adalah lima kesalahan yang kami rasakan perlu dikongsi supaya perjalanan anda sebagai ibu dan bapa menjadi lebih mudah.
Tidak ajar anak tidur awal
Ramai ibu bapa merungut kenapa anak-anak mereka tidak dapat tidur pada waktu malam, berjaga, melalak, nak ajak main tetapi pada waktu siangnya pula lena. Kes ini selalunya melibatkan anak kecil. Ini berlaku kerana dari mula lagi ibu bapa tidak mendidik anak untuk tidur awal. Semasa anak masih bayi, ajar anak tidur dari awal walaupun dia tidak mengantuk. Seeloknya lepas jam 7 dah tidur dan si ibu perlu tidur sekali dengan anak. Memang perit sikit untuk korbankan masa berjaga kita yang sangat terhad tapi amalan ini jika dilakukan dengan konsisten, akan melatih anak supaya dapat tidur awal dan tidak berjaga pada awal pagi mintak bermain dengan dia.
Anak pula perintah ibu bapa
Ads
Saya perasan ramai ibu bapa yang jadi takut nak marah anak. Mungkin terlalu terpengaruh dengan pendidikan barat yang terlalu mementingkan hubungan “diplomatik” di antara anak dan ibu bapa, sehinggakan kadangkala apabila anak-anak mula mengganggu orang lain di tempat awam pun, dibiarkan saja tanpa sebarang teguran. Adakah itu baik? Tidak. Mendidik anak-anak untuk berani memerhatikan dunia adalah satu perkara, tetapi sehingga ada yang membiarkan saja perangai anak huru hara adalah amat tidak patut dilakukan. Teguran masih diperlukan dan kadangkala, marah itu perlu ada.
Tidak mahu anak bersusah payah
Berkat tahap kemampuan kita yang semakin baik, semakin ramai ibu bapa yang mampu membelikan anak-anak mereka bermacam benda. Walaupun begitu, kita perlu sedar apabila diberikan dengan pelbagai benda seperti gajet atau permainan, ini akan membuatkan anak tidak belajar erti susah payah mendapatkan sesuatu. Seorang anak perlu faham yang barang yang dia perolehi tidak jatuh dari langit dan dia juga perlu memahami yang setiap barang yang diperolehi, sepatutnya mempunyai makna yang besar.
Ads
Beri gajet untuk diamkan anak
Ini kerap berlaku zaman ini. Terlalu ramai ibu bapa yang tidak mahu anak mereka huru-hara, menggunakan cara paling mudah iaitu memberikan gajet seperti telefon pintar atau gajet untuk mendiamkan mereka. Cara ini rasanya tidak bagus kerana apa yang berlaku sebenarnya adalah ibu bapa mengalihkan perhatian anak-anak ke satu perkara lain, yang lama kelamaan akan membuatkan ibu bapa terpaksa bergantung dengan gajet dalam semua perkara. Gajet bukanlah penyelesaian. Cuba cari jalan bagaimana hendak mengawal anak anda tanpa menggunakan gajet.
Terlalu takut kecewakan anak
Ads
Jika ada ibu bapa yang mempunyai dua atau lebih anak, pasti akan timbul masa di mana seorang anak terpaksa mengalah dengan anak lain. Untuk memujuk yang mengalah, ibu bapa mula menjanjikan dengan beliau sesuatu sebagai ganjaran yang dia akan dapat jika dia mengalah, secara sembunyi-sembunyi. Ada dua perkara akan berlaku. Yang pertama, anak anda akan lebih kerap mengalah untuk mendapatkan imbuhan. Dua, jika diketahui anak yang tidak mahu mengalah, itu akan mencipta jurang di antara dia dan adik beradiknya. Didik anak supaya mengalah dengan ikhlas kerana mengalah itu perkara yang baik antara adik beradik. Lebih sukar, tetapi untuk jangka masa panjang Insya Allah anda akan nampak kesannya.
Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa dah buntu apa lagi aktiviti yang boleh anak-anak lakukan sepanjang dia berada di rumah ini sementara belum ke sekolah. Anda boleh buat 10 aktiviti ini bersama anak-anak yang dikongsi oleh Puan Aishah Kassim, speech pathologist.
Aktiviti yang terakhir, anda boleh biarkan jika anak bosan supaya dia boleh lebih kreatif untuk mencipta permainan mereka sendiri.
Yusuf Iskandar memang bijak dan selalu tampil dengan aksi-aksi comel. Makin petah rupa-rupanya Yusuf, dia sudah pandai menyebut namanya sendiri.
Hairul telah berkongsi beberapa momen dia bersama Yusuf dan Hanis ketika mengerjakan umrah. Antaranya ialah video Yusuf memberikan sedekah kepada kanak-kanak dan para jemaah dan meminum air zam zam.
Antara video yang mencuit hati ialah yang memaparkan Yusuf menyebut namanya sendiri. Kata Yusuf, “Yusuf Is Kandar” kerana menterjemah ‘Is’ pada pangkal nama keduanya itu sebagai ialah.
Kata Yusuf, Daddy is Hairul, Mommy is Hanis. Manakala Yusuf is Kandar.
Aksi comel Yusuf mencuit hati netizen. Ramai yang mengakui menonton video ini berulang kali hingga video ini mencapai hampir 300 ribu tontonan dalam masa sehari!
Leukemia akut merupakan penyakit kanser darah putih yang dihidap oleh kanak-kanak. Ketahui kupasan pakar dan perkongsian pengalaman ibu bapa tentang simptom dan punca terjadinya penyakit barah ini pada kanak-kanak dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “AnakLeukemia,Apa Sebabnya?” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 25 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.
(Antara produk yang boleh bantu anak-anak bercakap, Followers Pa&Ma boleh klik SINI)
Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka. Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang didiagnosis dengan masalah kelewatan bercakap cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku dan emosi di masa hadapan.
Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa bawa si manja ke perhatian doktor bagi menyaring keupayaan mereka untuk bercakap. Sama seperti perkongsian seorang pengguna twitter, Puan Shahirah Zai di mana anaknya turut mempunyai masalah kelewatan bahasa.
Setelah berjumpa doktor, beberapa perkara dikongsi oleh wanita ini untuk rujukan buat ibu bapa lain yang mempunyai masalah sama.
Jika anda mengenal pasti tanda-tanda amaran dalam anak anda yang menunjuk ke arah masalah kelewatan bercakap, dapatkan perhatian doktor segera.
Diagnosis yang lebih awal membolehkan rawatan bermula dengan lebih cepat. Jangan biarkan si manja terus membisu.
Kredit: Shahirah Zai
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ni, Fattah Amin sempat buat satu sesi live santai bersama keluarganya. Pada awalnya, ramai yang sangka ia cuma sesi biasa artis berkongsi masa...